Selasa, 23 Februari 2010

Catatan buat si-dia..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semoga terus bersama-sama dengan aku menelusuri liku-liku kehidupan ini..

~ Isteriku menghantar satu SMS kepada aku pagi tadi.. Membuatkan hatiku bergetar seketika. Pesannya berbunyi, " Isteri adalah hak mutlak suami" tafsirkan sendiri maksudnya~

Buat isteriku:

Humairaku..
Pada hari itu
Kita telah disatukan di atas nama cinta
Sudah tertulis di azali, engkaulah yang menjadi suri hati ini,
Pelengkap kepada rusuk kiriku,
Melengkapkan kejadian fitrahku
Yang serba serbi kekurangan,

Humairaku..
Ingatlah..kehidupan ini hanyalah sementara,
Akhirat jualah tujuan kita,
Biar bersama ke akhir hayat,
Bertemu kembali di syurga nan abadi,
aku tidak sekali menjanjikan kebahagian buat dirimu,
tapi, aku sentiasa berusaha ke arah itu

Rinduku, rindumu jua,
Kasihku, kasihmu jua..
Sayangku, sayangmu jua,
dan cintaku, cintamu jua..
Semoga dengannya, kita beroleh kejayaan,
Di dunia dan akhirat..
dan percayalah sayangku..aku telah redha ke atasmu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails