Cari Blog Ini

Sabtu, 25 Julai 2009

Catatan hidupku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kenapa kita hendak selalu bersyukur kehadrat Allah. Bahkan, kita sebagai orang islam disyariatkan untuk sembahyang 5 kali sehari semalam sebagai tanda syukur yang tidak terhingga ke atas segala nikmat yang telah Dia anugerahkan kepada manusia. Sebabnya, setiap satu yang dikurniakan itu, bukan datang dari kudrat kita, tapi sebaliknya, datang dari Allah jua. Alhamdulillah…syukur ku panjat kehadrat Allah, kerana dengan segala limpah dan kurniaNya, aku masih mampu mencoretkan kata-kataku. Biar pun bakal tertangguh (tunggu keluar dari Long Busang dulu baru dapat online) posting nya nanti, aku kuatkan hatiku untuk mencoretkan apa yang terbaik dari sudut hidupku sebagai seorang guru.
Hari Sabtu dan Ahad adalah hari relief untuk guru-guru di bandar. Mana tidak, hari inilah yang akan digunakan untuk bersuka ria, berlibur bersama-sama keluarga di shopping complex dan juga mana-mana tempat yang boleh mengurangkan stres dan juga tekanan kerja. Bagi ana, hari Sabtu dan Ahad di pedalaman adalah hari yang paling membosankan kerana tidak bekerja dan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja yang menarik. Teman setia, Komputer Riba ni. Yang sudi mendengar rintihan kebosanan yang tidak terhingga. Cara ana berhibur di sini adalah dengan mengajar. Jadi, ana biasanya buat extra class untuk anak-anak murid yang tidak pandai membaca. Maklumlah, profession ini dah sebati dengan jiwa ana.
Ana dan kawan-kawan akan buat apa saja untuk memastikan tidak dibelenggu kebosanan. Ada yang pergi seawal jam 7 pagi ke bilik guru untuk menyiapkan lesson plan. Lesson plan untuk 2 minggu akan datang lagi tu. Ada yang bangun seawal pagi dan membasuh dan membasuh kain baju yang bertimbun. Ada yang mengadap laptop. Macam-macamlah pe’el sahabat-sahabat ana. Ana pula, setelah solat subuh, ana terus tengok tv. Sampai jam 7.30 pagi, ana mandi. Lepas tu, ana terus berhempas pulas menyiapkan lesson plan yang tertunggak. Huhu..
Kadang-kadang, ana kasihan melihat sahabat-sahabat ana yang terpaksa berjauhan dengan keluarga. Lebih-lebih lagi yang baru berkahwin.!! Baru kawin dalam masa 2 minggu, pastu kena pulak berpisah selama berbulan-bulan lamanya. Kesian, tapi itulah. Pengorbanan mereka memang besar untuk anak-anak kampung ini. Ana berbangga dapat menjadi sebahagian dari komuniti yang mulia ini.
Isu nak pindah ni memang hangatlah di mana-mana sekolah di pedalaman. Si A nak pindahlah, si B nak pindahlah. Macam-macam karenah. Ada yang pindah sebab kurang selesa. Tapi, itu kira ok lagi daripada yang terus hilang entah ke mana. Tak lapor diri di stesyen. Macam-macam karenah. Banyak lagi siswazah yang menganggur di luar sana yang memerlukan pekerjaan. Kita yang dah dapat ni, senang-senang je nak tolak tawaran mengajar di pedalaman. Waktu kat Institut dulu, bukan main lagi kata sanggup. Penemuduga tanya, “Awak sanggup mengajar di pedalaman yang tidak ada apa-apa?”. Jawapnya, “Sanggup!!” Bila dah dihantar, hilang pulak. Ana pun hairan dengan sikap segelintir manusia sebegini. Suka sangat menyusahkan orang lain. Kalau dah dapat tempat mengajar tu, pergilah dulu. Lepas cukup setahun-2 tahun, pohonlah pindah. Tak lama masa tu. Pejam celik mata dah pindah dah. Masa itu bergerak wahai guru-guru sekalian. Jangan nak senang jak. Nanti diri sendiri yang rugi. Bak kata pepatah melayu, “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Bagi seorang guru, saat yang paling indah adalah bila anak murid kita berjaya dalam hidup dan menjadi seorang manusia. Masakan tidak bahagia, kita telah membina dan memupuk nilai murni dalam kehidupan orang lain. Kitalah ejen perubahan kepada anak-anak ini. Jadi, janganlah mudah jemu mengajar. Ini adalah saham kita di akhirat kelak. Anak-anak berubah dari zaman ke zaman. Bagaimana pulak dengan kita. Dah bersedia untuk berubah??
p/s: ana bimbang dengan ayam yang ana goreng..huhu

05/07/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...