Cari Blog Ini

Selasa, 15 September 2009

Penghujung Ramadhan Al-Mubarak 1430H

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua blogger. Alhamdulillah..kita semakin di penghujung ramadhan al-mubarak ini. Pada ketika dan saat ini, maka menangislah para-para mukmin kerana ramadhan ini bakal berakhir dan meninggalkan kita selama setahun lagi. Bayangkan, ini adalah ramadhan terakhir bagi kita, maka selayaknya kita menangisi pemergian ramadhan ini bukan bergembira sebaliknya.

Dalam kita membuat persiapan untuk menyambut Eidul Fitri yang kian menjelma ini, jangan lupa untuk membayar zakat fitrah ya. Ianya sebagai pencuci amalan yang tidak baik dalam kita berpuasa. Amalan puasa kita akan tergantung di antara langit dan bumi jika tidak menunaikan zakat pada tahun tersebut. So, jangan tak bayar zakat. Setakat RM6.00, semua orang berkemampuan untuk membayarnya. Kecuali mereka yang dhaif. Maka selayaknya kita bersimpati kepada golongan ini dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam hidup kita untuk membantu mereka.

Rezeki..mungkin topic ini agak general@umum untuk dibincangkan. Tetapi, jika kita memahami hakikat rezeki, maka kita akan memahami rezeki itu bukan sahaja tertakluk kepada konsep duit tetapi luas lagi skopnya. Kebanyakkan kita hanya memahami rezeki itu adalah duit yang kita terima daripada hasil kerja dan sebagainya. Tetapi, kita hendaklah faham, yang rezeki bukan tertakluk pada skop duit sahaja, malahan rezeki itu juga termasuk kepada anak-anak, kesudahan pekerjaan kita, kesihatan malahan pekerjaan juga merupakan rezeki kepada semua umat manusia. Oleh itu, kita hendaklah selalu bersolat dhuha untuk mengelak kepapaan.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Beginilah indahnya agama Allah ini. Ternyata dalam setiap langkah dan perbuatan, kita sudah meletakkan diri untuk menghambakan diri kita hanya kepada Allah. Dengan ucapan bismillah di dalam setiap pekara yang kita buat, kita telah menyatakan rasa cinta kita kepada Allah. Masakan tidak bercinta jika setiap pekara kita menyebut asmaNya yang Maha Agung. Hayati doa selepas solat sunat dhuha. Ianya berkaitan dengan rezeki. Tidak pula dinyatakan rezeki dalam bentuk pada. Gembira dan bahagia termasuk juga rezeki. Kenapa? à sebab, kalau kita gembira kita akan bekerja dengan baik. Kalau bekerja dengan baik, kita akan mndapat berkat dengan pekerjaan kita tadi. Malahan, jika kita mengajar dengan baik, maka rezeki kita akan berkesudahan dengan baik seperti elaun tuntutan kita keluarlah dan sebagainya. Ingat, bekerja atas dasar `Lailla haillallah.." supaya `pelaburan` akhirat kita mendapat dividen yang banyak..iaitu syurga firdausi..

Jazakallah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...