Terkenang..dalam mengharungi kehidupan sehari-hari..ada juga terlepas kata-kata yang tidak menyenangkan kepada ibunda yang tercinta.. tapi, kita tidak menyedari..kerana kita berasa gah dan lebih baik darinya yang meniti hujung perjalanan hidupnya..
Ibu lebih mengambil sikap berdiam diri..lantaran ego kita..kerana tidak pula mahu mendoakan kejahatan kepada anak-anak yang tercinta..jika hati ibuku dilukai..bermaksud..hatiku juga turut terluka..bagaimana bagi seorang anak mampu melihat ibunya menumpahkan airmatanya..kerana inginkan kebahagiaan yang tidak berpenghujung kepada anak-anaknya..
Ibuku sudah tidak secergas dahulu.. Diserang strok 3 tahun yang lepas, cukup menyedarkan bahawa masa sihatnya telah ditarik balik supaya ibuku dapat berehat setelah sekian lama membanting tenaga..memerah keringat demi anak yang tercinta..
Di saat aku akan mendirikan masjid duniawiku..tersirna seketika dek 'ulah' manusia yang tidak memberi kasih sayang sepatutnya kepada keluarga aku..tidak memikirkan bahawa ibuku sakit..tidak memikirkan masa depannya..semuanya terletak dibawah telapak kaki ibuku.. Ibu..bersabarlah dengan ujian ini..Insya Allah..kita tidak akan mudah mengalah..biarpun dihina, dicaci dan diinjak-injak..tapi kita tetap bersabar.. Moga Allah akan merahmati dan memberkati kesabaran kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan