Cari Blog Ini

Ahad, 13 September 2009

Perjalanan menuju kasih dan redha Nya

Assalamualaikum..bertemu semula kita dalam catatan blog yang bagaikan tidak ada penghujungnya. Ilmu Allah itu luas. Walau berkali-kali kita naik atas pentas ambil ijazah yang pelbagai, ilmu kita tetap sekelumit jua. Tiada daya upaya kita menentang pencipta kita. Mungkin kita mampu mencipta pelbagai alat-alat yang canggih, namun masih tidak dapat menandingi kebesaran Allah s.w.t.

Sekdar renungan bersama, aku titipkan sedikit daripada kata-kata semangat dan juga hadith-hadith yang memberi inspirasi untuk kita sama-sama berjuang ke jalan yang diredhai Allah.

Nabi saw bersabda: “Setiap kali seorang muslim ditimpa musibah, keletihan, dukacita, kesedihan, kesakitan termasuk duri yang terpijaknya, maka ALLAH akan menghapuskan dosa-dosanya kerananya.”-riwayat bukhari dan muslim-

“Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari apabila terbenamnya matahari umurku berkurangan, akan tetapi amalanku tidak bertambah.”-ibnu Mas’ud r.a.-

-Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat-~[al-A’raf:204]

Kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain: Diwajibkan kita berpuasa, terdapatnya solat terawih, membayar zakat fitrah, nuzul al-quran dan lailatul qadar.. Marilah kita bersama menggunakan sepenuhnya bulan ini dengan ibadah kepada ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Permulaan Ramadhan itu rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan penghujungnya adalah kebebasan daripada api neraka.”

“Boleh jadi kamu benci secuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”~al-baqarah:216~

Jangan tentukan harga dirimu kecuali dengan syurga.Jiwa orang yang beriman itu mahal tapi sebilangan daripada mereka menjualkannya dengan harga yang murah.

-hasan al-basyri-

Bila hati cintakan ISLAM, masa terlalu singkat kerana gerak kerja Islam terlalu banyak menanti.Ingat ALLAH di setiap langkah dan perkiraan masamu..Strive for mardhatillah..

“ Kiranya hati seputih awan,isikan ia dengan kalimah ALLAH. Kiranya hati seriang burung, isikan juga dengan kalimah ALLAH dan kiranya hati mula berdebu bersihkan ia dengan kalimah ALLAH.Nescaya hati itu sentiasa suci bagaikan embun yang menitis di pagi hari.”

“Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah-gelisah (lagi Bakhil Kedekut).Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.Dan apabila mendapat kesenangan. Dia sangat bakhil kedekut.Kecuali orang-orang yang mendirikan solat, iaitu solat mereka dilakukan dengan tetap.”-surah al-ma’arij: 19-23-

Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta ALLAH.Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.ALLAh memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepadaNYA.Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAh.Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH.Iringilah dengan niat untuk berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya.Jika tidak ada niat untuk berkahwin cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.

Bersikap jujur dan benarlah walaupun anda melihat bahaya.Yakinlah bahawa itu bukan bahaya tetapi dusta, walaupun di hadapan anda bahagia,sebab itu bukan bahagia.

Sesiapa yang memandang wajah ibu bapa dengan pandangan gembira, nescaya dia akan mendapat pahala sama dengan mengerjakan haji.(Mafhum Hadis)

Keberkatan dan kemanisan dalam perjuangan hanya untuk mereka yang mampu bermujahidah dalam kepayahan, berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan.

.. “semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.Jika aku dapat, aku ingin setia padanya...” – imam syafie-

“ Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin manusia, hendaklah ia mula dengan mengajar orang lain.Hendaklah ia mengajar dengan perjalanan hidup,sebelum mengajar dengan lidah, orang-orang yang melatih diri sendiri itu lebih layak dihormati daripada mereka yang mengajar orang lain”-saidina ali r.a.-

Dari Abu Hurairah R.A katanya: Rasulullah S.A.W bersabda “ Seseorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Kerana itu, janganlah menganiaya, jangan membiarkannya teraniaya dan jangan menghinanya.”

“ Pelajarilah ilmu! Dalam mempelajarinya kerana ALLAH akan menambahkan taqwa, menuntutnya ibadah, muzakarah menjadi tasbih, membahas menjadi jihad, mengajarkannya menjadi sedekah, mewariskan kepada ahli keluarga menjadi ibadah qurban. Ilmu menunjukkan beza halal dan haram, jua lampu di jalan ahli syurga, jua teman keseorangan, menjadi sahabat kepada perantau, juga penghibur dlama suka dan duka. Jua senjata berhadapan musuh, perhiasan dalam persahabatan. Dengan ilmu juga ALLAH mengangkat darjat muslim untuk memimpin setiap insan. (Riwayat Ibn Adil Barri)

Amal yang paling dikasihi ALLAH selepas yang wajib ialah memasukkan kegembiraan ke dalalm hati seorang muslim. –hadith riwayat at- Thabrani..

Dari Ibnu Umar R.A berkata, sabda Rasulullah SAW maksudnya: “ Seorang muslim itu bersaudara kepada sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dibiarkan dianiaya oleh orang lain. Dan sesiapa yang menyempuranakan hajat saudaranya nescaya ALLAH akan menyempuranakan hajatnya pula.” –Riwayat Bukhari dan Muslim.

Pertimbangkan antara akal dan nafsu, jangan berfikir secara emosional tetapi berfikirlah secara rasional, kemarahan hanya akan menghangatkan suasana tetapi dengan kesabaran mengundang seribu ketenangan di hati nurani insan bertakwa.

Perjuangan secebis jihad. Meruntun rasa sekeping hati, namun setiap kali kegetiran melanda. Renungkan kembali satu hakikat, kitalah mujahid ALLAH.

“ Pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah, pesan pada semua jangan mengeluh dan jangan kecewa, kerana ujian yang mendatang ada hikmahnya.”

“Ukirlah senyuman yang paling manis , kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit.”


Selamat beribadat..jazakallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...