Cari Blog Ini

Rabu, 19 Ogos 2009

Titipan kalbu..

Assalamualaikum wkth..
Bertemu semula kita dalam titipan aku..seorang guru pedalaman yang sedang memotivasikan diri sendiri dan juga menjadi iktibar kepada guru-guru pemulaan yang bakal menjadi seorang guru yang baru dan ditempatkan di pedalaman. Setiap guru dilahirkan dengan perasaan yang berbeza-beza oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak menjadi sesuatu itu sia-sia melainkan menjadi faedah kepada diri dan masyarakat. Maha Suci Allah yang telah menjadikan timur dan barat, matahari dan bulan yang mengikuti sistem yang telah diaturkan semua perancangannya. Tidak ada kebetulan di dalam dunia ini. Inilah yang tertulis di Lauh Mahfuz. Kamu adalah seorang guru, maka jadilah guru.

Maka dengan itu, janganlah kita sebagai warga guru merosakkan aturan yang tuhan aturkan untuk kita. Jangan mendidik dengan makan gaji buta. Kerana gaji buta itu haram! Jalankan tugas semata-mata kerana tuhan. Kayu pengukur kejayaan kita adalah anak-anak murid kita berjaya dalam hidup dan menjadi manusia yang benar disisi Allah. Ya rabbul Izzah..bantulah aku mendidik meraka dengan keimanan dan ketakwaan. Bukan kerana takbur dan riak. Bantulah aku dalam setiap urusan-urusan yang amat sukar untuk aku lakukan..kerana aku hanyalah hambaMu…lemah lagi tidak terdaya..tanpaMu tuhanku..

Sekarang, tempat aku sedang menghadapi musim kemarau yang berpanjangan. Dalam keadaan ini, kebanyakan guru baru akan merasakan kesusahan. Mungkin tidak biasa dengan kehidupan di kampung. Maka dengan itu....aku kena mandi di sungai sajalah. Huhu.. tapi inilah pengalaman yang tidak dapat aku beli dengan duit gaji beribu-ribu di bandar.. Semalam aku menelefon ibuku di sebuah kilang yang jaraknya kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari kampung. Nasib baiklah ada kereta yang menuju ke sana. Mendengar suara ibuku..membuat aku menjadi kembali tenang..indahnya ketika berbual dengan ibu yang tercinta. Melebihi nikmat makan di restoran mewah..segala yang ada di bumi menjadi tidak bernilai berbanding dengan suara ibuku yang amat aku cintai dengan sepenuh hatiku..tidak pernah berbelah bahagi walaupun sedikit..tidak goyah dengan kecantikan wanita yang pernah hadir dalam hidupku.kerana dia IBUKU..yang melahirkan aku..menjaga aku dengan penuh kasih sayangnya..yang menumpahkan darahnya demi aku melihat dunia yang penuh dengan tipu daya..

Usia ibuku sudah menjangkau 54 tahun..usia ayahku sudahpun menjangkau 58 tahun... tapi masih gagah menyediakan makanan kegemaran aku ketika aku balik untuk bercuti..dengan sebelah tangannya yang tidak berdaya..namun masih gagah memberi kasih sayangnnya yang tidak ternilai dengan emas dan perak...ayahku..masih gagah menempuhi sisa-sisa hidupnya untuk menjadi orang beriman di sisi Allah..sejak usianya meningkat..ayahku menjadi lebih penyabar dengan karenah aku.. Betapa aku merindui kedua-duanya.. Namun aku mesti berada di sini atas perintah Allah..aku tetap berjuang mendidik anak-anak ini..bukan kerana nama, harta dan sebagainya..tetapi LILLAHITAALA....

Biarpun terpaksa mati di sini, aku tetap berjuang untukMu juga tuhanku..dengarlah rintihan hati ini..semoga Engkau menerima amalanku..sebaris dengan para syuhada..dan juga Rasulullah s.a.w aku rindui selalu...
Ayuh guru-guru baru..mari kita mengembeling tenaga untuk negara kita..sumbangkan yang terbaik dalam hidup kita.. agar anak-anak ini tahu akan keberadaan negara kita, MALAYSIA!!
p/s: cikgu baru yang lari dari penempatan adalah seorang manusia yang tidak pandai bersyukur!!!
Long Busang, Belaga..(09 Ogos 2009)

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...