Assalamualaikum dan salam sejahtera. 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru buat semua insan-insan yang bergelar guru. Tak kiralah guru subjek apa sekali pun, mahu pun guru-guru yang tidak bertauliah, selagi anda bergelar guru, sambutlah sembah salam dari aku.. Semoga perjuangan kita dirahmati dan diberkati segala punca rezeki hingga ke akhirat. Sebelum memulakn bicara, ada baiknya kita sedekahkan al-fatihah kepada Rasulullah s.a.w., kepada ahlu bait, kepada khulafa ar rashidin, sahabat-sahabat baginda, kedua ibu bapa kita, kepada pencipta dan pengasas Silat Seni Gayong Malaysia, Allahyarham Dato’ Meor Abd. Rahman Bin Uda Md. Hasyim, guru-guru kita dan semua umat muslimin dan muslimat.
Al -Fatihah……
Aku merupakan guru sekolah. Dan aku juga merupakan Guru Silat. Bahkan aku tahu, aku lebih lama menjadi guru silat berbanding menjadi guru sekolah. Pengalaman yang aku peroleh daripada alam persilatan, aku gunakan sebagai landasan untuk aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Aku sering dipesan, sama ada ibu dan ayahku, mahupun guru-guru silat aku, supaya ikut resmi padi. Semakin berisi semakin menunduk. Tunduk-tunduk berisi faedah. Dan aku juga mengikut pesanan guruku, ayahanda Cikgu Izhar Abbas (Panglima Singa Berantai Gayong), “ikutlah resam lalang, tiup angin ke kanan, kau ikut, tiup angin ke kiri kau ikut, rupa macam tak ada apa-apa, tapi orang masuk, pasti luka.”
Barisan-barisan guru-guru yang banyak mendidik aku menjadi aku sekarang seperti Master Ooi (Taekwondo) , Sensei Mohd. Sula (Pak Dillah Aikido), Master Edward (Karate-do), Guru Ehsan(Silat Paris Dendam), Cikgu Salleh (Paris Dendam), Abg Hamzah (Silat Gayong, abang aku sendiri), Pak Uthman (Spring 12, Ayahanda Kandung aku sendiri), Master Kim (Judo), Ustaz Hanafi dan beberapa guru-guru tua yang lain yang dirahsiakan nama atas dasar peribadi-peribadi dan permintaan mereka.
Barisan-barisan guru-guru Gayong, Cikgu Mufti Ansari yang aku hormati, Cikgu Kassim Samat yang aku rindui, Ayahanda Izhar Abbas, Dato’ Ismail Hj. Jantan, Cikgu Rasol Ghani, Cikgu Kahar, Cikgu Norazman, Cikgu Malik, Cikgu Hamzah, Cikgu Hamzah Tajuddin, Cikgu Jazwan, Cikgu Faizal (Pahang-merangkap partner keras aku), Mak Ngah, Cikgu Nordin (Kipas Emas), Cikgu Hairol (Melaka), Cikgu Mat Nor (Johor) dan banyak lagi guru-guru Gayong yang aku sanjungi dan kasihi. Tak dilupa, yang paling aku kasihi dalam pentadbiran PSSGM Kebangsaan, Ayahanda Dato’ Adiwijaya… Maaf andainya terlupa nama-nama cikgu-cikgu Gayong yang lain. Tapi, jasamu tetap ku kenang di dalam doa dan juga dalam latihan-latihan anak-anak murid aku.
Aku mengenal gayong dari Cikgu Mufti Ansari. Kebetulan beliau pada masa itu adalah gurulatih silat olahraga Negeri Sarawak. Ramai amat menggeruni Cikgu Mufti Ansari di dalam gelanggang tetapi begitu menyayangi beliau bila di luar gelanggang. Aku di perlimau tapak dan diterima menjadi anak Gayong oleh Ayahanda Cikgu Izhar di rumah Cikgu Kassim Samat. Cikgu Kassim merupakan guru gayong pertama yang official bagi perjalanan bergayong aku. Dengan keramahan dan dedikasinya beliau, menyebabkan minat aku terhadap gayong bertambah-tambah danterus menjadi darah daging dalam hidupku sehingga kini. Semuanya kerana Cikgu Kassim Samat. Terima kasih cikgu. Biarpun jarak ini memisahkan kita, amatlah dalam kerinduan untuk menjadi anak murid mu sekali lagi..
8 tahun sudah aku menjadi anak gayong. Itu secara teorinya. Secara praktikalnya, aku baru menjadi murid gayong 18 tahun. 10 tahun ‘tergantung tanpa tali’ kerana tidak ada satu pun gelanggang gayong di negeri Sarawak!! Masakan tidak bergelanggang, tidak mematahkan semangat aku, tetapi aku teruskan perjuangan meniti alam remaja dengan ilmu mempertahankan diri orang asing. Langkah Gayong bermula sekali lagi di sebuah pulau keramat, Labuan. Aku bersama 5 orang rakan-rakan aku, Kamarul Ariffin, Ali Fainur Zakira, Emirat dan Amrin (Sabah-Gerak Kilat) merayu kepada Cikgu Kassim untuk membuka gelanggang di Kolej MAtrikulasi Labuan. Aku menggunakan kedudukan aku sebagai Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KML untuk membuka gelanggang dan direstui oleh Pengarah KML masa itu, iaitu Encik Ahmad A. Staun. Latihan bermula dengan 5 orang pioneer ini dan seterusnya membuka penyertaan kepada pelajar Matrik Labuan masa itu. Masih segar dalam ingatan aku, budi pekerti Cikgu Kassim dalam mendidik kami.. Sentiasa menjadi pedoman kepada aku untuk mengajar anak-anak murid aku di Sarawak. Dan, aku tidak menyangka bahawa langkah persilatan itu aku teruskan sehingga sekarang. Subhanallah..
Hang Tuah berlima, itu gelaran Cikgu kepada kami berlima. Kalau ada aktiviti yang dibuat oleh kolej, maka kami berlima dipanggil untuk memberi persembahan. Sempenan hari merdeka, sempena hari penerimaan sijil.. Kenangan indah bersama rakan-rakan. Dan yang paling puncak adalah persembahan bersempena Konvensyen Silat Borneo di Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan. Buat persembahan itu, seorang dari anak murid Cikgu Kasim (tak ingatlah namanya, orang luar, bukan pelajar), buat demo pecahkan genting dengan menggunakan siku. Masa itu, aku ingat lagi, lepas saja pecahkan genting, terus abang tu pergi hospital, luka di siku sampai kena jahit 18 jahitan. Kata Cikgu Kasim, “baru mereka (penonton) tahu Silat Gayong dealing (berurusan) dengan benda yang benar. Bukan main-main, ” sambil tersenyum.. Kenangan..
Ingat lagi ketika hujung pengajian di KML, tercetus pergaduhan di blok sebelah. Orang yang pertama Cikgu Kassim risau adalah aku. Sebabnya bimbang aku tersalah guna silat. Tapi, aku langsung tidak tahu menahu tentang pergaduhan yang menyebabkan seorang insan yang aku hormati digantung pengajian di KML dan tidak Berjaya menamatkan pengajian disebabkan oleh pekara itu. Aku di antara mereka yang paling lewat balik ke kampung, kerana aku masih lagi mempunyai semangat nak belajar dengan CIkgu Kasim. Penghujungnya, satu tulang rusuk aku retak kerana terkenan tumbukan padu Cikgu Kasim. Tapi, aku merahsiakan dari pengetahuan Cikgu sehingga sekarang. Walaupun tulang patah, tapi tidak sama sekali mematahkan semangat gayong aku!!
Sebelum balik ke Kuching, aku dan rakan-rakan sepejuangan buat mesyuarat penubuhan PSSGM Petra Jaya dengan aku menjadi YDP Pertama. Malam tu juga, Cikgu Kasim menelefon Cikgu Mat Sudin di Lawas untuk bertanyakan Gelanggang Di Sarawak. Kebetulan Cikgu Mat Sudin adalah cikgu yang mengajar di sebuah sekolah di dalam Daerah Lawas. Biasalah, adat perantau, pasti akan kembali ke pangkuan kampung juga. Cikgu Mat Sudin tidak lama berada si Sarawak, Kalau tak silap aku, Cuma 1 tahun lebih sebelum kembali ke negeri beliau sendiri. Kalau hendak dikatakan CIkgu Mat Sudin membawa Gayong ke Negeri Sarawak, mungkin ada benar juga. Tetapi, hendak dikatakan satu Pertubuhan Silat Gayong Malaysia Negeri Sarawak, sudah semestinya tidak. Ini kerana, Cikgu Mat Sudin hanya mengajar di sekolah sahaja pada ketika itu. Kalau diimbas lagi, Allahyarham Anjang Juki, abang kepada mak aku, adalah salah seorang daripada anak murid Allahyarham Datuk Mat Lazim. Allahayarham pacik aku adalah inspektor polis yang bersara yang pernah menuntut silat di pusat latihan polis di Kuala Lumpur pada ketika itu. Dan allahyarham pakcik aku juga menuntut silat sehingga allahyarham habis berlatih di PULAPOL Kuala Lumpur.
Allahyarham Anjang Juki juga telah mengajar anak-anak dia dan anak-anak saudara beliau Silat Gayong di halaman rumah beliau. Abang aku adalah salah seorang murid terbaik beliau. Abang aku adalah salah seorang daripada guru silat aku. Jadi amat sukar hendak mengenal pasti siapa yang membuka gelanggang Gayong pertama kali di Sarawak secara rasminya. Mungkin masih ada yang mengajar Gayong tetapi tidak pula menamanya sebagai gayong atas alasan silat dari Tanah Melayu @ Semenanjung. PSSGM Sarawak hanya rasminya menjadi sebuah pertubuhan yang berdaftar pada 28 Disember 2008 dengan Ayahanda Uthman Bin Haji Ramli sebagai Pengerusi Pertamanya.
Sepanjang 4 tahun sebelumnya iaitu dari tahun 2004 sehingga tahun 2008, PSSGM Sarawak bergerak sebagai Pertubuhan Penaja dengan aku sebagai Pengerusi Penajanya. Sekarang, aku hanya memegang jawatan Setiausaha PSSGM Sarawak dan juga Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Sarawak. Jawatan di peringkat kebangsaan, Cuma Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGM Kebangsaan dan juga ahli jawatankuasa dalam Majlis Gurulatih Kebangsaan.
Ada cerita guru tua berkaitan dengan kedatangan Dato’ Meor ke Sarawak tahun 1970 an. Masih lagi menjadi simpanan rahsia keluarga aku. Sebab kedatangan Allahyarham Dato’ Meor sempat singgah di rumah kampong aku di Kampung Gersik. Kebanyakkan orang-orang tua pada ketika itu, sudahpun meninggal dunia dan cerita akan kedatangan Dato’ tidak diturunkan kepada anak-anak generasi sekarang menyebab kebanyakan meraka ‘buta sejarah’. Mungkin ada anak gayong berminat dengan cerita ini, bolehlah bertanya kepada guru-guru anda tentang sejarah itu. Tidak ramai yang tahu kerana kebanyakkan ahli rombongan ke Sarawak pada ketika itu, sudah pun meninggal dunia. Seperti Allahyarham Datuk Mat Lazim, Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum… Al fatihah…
Perjalanan Gayong aku tidak mudah dan penuh berliku. Tiada sedikit menggunakan duit Gayong untuk tujuan peribadi, tetapi menggunakan duit sendiri untuk membangunkan Gayong lantaran cinta kepada warisan bangsa ini. Semua keluarga aku termasuk isteri aku, Dayang Khalizah Binti Awang Batu adalah murid Gayong. Dengan ayahanda sebagai Pengerusi, Ibunda sebagai Ibu Gayong Negeri Sarawak, Isteri sebagai guru/bendahari PSSGM Sarawak, adik-Mohd. Ehsan sebagai Gurulatih Kanan,.. semuanya Berjaya aku ‘Gayongkan’ sehingga dipanggil keluarga Gayong Sarawak. Apabila aku tiada, teruskan perjuangan kalian semua wahai anak-anak muridku. Jangan gentar, jangan takut..kita hanya takut kepad Allah, dan sentiasa taat setia kepada Rasulullah, agama, bangsa negara dan juga guru-guru kita.
Bukan hendak menunjuk diri, tapi terinspirasi oleh catatan oleh Master Mufti. Terima kasih atas inspirasi itu cikgu. Perjalanan silat kita biasa berbeza-beza. Tetapi adat pesilat sudah pasti akan diuji. 3 kali, itu jumlah aku pernah hamper disamun. Kali pertama, dari 5 penyamun itu, 3 berjaya aku heret ke Balai Polis (sijil penghargaan dari pihak Polis atas keberanian aku berani ke?), kali kedua 3 cedera parah dari 4 penyamun berbangsa Indon, seorang pecah muka (mungkin patah hidung), seorang kena hempuk dengan buku lima gigi depan patah, dan seorang lagi lengan terlurut dari engsel dan patah jari. Selebihnya, urusan abang aku dan kawan-kawannya mencari di sekitar Kuching.
Kali ketiga, tiada yang cedera. Cuma kereta Wira kesayangan aku, cermin depan pecah bagaikan dihempuk dengan batu besar sebab kena tumbuk dengan buku lima. Siapa yang buatnya? Aku sendiri.. Aku telah disamun oleh aku sendiri sebanyak RM1000(kos mebaiki cermin hadapan kereta).
Dah jiwa silat, darah daging pun silat. Lantaran itu, isteri aku juga pesilat. Beliau merupakan wasit juri bagi PSSGM. Alhamdulillah.. Seorang isteri yang memahami akan jiwa dan cintaku pada seni warisan ini.
Anak-anak murid seringkali ‘ditawar@pelawa’ memasuki silat-silat yang ada di Sarawak. Atas alasan kalau nak mewakili sekolah, mesti dibawah RSS. Pelawaan sebegitu memang menggiurkan remaja-remaja sekarang, tetapi atas didikan dan tauladan yang telah aku tunjukkan kepada anak-anak murid aku, semuanya menolak atas alasan cintakan Gayong ini. Subhanallah.. Mereka sama sekali tidak memilih jalan kesenangan, tapi memilih bersama-sama aku untuk memperjuangkan Gayong di bumi sendiri.
Dari gelanggang bernama Petra Jaya, kepada Khalifah Besar. Dan sekarang Gelanggang Pusat di Sarawak dinamakan sempena memperingati Allahyarham Rosli Dhoby pula diberi namanya. Barisan pertama yang masih kekal di gelanggang Rosli Dhoby:
1). Mohamad Ehsan Uthman@ Abd Rahman
2). Mohd. Nazrin Najdi
3). Awangku Nazimezatul
4). Musa Haslie
Ahli-ali selepas meraka yang masih kekal:
1). Shamyr Easmeth Alluwie
2). Shahrol Ramzany Alluwie
3). Nurhazizul Zulaihi
4). Abdul Hisyam Ahmad
5). Norhamirah Ngatiman
6). Eika Natasha Alluwie
7.) Dayang Niramizura Awang Nasir
8). Ira Adora Abd Razak
9). Mohd. Nursyafiq
Selebihnya, nama yang tidak disebut merupakan generasi ke 5 daripada mereka yang berempat di atas. Anak murid aku di UNIMAS dulu, kebanyakkan dah jadi CIKGU AKADEMIK. Batch pertama Gayong UNIMAS, tinggal aku seorang saja. Batch kedua adalah batch saudara berdua belas:
1). Dayang Khalizah Binti Awang Batu (isteri aku), seorang guru Pelatih KPLI-IPGM Khas
2). Azami Pon , seorang guru di sekolah S.M.K Riam, Miri (1 gelanggang)
3). Hazimin Josman, seorang pegawai Imegresen di Miri (1 gelanggang)
4). Nukiman Sahat, seorang guru di MRSM Betong (1 gelanggang)
5). Aldilah Jasni , engineer di Sabah.
6). Abd Hakim, pelajar jurusan kejuruteraan di UNIMAS.
7). Zuraida Wael, seorang guru pelatih KPLI di IPGM-Rejang, Sarawak.
8). Abe, seorang Inspektor Polis di Perak.
9). Luna ak Lium, bekerja sebagai ahli kimia di Sejingkat.
10.) Khaliza Senak, seorang guru di S.M.K Bau, Kuching
11). Atiqah Maidin, seorang guru sandaran si Sabah.
Itu nama yang aku ingat sebab sanggup berkorban apa sahaja demi Gayong yang tercinta. Alhamdulillah..bertemu jodoh dengan anak murid sendiri. Majoriti anak murid aku mengikut jejak aku menjadi seorang guru. Kecuali abd Azami dan Khaliza Senak, memang jurusan kedua-dua mereka di university dulu menjurus kepada pendidikan.
Selepas aku meninggalkan UNIMAS, Pengerusi kedua adalah Khaliza Senak yang dipanggil gelaran Kak Long. Seterusnya jawatan itu diserahkan kepada Abdul Azami. Selepas itu, jawatan Pengerusi PSSGM UNIMAS dibuat secara undian.. bermulalah episode kesuraman PSSGM UNIMAS yang pada satu ketika dahulu merupakan salah satu Persatuan mempertahankan diri yang paling digeruni dan dihormati pada ketika aku memegang jawatan PEngerusi. Mungkin disebabkan hubungan yang kuat dengan YDP MPP ketika itu, (saudara Roslan), menyebabkan PSSGM UNIMAS selalu mendapat ‘tempahan’ untuk buat demonstrasi.
Mula-mula nak buka gelanggang di UNIMAS, aku dengan bantuan Zulfikhar (Pika-pika), mengeluarkan notis menjemput semua anak-anak Gayong di UNIMAS untuk membuat satu perjumpaan di Kolej Kenanga ketika itu. Masih segar dalam ingatan aku, 29 orang yang hadir dalam mesyuarat itu. Rata-ratanya berasal dari semenanjung. Aku, Pika dan Dayang Tinggi saja yang rasanya orang Sarawak yang berguru dengan Cikgu Kasim. So, aku cadangkanlah penubuhan satu kelab/persatuan yang bakal didaftarkan ke HEP UNIMAS pada ketika itu. Adalah seorang hamba Allah yang merupakan senior aku dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Askar Wataniah berkata, “apa bengkung kau? “ Saya Cuma putih saja.
“Apa kelayakkan kau memanggil mesyuarat ini?” soalnya lagi.
“Kerana sayangkan silat Gayong ini..” jawapku semula.
“Apa kau ingat dengan bengkung yang warnanya putih, dan sekadar cintakan Gayong ini boleh member kau kelebihan buka gelanggang..?” sindirnya dengan suara yang agak kuat.
“Saya ada keberanian dan saya berani mati kerana gayong. Bagaimana pula dengan tuan?” tanyaku kembali..
Dia terus keluar dari bilik mesyuarat. Dan aku terus meneruskan mesyuarat tanpa mempedulikan karenah orang Gayong yang hasad dengki sebegitu.
Dalam mesyuarat itu juga, 2 orang pelajar UNIMAS mengaku telah mendapat bengkung merah. Ketika ditanya sijil bengkung, meraka menjawab,” tinggal di kampong”. Walaupun begitu, keinginan yang membuak-buak menyebabkan aku terus mempengerusikan mesyuarat dan dilantik sebagai Pengerusi Pertama. Bayangkan, selepas itu, hanya aku saja yang bekerja, keluar masuk ke HEP berjumpa dengan TNC HEP ketika itu, iaitu Prof. Sulaiman. Dan aku Berjaya meyakinkan Prof. bahawa aku punyai keberanian untuk membuka gelanggang Gayong di UNIMAS.
Kedua-duanya tadik datang dari aliran Silat Gayong yang berbeza. Seorang datangnya dari Pusaka Gayong dan seorang lagi datang dari Gayong Warisan. Walaupun berbeza pentadbiran, bagi menghormati aku, aku tetap menjunjung Gayong Malaysia sebagai pelajaran untuk semua pelajar UNIMAS. Pada ketika itu, aku hanya berbengkung putih.
Sekembalinya dengan senior PALAPES aku tadi, yalah kan. Budaya tentera, kalau sakit ati pergi panggil junior. Berkali-kali dia panggil aku, aku dengan melawan dengan tidak mahu pergi ‘melapor diri’ diunitnya. Aku tetap dengan pendirian aku, berani kerana benar.. Orang hasad dengki macam tu, tak patut kena layan. So, sampai sekarangla dia amat bencikan aku. What to do? Orang dah benci.. Aku buat selamba dek jak.. ada sekali aku terdengar ura-ura senior aku datang nak serang bilik aku. So, aku bersiap-siap lah. Kebetulan ada si Pika datang ke bilik. So, aku berbual-bual la ngan Pika. Aku bagitahu kat Pika,
“Kalau ada senior aku datang malam ini, biar aku yang selesaikan. Biar apa sekalipun, yang pasti senior tu takkan keluar lagi dari gate Kolej kenanga.”
Tunggu punya tunggu punya tunggu..tak juga kunjung tiba. Rupa-rupanya sewaktu aku berkata sedemikian, senior aku dah nak buka pintu bilik aku dah. Tapi terdengar aku berkata sebegitu, terus dia balik dome dia sendiri. Mungkin sebab aku ni orang tempatan kot.. (Kawan bilik sebelah yang bagitau yang senior tu tercegat depan pintu macam tengok hantu jak.
Nantilah..aku akan sambung lagi kisah perjalanan aku sebagai guru silat..
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Salam cikgu. Bila gik nak sambung cerita tok???
BalasPadamsalam ,utk makluman bro,guru ehsan skg ada gelanggang d malihah.....dan cikgu salleh d skolah sejingkat....salamm
BalasPadamwassalam. ada saya saya melawat ria. terma kasih atas info.
BalasPadamSalam. Sekiranya saya ingin mengusahakan kelab silat di sekolah menengah di bekenu, apakah ada orang tempatan yang sanggup mengajar silat di sana? sebarang perhubungan boleh hubungi saya melalui email (tawawfayakof@gmail.com) terima kasih.
BalasPadamWassalam. mAsih mengajar di bekenu cikgu? kalau masih, adalah lebih elok cikgu mengusahakan kelab silat tempatan dahulu. Di situ, ada sebuah silat yang bernama Silat Gayong Ghaib. Gurunya saya kurang pasti, tapi bolehlah diusahakan dahulu dari pihak tempatan. Jika tiada, bolehlah berurusan dengan pihak pertubuhan negeri Sarawak, kita akan usahakan untuk hantar draf sehingga kepada penubuhan kelab di sekolah. Terima kasih
Padamcerita yang menarik tok cikgu ..
BalasPadamWahh. Saya jg merupakan salah seorang murid cikgu Kasim di Sabah. Beliau sekarang sudah berpindah kembali ke Pahang. Salam seGayong
BalasPadam