Cari Blog Ini

Jumaat, 30 Oktober 2009

Bila dah hujung tahun...

Assalamualaikum wkth kepada semua bloggers. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya aku beroleh idea yang bernas untuk aku mencoretkan kata-kata aku dalam blog Insan Wardah.. Sekali imbas, kita sudahpun berada di penghujung bulan Oktober. 2 November bakal menjelang dan menandakan aku sudahpun berada di S. K Long Busang 11 bulan!! Subhanallah.. Pelbagai dugaan sudah aku lalui di bumi terbiar ini. Macam-macam aktiviti sekolah sudah aku buat. Sukan Tahunan, Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Raya, Bulan Bahasa, dan pelbagai Program yang dianjurkan oleh sekolah mahupun panitia-panitia subjek lain. Kalau berkaitan dengan program, sudah semestinya memerlukan kertas kerja dan bila ada kertas kerja, perlukan macam-macam lagi persiapan untuk melakukan aktiviti tersebut. Apabila siap sesuatu program tersebut dan ianya berjalan dengan lancar, maka puji-pujian akan kita terima. Jika buruk pelaksanaanya, maka kita akan menerima kritikkan. Kritikkan tersebut sebenarnya membina peribadi kita. Bukannya menjatuhkan kita. So, always think positive. Ambil yang jernih, buang yang keruh.

Bila program sedang berlangsung, kita akan mula memerhatikan karenah certain staf yang suka curi tulang. Staf macam ni, dari awal program, sampai ke hujung program, memang “ngular” saja kerjanya. Diberi kerja, tapi buat sambil lewa. Staf macam ni memerlukan kita bersabar dan jangan mudah melenting. Apa yang penting, jangan mengata dari belakang. Staf yang suka mengarah sudah semestinya ada. Tapi, anggap sebagai pelajaran setiap apa yang dibuat staf-staf ini. So, take it as lesson. Terjumpa dengan kawan lama yang sama batch PALAPES dulu, masih juga kata aku still thinking positive..=)


Bagi aku, waktu yang paling seronok sesuatu program adalah time makan. Haha..mungkin time inilah semua staf akan berkumpul dan mula bercerita tentang keadaan semasa. Bagi aku, time macam makan-makan inilah aku akan makan sepuas-puasnya. Sebab makanan biasanya akan dimasak oleh orang-orang tertentu. Macam Cikgu Rejerki Misek masak, memang nostalgik. Sedap dan menyelerakan semua tetamu. Dibantu oleh Cik Saloma Ganang, PPM Prasekolah, Pn. Siti Penyelia Asrama dan semua yang sanggup membantulah. Mesti Cikgu Rejerki yang paling sibuk bab-bab masak. Mengalahkan tukang masak sekolah. Inilah cikgu. Semua boleh buat. Menyanyi, berlakon, bersukan..memang sesuailah cikgu dikatakan sebagai ejen perubahan. Ketara sekali tindak-tanduk seorang cikgu bila berkata-kata.


Masa dalam bilik guru juga sewaktu P n P berlangsung juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress kita sebagai pendidik ini. Usik-usik staf senior kepada cikgu junior memang banyak. Yang paling kesiannya staf yang bakal melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini. Memang usikkan semakin menjadi-jadi. Tapi, gurauan seperti itu akan mengurangkan bebanan kita lebih-lebih lagi duduk di pedalaman yang jauh dari keluarga. Sebagai warga pendidik, hujung tahun seperti inilah menjadi bebanan yang tinggi pada kita. Hendak menyudahkan silibus satu hal, nak buat laporan panitia, laporan macam-macam jenis laporan nak buat. Nak buat lagi ujian akhir tahun lagi. Tapi, sebenarnya itu adalah motivasi untuk semua warga pendidik untuk bercuti panjang. Betul atau tidak, ini kira macam nak habiskan lauk yang kita buat awal tahun dulu. So, jangan mengeluh. Tapi senyumlah kerana tidak lama lagi, kita ‘akan tutup periuk’ untuk tahun 2009. Sedap tak sedap ‘makanan’ kita terletak pada bagaimana ramuan yang kita buat awal tahun ini. Keep up a good work.. “Strive for mardhotillah..”


p/s: Bilakan rindu ini bisa terbias diperdu illahi..?

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...