Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers yang sudi melawat teratak buruk aku ni..aku ni bukanlah pujangga dan juga sasterawan..tetapi hanyalah seorang guru yang sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t dalam hidupku. Cukuplah Allah sebagai penolongku.. Mencari redha Allah dalam menjadi guru ini juga bukannya senang..setiap satu pekara yang dipandang remeh oleh setiap insan dalam hidup kita kadang-kadang merupakan penyebab kita tersembam di pintu neraka. Oleh demikian, hal remeh temeh seperti ini haruslah dipandang berat.. Cukuplah dalam hidup kita, tanpa melibatkan orang lain pada peringkat awalnya..Sebagai contohnya, kita biasa akan masuk kelas lambat 5 minit dari waktu sebenarnya..Dalam 5 minit tersebut macam-macam ilmu sudah kita boleh ajar..A sudah sampai D..Tapi, kita kadang terleka berbual sehingga lupa kelas sudah bermula..sedangkan amanah ditentukan daripada sekian waktu ke sekian waktu. Bila hal begini terjadi, ini akan mengurangkan pahala, menambah dosa pecah amanah..Halal kah gaji kita jika hal seperti ini berlaku..dalam Kursus Induksi yang diikuti bakal para guru kelak akan ada satu slot yang dinamakan `Rezeki Berbarakah`.. Penekanan dalam slot itu adalah kepentingan kita menunaikan amanah supaya rezeki yang kita ambil dari mesin ATM itu adalah HALAL..
Bayangkan setelah kita masuk ke dalam kelas, perkataan pertama yang meniti bibir murid-murid anda SELAMAT..selamat..dalam Bahasa Inggeris GOOD..beerti murid-murid kita sudah mendoakan kebaikkan kepada kita atas kesanggupan kita masuk ke dalam kelas tadi. Inilah indahnya menjadi seorang guru. Banyak yang mendoakan kesejahteraan kepada kita, tapi kita masih lagi hendak pecah amanah. Kesian. Iya..kadang-kadang kita terleka dengan tugasan lain..kalau sekali dua, tidak jadi masalah wahai kawan-kawan..kalau dari awal tahun sampai hujung tahun masih begitu, memanglah ada yang sudah tidak kena. Wallahualam..
Mengajar pun kadang-kadang kita ikut mood..itu tak dinafikan..memang kita masuk ke dalam kelas awal seperti yang ditentukan. Tetapi, ada jugak anasir-anasir yang akan menyebabkan guru hilang semangat hendak mengajar. Pekara sebegini memang aku tak nafikan. Itu memang lumrah bagi seorang guru. Guru juga manusia. Aku kadang-kadang begitu jugak. Hilang `selera` mengajar sebab kadang-kadang murid-murid aku buat hal. Gaduhlah, menangislah..bisinglah. tapi, takkanlah sampai 1 tahun kita tak ada mood. Kena bina semangat kita selalu. Kita dah pegi `Kem Bina Insan Guru` @ BIG..so, belajarlah dari pengalaman lepas. Bina semangat kita supaya pelanggan kita iaitu ibu bapa pelajar berpuas hati dengan produk kita. Mengajar ini macam satu perniagaan kata Guru Besar sekolah aku. Ibu bapa adalah pelanggan. Murid adalah produk. Kita menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kita. Baik buruk produk kita bergantung kepada semangat dan usaha kita untuk mengajar produk-produk ini. Produk ini kita boleh namakan sebagai modal insan. Modal insan lebih sesuai kita gunakan kerana murid kita adalah manusia juga..manusia pun ada genetik-genetiknya tersendiri. Ada murid yang dilahirkan lembab, tapi bukan itu kehendak mereka. Sekarang zaman sudah moden. Kalau lembab dalam pelajaran, mereka masih mempunyai skil dalam bidang lain. Macam bidang vokasional, seni dan sebagainya. Mereka tidak bagus dalam pelajaran, mereka juga boleh menceburi bidang lain.
Diakhir kelas, murid akan berterima kasih kerana guru tadi telah mengajar mereka ilmu yang mungkin mereka sendiri tidak pernah mengetahuinya. Inilah yang dikatakan agen perubahan. Kita adalah agen perubahan kepada murid ini dan juga persekitaran. Tapi, adalah lebih eloknya kita membentuk bukan mengubah. Kerana kita tidak dapat mengubah ciptaan Allah s.w.t. Kita hanyalah membentuk murid-murid kita mengikut acuan yang kita hendaki. Tapi, siapalah kita hendak membentuk lagi..kerana kita tidak sempurna dalam segala hal. Maha suci Allah..begitulah juga dengan guru..Bukan semua guru sempurna dalam membentuk murid-murid. Tapi, jangan ini dijadikan alasan untuk tidak mengajar dengan baik. Konsepnya di sini, kita berusaha walaupun usaha kita kadang-kadang tidak memberi sebarang impak kepada murid kita. Dalam kita berusaha kita berdoa kepada Allah s.w.t. Lihat kepada ulasan blog yang lepas berkaitan dengan usaha dan doa. So, jangan mendabik dada jika keputusan UPSR atau PMR atau SPM pelajar kita cemerlang..sebaiknya, bersyukur..kita tidak layak berbangga, keranakita hanya memberi ilmu pinjaman kita kepada murid-murid kita. Sebaik-baik ilmu ada di dunia ini, adalah pemilik ilmu dan juga hati manusia..ALLAH taala..
Hmmm..idea datang mencurah-curah akhirnya..hehe..