Cari Blog Ini

Rabu, 7 Oktober 2009

Sekolah Penan Cemerlang..sekolah kenyah lagi bila?

Sekolah Penan menang anugerah cemerlang

MARUDI : Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak diperkatakan tentang kaum minoriti Penan di Sarawak, tetapi ter-nyata mereka juga sudah mengerti alam persekolahan.Buktinya sebuah sekolah rendah yang seratus peratus muridnya adalah kaum Penan, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pelutan di Ulu Baram berjaya meraih Anugerah Sekolah Cemerlang Katogeri Sekolah Menengah/Rendah Pedalaman 2009.

Sekolah yang terletak di kawasan Tapen, Baram itu mempunyai seramai 70 murid. Guru kanan di sekolah tersebut, Charlie Buda berkata anugerah itu diterima oleh Guru Besar sekolah itu Raymond Kalang Jok dan Penolong Kanan (HEM) Michael Paul Punji pada 18 Ogos lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Mohd Puad Zakarshi.

SK Long Pelutan menerima geran RM50,000 untuk membina pelbagai projek, selain sijil dan piala.

Kejayaan itu adalah hasil kerjasama 17 kakitangan dan guru serta 70 murid dan ibu bapa dari Kampung Long Tapen, katanya.

Justeru, katanya kakitangan SK Long Pelutan cukup gembira dengan anugerah tersebut, lebih-lebih lagi murid sekolah tersebut adalah 100 peratus kaum Penan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...