Assalamualaikum dan salam sejahtera..bertemu sekali lagi kita dalam teratak aku yang buruk lagi hina. Teratak seorag guru yang hidup di pedalaman yang jauh dari Bandar. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia buat guru-guru permulaan yang telah bekerja hampir setahun dari Bandar sana. Kami guru di pedalaman sentiasa mendoakan kecemerlangan anak-anak murid kami dan juga anak-anak murid kalian dari hari ke sehari agar memperolehi keputusan yang cemerlang. Keputusan UPSR bakal menjelang. Insya Allah, kita target yang terbaik untuk semua anak-anak murid kita. Moga kejayaan menyebelahi mereka.
Sudah lama agaknya aku tidak mencoretkan kata-kata dan pandangan aku terhadap profession keguruan ini mahupun berita-berita sensasi. Kepada mereka yang telah memberi komen kepada post-post aku yang lepas, aku ucapkan sejuta tahniah kepada mereka ini kerena mereka peka dan masih lagi memberi perhatian kepada post dan ulasan aku yang sebelum ini. Beerti insan seperti ini, mereka datang menjenguk dan memberi idea dan melontarkan pandangan yang baik dan memberi harapan kepada guru-guru pedalaman seperti kami. Bukan beerti tidak komen tidak prihatin, bila beri komen beerti aku telah berjaya mencuit hati kalian dengan madah berhelah aku. So, keep on commenting my post, mudah-mudahan comment anda memberi suntikkan semangat kepada aku terutamanya meneruskan kerja yang mulia di sisi Allah ini dengan lebih cemerlang.
Minggu lepas, adalah minggu ‘Besday’ aku. 24/10/1984..aku telah dilahirkan dengan jayanya setelah azan maghrib berkumandang, bersamaa 28 Muharam 1405 Hijrah. Sejurus bilal melaungkan “Allahuakbar….allahuakbar..” darah ibuku tertumpah ke bumi demi anaknya yang bernama Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman. Tidak diketahui masa depannya yang kemudiaannya akan kembali berbakti kepadanya pada satu hari kelak. Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman namaku diberi. “UNIK” itulah perkataan yang sering aku dengar dari mulut manusia bila aku katakan namaku. One more thing, ´Khawar Hezazy‘ itulah terletak keunikkan. Tapi, bagi aku, uniknya nama aku ialah..‘Muhammad..‘ kerana nama itu sudahpun terlalu indah dibandingkan dengan ´Khawar Hezazy‘. Bayangkan..nama anda semua sudahpun tertulis di lauh mahfuz ´Muhammad‘, nama kekasih Allah yang paling Allah s.w.t cintai.. tidakkah aku harus berbangga kerana dipilih untuk bernama ´Muhammad‘? Aku bersyukur dan aku sembah sujud hanya padaMu ya Allah.
Bagi nama ´Khawar Hezazy‘, mungkin itu hanya satu kebetulan sahaja. Sebelum ini, keluarga aku pernah tinggal di satu kawasan Rancangan Perumahan Rakyat di satu tempat berdekatan dengan Batu Kawah. So, tempat itu dinamakan R.P.R Batu Kawa. ´Kawah‘ ditukar menjadi ´Kawa‘ untuk mengkomersialkan tempat tersebut. (Ni Cuma pendapat saja, tak tahulah betul ke x..) . Nak cerita asal usul Batu Kawah diberi..erm..pernah aku dengar dongengan tempat tersebut. Begini ceritanya. Pada zaman mensia marek (mensia marek bahasa melayu Sarawak bermaksud dahulu kala), satu kampung berdekatan disitu telah mengadakan satu pesta keramaian. So, banyaklah kawah-kawah digunakan untuk tujuan memasak dalam majlis tersebut. Melobo-lobolah (beramai-ramailah) orang datang ke majlis dan menolong orang kampung tersebut. Dipendekkan cerita, pada sebelah malamnya, orang-orang kampung tersebut telah memakaikan kucing-kucing di kampung tersebut dengan pakaian malahan anjing turut diberi pakaian seperti manusia. Apalagi..ketawa berdekah-dekah semua yang menghadiri majlis tersebut. Tiba-tiba(suspen sikit ek..hehe..), kawah-kawah makanan tadi dipangkak nyaruk(panah kilat) dan menyebabkan kawah-kawah tersebut menjadi batu. Ini adalah disebabkan oleh perbuatan orang kampung tadi yang mempersendakan haiwan-haiwan ciptaan Allah yang menyebabkan ´buak ari‘ (cuaca tidak baik). Sebab itulah, Batu Kawah diberi nama. Kesan batu yang bertukar menjadi kawah masih ada di bawah kuil Cina berdekatan dengan sungai Sarawak di Kampung Sinar Budi Lama. Itupun kalau air surut. Itulah sejarah nama Batu Kawah.
Berbalik dengan nama aku, ´Khawar Hezazy‘, kemungkinan besar yang aku tahu, setelah diselidiki, Khawar itu sendiri berasal dari nama seorang kawan ayah aku yang berasal dari Pakistan yang juga merupakan sedara ayah aku. Kemungkinan sebab ada seorang penjual kain-kain yang bernama Khawar menyebabkan ayah aku bagi nama Khawar. Erm..mungkin kajian kes terhadap nama Khawar dah tamat. Yang menjadi kepelikkannya..Hezazy..puas dah aku seacrh kat engine search macam Yahoo!!, Google..Alta Vista. Memang aku tak ketemu nama Hezazy. Dalam Malaysia, KEMUNGKINAN nama aku seorang sahaja yang ada Hezazy..KEMUNGKINAN..bukan MEMANG.! Fahamilah maksud kemungkinan tu. Ada yang bernama Khawarizmi..itu memang nama seorang ilmuwan Islam pada zaman dahulu. Biar apapun, jangan samakan aku dengan KHAWARIJ kerana aku adalah pengikut Mahzab Syafiee dan juga berfahaman ahli sunnah waljamaah..jangan ada pertikaian di sini ya.
Kepayahan, kesusahan ibuku melahirkan aku menjadikan aku semakin mencintai kedua ibu bapaku dengan sepenuh hati. Semua kehendak mereka aku turuti. Aku tidak mahu meninggalkan rasa kecil hati dalam hati mereka walau sekelumit pun. Menentang kehendak mereka beerti menentang kehendak Allah. Aku pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Australia, ke Jordan, ke U.K, tapi semua tawaran itu disembunyikan oleh ibuku. Sedih, tapi itu kenyataan. Tapi, aku masih bersyukur kepada Allah s.w.t. Kerana Allah lebih mengetahui kemampuan aku. Iman aku senipis belahan rambut. Kemungkinan, bila aku berada di luar negara, aku akan jadi liar kerana kurang kawalan dari ibu bapa dan juga tidak tahan dengan godaan. Allah lebih tahu apa yang aku tidak ketahui. So, sekarang..aku tidak langsung menyimpan dendam mahupun berkecil hati terhadap kedua orang tuaku..tapi aku berbangga memiliki keduanya walaupun adakalanya aku memberontak tanpa aku sedari. Itulah kita..kita hanya insan yang tidak sempurna.. Aku bukan Fahri yang menjadi watak utama dalam novel ´Ayat-ayat cinta‘. Aku Cuma Muhammad Khawar Hezazy..yang sering kali leka dan alpa dalam menjalani kehidupan aku sebagai manusia biasa..
25 tahun telah aku menghirup udara Allah s.w.t..terlalu banyak maksiat yang telah aku lakukan pada Allah sama ada aku sedari atau tidak sedari. 25 tahun telah aku menjadi hamba Allah..HAMBA..bukan saudara..bukan anak..bukan nabi..apatah lagi Rasul..dan tidak mungkin menjadi wali Allah..hendak menjadi soleh menjadi igauan bagi aku..kerana lelaki yang soleh adalah lelaki yang sentiasa menjaga diri dari melakukan sebarang kemaksiatan kepada Allah s.w.t. Lelaki soleh adalah seorang lelaki yang malunya begitu tinggi kepada Allah dan RasulNya..tapi, mampukah aku menjadi lelaki soleh jika hari-hari berlalu aku penuhkan dengan kemaksiatan yang bermaharajalela? Mampukah aku menjadi lelaki soleh andainya aku tidak pernah mengingati Rasulullah s.a.w dalam kehidupan sehari-hari? Telah aku ulangi dan aku ulangi mengingati Allah dan RasulNya..adakalanya aku lupa pada Allah..berpanjangan dan terus melupai.. Bila hidayah mengetuk pintu hati..aku menjadi haru biru..kerana teringat akan dosa yang telah aku lakukan begitu banyak sekali. Aku sedar..aku sedar bahawa Allah adalah cinta agung.. Selepas itu, ku ulangi kesilapan itu semula..dalam tidak ku sedari..aku telah melakukan lagi kemaksiatan kepada Allah..benda begitu akan keep on berulang dan berulang..aku harapkan insan yang bakal hadir dalam hidupku sebagai isteriku akan membantu aku dalam bermujahadah kepada Allah selalu..insya Allah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengucapkan ´Selamat Hari Lahir‘ pada 24 Oktober yang lepas. Aku tersangat menghargainya..terlalu banyak sehinggakan tidak berkesempatan untuk membalas semua ucapan tersebut. So, aku ambik kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang masih mengingati hari lahir aku. Trimas!!!
Kepada sesiapa yang menyambut besday dalam bulan ni, aku ucapkan selamat menyambut hari lahir..semoga Allah menguniakan barakah dalam usia kamu yang mendatang..insya Allah..aku berkesempatan menyambut hari lahir aku ke 25 tahun di rumah bersama-sama dengan ahli keluarga ak..(ayah, mak, kakak n adik..). Malahan anak murid silat aku turut bersama-sama menyambut besday dengan aku..alhamdulillah. syukurlah.. Nak cerita plak sal sambutan besday aku pada tahun-tahun lalu. Waktu aku masih kat university dulu. Memang kena menyambut besday kat dalam hutan or kena sambut dalam keadaan yang tidak selesa tetapi menyeronokan. Sebab besday aku akan jatuh pada ´Kem Tahunan´ PALAPES. PALAPES itu singkatan dari perkataan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Kira macam pegawai askar wataniah la. Tahun pertama aku di UNIMAS( Universiti Malaysia Sarawak), aku ikut kem tahunan pada tarikh besday aku tu. Apalagi, kena baling la ke dalam sungai oleh staf n kawan-kawan. Siap buat kek dengan ration tentera. Ration tentera ini kira macam makanan tentera yang dah kena pack siap-siap dalam paket dan tersedia untuk di makan. Mengingati malam sebelum tu, malam Platun 1 menyerang hendap. Nak dijadikan cerita, satu malam tu aku dan kawan-kawan lain meniarap la kat tepi bukit. Tunggu musuh. Last-last, semua tertidur. Haha..lucu bila mengenangkan semua tu.
Tahun ke 2 di UNIMAS, aku menyambut besday aku di UNIMAS jugak tapi dalam Kem Tahunan jugak. Kelebihan tapi kali ini memang kena dera teruk-teruk oleh staf dan pegawai. Kena guling satu padang kawad. Baru ada nyanyian besday. Tahun ke 3, aku sambut besday dalam keadaan sederhana jak. Masih jugak dalam Kem Tahunan. Tapi, yang hujung-hujung la. Tahun 2007, aku sambut besday bersamaan dengan 1 Syawal..tahun lepas..aku sambut besday di maktab perguruan bersama-sama kawan-kawan.
Ingat nak sambut besday dalam hutan sekali lagi tahun ni. Tapi, keadaan berubah. Aku menyambut pulak dengan keluarga yang tercinta. Thanks mom and dad !! Aku kuar ambik gaji time tu. Jumaat keluar Isnin balik. Ambik cuti sehari. …
Walauapapun, kekuatan aku terletak pada tanganku yang sentiasa memegang kapur demi anak bangsa yang tercinta. Tidak pernah aku menyesal bila menyahut panggilan illahi menjadi seorang guru walaupun dirundung kesusahan. Bila berkeluh kesah itu, memang menjadi kebiasaan kerana aku hanyalah seorang manusia yang lemah lagi tak terdaya. Berkeluh kesah memang meniti bibir kerana kadang-kadang aku tidak sedar kata-kata dan luahan hatiku. Aku hanyalah HAMBA Allah..bukanlah siapa-siapa dihadapan Allah. Bagi yang telah tersakit hati dengan tingkah laku aku, tersinggung dengan kata-kataku, dipohon sejuta kemaafan pada semua. Jangan simpan lagi dalam hati. Sesungguhnya, aku telah memaafkan setiap satu kesalahan kalian terhadapku. Segala umpatan dan tohmahan aku maafkan demi kesejahteraan umat Islam sejagat. Apalah andai kita bergaduh sesama sendiri. Tiada gunanya. Sebab ianya akan merosakkan akidah umat islam dan menyebabkan kita berpecah belah. Apatah lagi bergaduh kerana seorang perempuan!!! (malunya aku dengar lor..sebab masih ada orang berdendam dengan aku sebab seorang perempuan!!!).
Mungkin ni masuk bab peribadi sikit. Tapi itulah hakikat kehidupan. Sampai bila nak bermusuh and sampai bila nak terus menfitnah aku kan ? fitnahlah selagi kamu termampu. Sebab, fitnah-fitnah itu akan jadi saham utama aku diakhirat aku kelak. Thank you atas fitnah-fitnah anda. Kerana dengan fitnah tersebut, aku menjadi lebih matang. Aku berdiri dari kegagalan pada satu ketika dulu. Teringat pulak dengan satu ancaman dari seorang insan yang bernama……(biarlah rahsia). Pernah mengeluarkan kata-kata kesat dalam comment dia terhadap aku dulu dalam friendster. Memang penuh dengan maki hamun dan andainya iman aku terlalu goyah, sudah pastinya pergaduhan pasti berlaku. Namun, aku menjawap comment tersebut dengan undangan menyerah diri beserta alamat rumah supaya ´manusia‘ ini dapat kerumah aku dan membelasah aku cukup-cukup. Sahutan undangan aku dianggap sepi. Mungkin ´dia´ masih tidak kenal dunia sebenar. Masih nak berdendam walaupun itu kisah lama. Huhu..untuk pengetahuan semua..sekarang umur kita kian meningkat..Semua kenangan dah tertinggal dibelakang. Apa lah lagi kita hendak mengenang apa yang terjadi. Benda dah terjadi. Biarlah berlalu. Aku dah maafkan semua orang. Sekarang aku dalam pencarian mencari kemaafan orang lain yang pernah aku terpukul, terkasar, tersalah cakap..dan macam-macam ´ter‘. Sebab, kita tak tahu, esok mungkin hari terakhir buat kita dalam kehidupan ini. Bila mati, manakan daya aku hendak memikul segala kesalahan pada manusia ini. Bayangkan, dosa kita pada Allah bisa terampun kalau betul mencari keampunanNya. Dosa kita pada manusia pula, hendaklah kita pohon dari manusia itu juga. Kalau dah mohon kemaafan, tapi tak dihirau, itu belakang kira. Yang penting kita jalankan ibadah kita dengan sepenuh hati. Memohon kemaafan selagi lidah di atas rongga.
Aku tujukan kata-kata ini kepada semua yang membaca. Jangan tidak maafkan orang. Nanti hidup anda tidak tenang. Maafkan kesalahan orang. Selagi kesalahan itu tidak menanggung malu yang besar. Berdiri dari kegagalan. Bangkit dari kejatuhan. Sedar bahawa Allah itu sahajalah tujuan kita. Bukan perempuan mahupun kedudukan. Hidup tanpa Allah beerti hidup tanpa nyawa. Bekerja biarlah kerana Allah. Bukan kerana terpaksa atau insentif. Kepada bakal guru yang telah mengkritik aku, terima kasih sekali lagi. Adakalanya, yang muda akan menyindir yang senior. Tidak semestinya 100% senior akan betul. Betul kata ibuku padaku. “Pengalaman akan mematangkan kita anak”. Aku belajar dari pengalaman. Kepada mereka yang pernah menjadi kepada teman pengutuk@penfitnah aku, tolong sampai pada manusia-manusia itu, aku telah memohon kemaafan. Dan balasannya, caci hina dan maki hamun yang rasanya dah melampau-lampau. Untuk pengetahuan semua, perkataan pu****k memang akan buat aku naik radang yang amat!! Sebab aku lahir dari tempat yang telah menumpahkan darahku. Ibuku bersusah payah melahirkan aku, senang-senang nak hina! Allahu rabbi..andai nyawa ditengkuk, sudahpasti tercabut lantaran kemarahan aku ketika itu. Astaghfirullah.. aku tidak mencabar mana-mana pihak. Tapi ingin menyatakan bahawa benda yang lepas, lepaslah. Imam Abu Hanifah pernah berkata, benda yang paling jauh dengan kita, adalah masa yang telah kita tinggalkan. So, berubahlah.
Aku mengharapkan insan-insan pendendam seperti membaca post ini. Beri ulasan. Jangan melenting. Dendam pasti tidak ada kesudahan. Lupakan dendam. Jangan simpan hasad dengki. Kerana hasad dengki ini adalah penyakit yang paling banyak sekali melanda umat Islam sehingga Islam menjadi mundur. Jadikan Allah sebagai tujuan. Jadikan bumi ini adalah tempat berkasih sayang.
Pernah ada ketikanya, seseorang bertanya kepada kuncu-kuncu si pendendam. “Kenal dengan si fulan bin si fulan..?” Jawapan si kuncu tersebut, “Kenal..dan sampai setakat itu sahajalah tahu”, dengan nada sinis. Macam mengejek dan si fulan tersebut. Tapi, sedarkah kau wahai si kuncu-kuncu..kau hanya menurut mainan nafsu sahabatmu. Sedangkan kamu tidak tahu dan hanya mendengar cerita dari mulut sahabatmu tanpa bukti dan alasan yang kukuh. Bayangkan nanti, amalan si fulan itu sama rata di antara kebaikkan dan dosa di timbang tara Allah di akhirat kelak, oleh kerana fitnah yang engkau sebarkan dari sahabat engkau tadi, telah memberatkan kebaikkan si fulan tersebut. Malahan engkau pulak, diberatkan pula timbangan keburukkan kerana mendengar dan menyebarkan fitnah. Sedangkan engkau pulak ahli ibadah, si fulan bin si fulan tadi Cuma hamba seringkali terleka kepada Allah. Siapa yang rugi jika tidak kita sendiri. Sedarlah engkau dari kesalahan engkau.
Dan bayangkan, si fulan itu telah betaubat dari dosa dahulu dan engkau sebarkan aibnya..Ingat!! Balasan Allah memang benar!! Jika engkau aibkan orang, maka Allah PASTI akan aibkkan engkau di akhirat!! Janji Allah memang pasti.
Aku bukanlah ahli permasalahan agama. Aku hanyalah seorang guru..yang lemah lagi tidak terdaya di sisi Allah..maafkan aku..
p/s: Al-Fatihah kepada rakanku yang meninggalkan alam fana ini..al-fatihah kepada syuhada, insya Allah, aku akan menyusuri jalan syahid seperti syuhada yang berjuang fisabillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan