Cari Blog Ini

Rabu, 19 Ogos 2009

Titipan kalbu..2

Assalamualaikum wkth..
Timbul persoalan kepada pembaca-pembaca jika meneliti titipan-titipan aku yang lepas. Ianya berkisarkan mengapa dan kenapa aku asyik menyalahkan guru-guru yang tidak melaporkan diri disekolah pada hari yang sepatutnya dan melarikan diri. Ini adalah disebabkan kerana aku benci dengan GOLONGAN TIDAK SEDAR DIRI ini. Cuba tanyakan kepada meraka, apa yang dikatakan ketika menjawab soalan penemuduga ketika temuduga dahulu, bukan main berapi lagi kata-kata mereka ini. “SANGGUP DITEMPATKAN DI PEDALAMAN!!!” . Dah dapat, lari.. So, kawan-kawan, kalau tidak menunaikan janji.. tergolong pada golongan mana orang sebegini?? Anda tahu sendiri jawapannya..

Jika pandang orang lain pun macam aku dan rakan-rakan sepejuangan lain pun punyai masalah seperti mereka. Kalau alasan ibu bapa sakit, aku juga mempunyai ibu dan bapa yang sakit. Lebih-lebih lagi, tidak ada yang menjaga kedua-duanya di seberang sungai sana. Tapi aku masih mampu mengajar walaupun dalam kepayahan. Kalau alasan baru berkahwin, Ustaz Fazli baru melangsung perkahwinan bulan 6 yang lepas, baru seminggu kawin…dah terpaksa berpisah..nah!! apa lagi alasan?? Mengandung?? Tidak menjadi masalah..Jabatan Pelajaran Negeri tahu akan masalah anda. Tidak akan tidak ada jalan penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi.. Allah menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan hikmahnya yang tersendiri.. sebab itulah tandanya, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

Bukan meninggikan diri sebagai guru permulaan, aku sekadar meluahkan apa yang terpendam dibenak fikiran aku selama ini terhadap guru-guru yang terlalu mementingkan diri sendiri ini. Aku sekadar guru biasa yang sentiasa mengharapkan rahmat dan redha dari Allah..agar hidup aku diberkati selalu dengan menasihati mereka-mereka yang degil ni… sedarlah..bangsa kita menagih ihsan dari insan bernama guru. Selaras dengan saranan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”. Ayuh..mari kita mengajar di pedalaman!!!

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...