Assalamualaikum wkth..
Bertemu kembali dalam coretan kata-kata yang tidak bernilai ini.. bersempena dengan bulan kemerdekaan, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memperingati semangat kemerdekaan sejak 52 tahun dahulu. Betapa payahnya pahlawan-pahlawan Negara memperjuangkan kemerdekaan Negara. Bukan senang nak jadi senang. Sehingga timbullah pepatah melayu sebegini, “Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”
Darah yang mengalir di dalam diri aku, adalah darah pejuang… sekali berjuang selamanya berjuang.. Allahyarham Rosli Dhobi, pejuang kebebasan bagi negeri Sarawak adalah bapa saudara aku. Menurut cerita bapa aku, allahyarham memanggil nenek perempuan aku (sebelah bapa) “Usu Neng”. Bagi pembaca diluar sana, nama allahyarhamah nenek aku (sebelah bapa) Neng@Dara Binti Majid. Nenek aku sudahpun meninggal dunia pada tahun 1994. Bersuamikan Ramli Bin Bujang dan mendapat 10 orang anak. 3 orang meninggal ketika masih kecil. Bapa aku adalah anak sulung hasil dari perkahwinan tersebut. Bukan sahaja mengaku aku ini adalah keturunan beliau. Tetapi beliau juga adalah seorang guru yang mengajar anak-anak bangsa sebelum digantung sampai mati oleh penjajah British pada ketika. Hakikatnya, aku adalah pejuang yang meneruskan legasi beliau, mendidik anak-anak mengenal erti kemerdekaan yang tidak dapat dibeli dengan duit..tetapi nyawa!!!
Ayuh wahai semua guru-guru.. marilah kita sumbangkan yang terbaik daripada hidup kita untuk mendidik mereka ini.. mereka memerlukan kita mendidik jiwa dan nurani mereka supaya mereka kenal akan pencipta mereka.. kita tidak mengajar mereka untuk mengikuti jejak penjajah.. kita ajar mereka mengenal mereka yang pernah menjajah supaya mereka tidak akan dijajah sekali lagi.
p/s: darah yang mengalir tidak akan berhenti mengalir melainkan ianya tertumpah ke bumi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan