Cari Blog Ini

Jumaat, 13 November 2009

Catatan Kesangsian




Assalamualaikum… Entah mengapa hatiku terasa ingin mencoretkan sesua tu buat titipan semua.. adakah sekadar mengisi kekosongan hatiku aku ketika ini. Mencari kekuatan diri dalam menjalani ibadah seharian. Aku hanya insan yang sentiasa mendambakan kasih sayang Allah dalam setiap apa yang aku kerjakan. Tidak mahu menjadi beban kepada sesiapa.. Kerana sebaik-baik tempat bergantung adalah bergantung nya kita kepada Allah.. Bersandar biarlah bersandar kepada zatNya sahaja.. Dan janganlah berpaling walaupun untuk sesaat.. Keampunan Allah tinggi menggunung. Tetapi, hendak mendapat keampunannya umpama berenang di lautan api. Mencintai Allah beerti mencintai kesusahan. Bukan mudah mencintai Allah.. Semuanya kena diperhatikan. Makan, minum, tidur, bercakap.. Setiap satunya hanya kerana mendapat perhatian Allah.. agar Allah meredhai segala usaha kita mendapat cintaNya.

Mencintai Allah bermaksud mencintai mati.. Kerana mati adalah titik permulaan bagi bertemu dengan Allah. Mati merupakan jambatan menuju kehadrat Allah. Mati merupakan kasih sayang Allah jika kita benar-benar mencintai Allah.. Ini kerana mati itu adalah permulaan kepada kasih abadi. Mati kunci kepada syurga dan neraka. Tetapi juga menjadi bahana kepada mereka yang derhaka. Mati juga merupakan laknat tuhan kepada kita andainya amalan kejahatan melebihi amalan kebajikan. Mati menjadi kekalutan kepada si kaya yang tamak dan haloba.

Aku merindui syahid di jalan Allah.. Betul-betul merindui syahid yang diingini setiap pejuang fisabilillah. Setiap pejuang mujahadah merindui syahid. Begitulah juga dengan aku. Merindu syahid.. ingin mencium bau syurga yang aku rindui.. Ingin melempiaskan rinduku diperdu kasih sayang illahi. Agar kekalutan dunia pergi dari sisiku. Perjuangan bukan hanya berperang. Memerangi nafsu merupakan perjuangan. Mengajar anak-anak Islam juga perjuangan. Mengajar manusia mengenal Allah juga perjuangan. Tiada terlepas sedikit dari amal ibadah kita menuju Allah dalam kehidupan seharian.

Allahlah Maha Pemberi rezeki. Allah kurniakan pelbagai kurniaan di dalam kehidupan kita tanpa kita sedari dan kita syukuri. Segala apa yang dipandang, dihidu, dipegang... Adalah milik Allah jua. Tiada satu pun milik kita. Hatta ilmu yang sedang mencurahi diatas papan kekunci ini adalah nikmat Allah pada aku. Membacanya beerti membaca ilmu. Maka Allah tidak menjadikan semua ini sia-sia. Aku hanya menyampaikan peringatan. Sebelum peringatan itu menjadi tidak berguna lagi kepada kita.

Apabila makan, sebenarnya Allah memberi kita kasih sayangNya dengan mengurniakan rezeki berbentuk makanan yang boleh mengenyangkan. Apabila memakan makanan yang baik-baik, maka mutu amal ibadah kita kepada Allah akan meningkat. Itu hakikat kasih sayang Allah. Tetapi ada manusia yang ingkar dan derhaka kepada Allah. Meminum minuman yang nyata terlarang dan diLARANG oleh Allah dan RasulNya.. Cuba menentang Allah. Dengan harapan dapat masuk ke dalam syurga buatan manusia. Bila sudah beruban rambut, baru hendak bertaubat.. Sedangkan Allah berfirman, Mereka yang mengingkariKu, akan ku lemparkan mereka ke neraka buat selamanya.

Esok mungkin hari terakhir dalam kehidupan kita. Pesan Nabi s.a.w., beramallah seolah-olah esok kau akan mati. Perbanyakkan menangis merintih kepadaNya. Pohonlah kasih sayang Nya. Dan pohonlah juga cintaNya. Bukan senang mendapat cintaNya. Bercinta dengan Allah, akan mendapat kesusahan pada pandangan manusia. Kita akan terbuang dan dibuang. Dipulaukan, dihina, difitnah, dicaci.. dalam keadaan sebegini, cinta kita kepada Allah menjadi lebih kuat. Kerana Setiap sesuatu yang Allah timpakan ke atas kita sebagai satu ujian. Melihat kesetiaan kita kepada Allah. Mencintai Allah itu umpama memakan ubat-ubatan. Ubat-ubatan itu pahit. Tapi, sebenarnya pahit itu adalah baik untuk kita. Mencintai Allah menyebabkan kita hilang segala-galaNya. Kesenangan dunia. Tapi, ingatlah. Kesenangan dunia itu besifat sementara. Tiada yang lebih indah melainkan syurga Allah. Sedangkan kita hanya manusia. Punyai hati dan perasaan. Orang dapat kesenangan, kita akan berasa cemburu. Tapi hakikatnya kesenangan dunia itu fana. Bagaimana nasib kita diakhirat kelak. Masuk syurga tanpa melihat wajah agung Nya? Bukankah kita akan menyesal. Sesungguhnya.. cintailah Allah. Serahkan seluruh dari hidup kita hanya kepada Allah. Serahlah diri kita hanya padaNya.. Maka sejahtera hidup kita selamanya.

Tidak apa menjadi miskin. Tidak apa jika tidak makan makanan yang mewah. Kerana, mereka yang memakan makanan yang mewah itu tidak beerti telah merasakan kenikmatan akhirat. Bergaullah sekadar yang perlu. Kerana manusia itu sikapnya hasad. Mustahil manusia tidak bersikap hasad. Jauhi manusia yang riak. Kerana bimbang riaknya akan menular ke hati kita pula. Riak umpama kudis. Boleh berjangkit jika terlalu rapat dengan pembawanya. Bila dah berkudis, amatlah payah untuk mengubati kudis jika sudah terkena. Lebih-lebih lagi buta. Tidak perlu berkawan jika andainya kawan itu membawa kepada hilangnya cinta Allah pada kita. Memang payah mencari kawan yang betul menghayati agama Allah. Mereka hanya berkata yang baik dihadapan kita dan mula mencaci, menghina kita bila dibelakang kita. Berkawan sekadar perlu. Dan sentiasa meletakkan Allah dalam segala-galaNya. Berkawan biar kerana Allah.bukan kerana pengaruh kawan itu tadi. Berkawan biarlah sekadar perlu. Jangan terlalu mengharap manusia.. bimbang hilang rasa bergantung harap kepada Allah.

Sahabat..memang susah dicari pada akhir zaman ini. Yang ada, Cuma kawan.. yang hanya ada bila senang. Hilang bila susah. Berawaslah.. Kawan yang ada, kawan keduniaan. Tiada satu pun kawan yang boleh jadi sahabat. Yang sanggup berkorban demi sahabat nya. Yang sanggup mati demi sahabatnya. Tidak. Semuanya telah dirasuk oleh hasad dunia. Semuanya telah tiada lagi. Benarlah kata ulama. Sahabat yang baik, memang sukar dicari ganti.

Antara kebaikkan dan keburukkan. Antara nikmat dan azab. Manusia sekrang lebih suka memilih azab neraka. Kerana memilih kesenangan dunia. Sedangkan, setiap satu amalan yang dilakukan di dunia, walau sekecil atom pun akan tetap di timbang. Firman Allah, setiap satu perbuatan jahat walau sekecil zarah pun tetap akan di timbang. Tidaka ada sesuatu yang terlepas dari pandangan Allah. Kenapa hendak mati baru hendak bertaubat? Kenapa sudah tua baru hendak bertaubat? Kenapa dosa bagaikan batu bebanan yang sudah menghempap diri baru hendak mengalih. Sudah menjadi barah baru hendak mengubati. Sudah tiada harapan baru hendak pulang. Mengapa? Sebab itulah sikap manusia akhir zaman. Bak kata pepatah melayu, sudah terhantuk baru nak terngadah. Atau dalam bahasa melayu moden, sudah mengandung baru nak sedar. Lepas mengandung buat lagi.

Ku seru..kembalilah ke jalan Allah. Ubatilah luka peperangan. Palingkan muka engkau dari nikmat dunia. Pandanglah dunia sekadar saja. Pesan nabi s.a.w, jika engkau mengejar dunia, akhirat akan meninggalkan mu. Jika engkau mencari akhirat, dunia turut mengikutimu. Sedarlah. Kita hanya manusia lemah. Lantaran lemah itu, tubuh kita tidak berdaya menahan siksaan neraka. Lantaran lemah itu juga sering kita terpedaya. Lemah dan lemah. Tiada daya upaya kita melainkan kekuatan Allah s.w.t juga. Sedarilah akan hakikat ketuhanan. Bahawa Allah sentiasa memerhati kita dalam setiap apa yang kita lakukan. Allah tidak pernah lepas dari melihat kita. Walaupun hanya sesaat!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...