Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Buat insan yang amatku sayangi.. Ibunda Sa’adiah Binti Salleh.. Tidakku mencari satu hari dalam setahun untuk aku mengata Selamat Hari Ibu buat mu..kerana terdapat 365 hari dalam setahun, mengapa perlu hanya 1 hari untuk aku mengingati segala pengorbananmu.. Maka..ingin sekali kunyatakan.. 365 hari itu adalah hari-hari untuk memperingati IBUNDA..
Hari ini, emosi dan mental aku terganggu dengan teruk sekali. Mungkin ini bukan masanya untuk berkongsi akan kesedihan hati.. Doa-doakan aku beroleh ketabahan…Amin..
Mencari ketenangan diri.. bukan mudah untuk memahami hakikat perjuangan. Memang sukar.. Aku sendiri beberapa kali kecundang dengan tipuan daya syaitan.. Mengikuti teleunjuk syaitan. Ikut kata hati tanpa merujuk kepada paduan akal. Adakalanya, terasa ingin saja aku lari tugasan ini. Ya..belum masuk 2 tahun bekerja, terasa tekanan kerjanya. Bila mana teringat kepada ibuanda..kelemahan itu menusuk bagaikan sembilu di hati ini. Melihat karenah manusia di sekeliling aku, membuat aku bertambah parah. Manusia yang kebanyakkannya pandai pada abstraknya, tapi sebenarnya bodoh pada akalnya. Termasuk aku sendiri. Bodoh dan tidak menggunakan akal.
Aku membaca tafsiran al-Quran pagi tadi. Rasa ingin ku jerit sahaja kepada meraka yang berkenaan dengan ayat ini, “Celakalah kepada pengumpat dan pencela” (Al-Humazah:1). Inilah ayat yang mencela perbuatan mengumpat. Dan pastinya para pegumpat itu, neraka jahanamlah tujunya. Berinsaflah wahai ummah..
Hari ini, aku ingin menyeru dan menasihati semua insan-insan yang bergelar WANITA 10 sebab mengapa dilarang memilih SUAMI ORANG.. Harap boleh dijadikan panduan supaya tidak terjebak dengan cinta PALSU LELAKI BUAYA ini
1. Suami orang itu tidak mampu sama sekali memberi komitmen dengan WANITA ini
Seseorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperolehi dari isterinya. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya dia berasa disisi kamu. Ini mungkin kelihatan sebagai seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah, itu hanya kata-kata manis sekadar untuk mendapat cinta kamu sahaja.
2. Sanggup menipu Isterinya
Sikap yang tidak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar suami orang ini tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan hukum Allah dalam kehidupan rumah tangga. Dia sanggup mencari teman ‘pelepas rindu’ dan hiburan diluar seperti bersama-sama dengan kamu, berchatting mahupun berhubung dengan kamu apabila mendapati ada masalah atau pekara yang tidak memuaskan hati dirumahnya tanpa cuba mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si suami berhidung belang ini menipu isterinya. Ingat, si suami orang ini mungkin akan mengulangi sikap menipu dan tidak amanah ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. Hubungan secara sulit
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuat kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yan indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga mahupun berjumpa. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri suami yang curang itu. Kelak, kamu sendiri yang kena serang isteri suami curang tersebut. (Bayangkan, si isteri itu orang silat. Tak pasal-pasal hidung kamu patah!!)
4. Lelaki lebih beruntung
Si suami yang curang tersebut dianggap lebih beruntung kerana pada masa yang sama tetap mempunyai keluarga yang sah dan tetap menyayanginya.Sebaliknya, kamu hanya berkongsi kasih dengan keluarga nya yang sah. Bak kata pepatah BUAYA DARAT, ‘Makan Luar’. Kamu hanya memberi maruah dan menyerahkan kehormatan kepada seseorang yang belum tentu dapat memperisterikan kamu. Sedangkan, masih mempunyai isteri yang halal tetapi sudah gatal mencari perempuan lain. Nilaikan sikap lelaki miang seperti ini.
5. Mampukah kamu mencintai nya?
Persoalannya, mampukah kamu mencintai lelaki yang tidak jujur dan tidak menghormati isterinya? Kamu sebenarnya hanyalah tempat memuaskan nafsu serakah nya yang tidak pernah puas. Dengan mengadakan hubungan sulit, menunjukkan bahawa si lelaki hidung belang ini merendahkan martabat wanita dengan menganggap wanita mudah dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar mencintai kamu, sudah pasti dia bersikap jujur dan berterus terang kepada isterinya dan terus melamar kamu atas alasan menghindarkan diri dari maksiat. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya adalah alasan yang tidak munasabah kerana bermula dari perhubungan sulit itu sudah melukai hati isterinya. Mampukah kamu mencintai seorang yang tidak amanah?
6. Suami yang hidung belang ini akan tidak menghormati kamu
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta kepada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hatinya dia pasti akan memandang rendah terhadap wanita seperti kamu kerana mudah terpedaya dengan pujuk rayu nya yang ‘profesional’ itu. Siapa tahu, dia sekadar ‘test market’ sahaja, tiba-tiba kamu ini melekat pulak dah. Lelaki mana pula yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalu timbul soal dipermainkan.
7. Kamu adalah pemusnah rumah tangga orang lain
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis dengan kamu. Dengan mejalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan hak kamu diganggu dan dirampas oleh orang lain? Sebaliknya kamu sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang, tak mustahil suatu hari nanti orang akan mengambil hak kamu.
8. Kamu menipu diri sendiri
Suami yang curang tadi sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan, “Pandai cakap, tapi buatnya tidak”
9. Berwaspadalah dengan KEsaLaHan Berulang
Kebanyakkan orang tak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si suami Buaya Darat ini diketahui oleh isterinya atau saudara mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuat kamu terpaksa menanggung malu dan derita!! Haiiii..sayang ke mana kasih ke mana dah. Tinggal kamu sahaja yang menderita.
10. Masa itu emas dan kamu tidak sepatutnya mensia-siakannya
Hubungan kamu dengan lelaki yang sudah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu dah terjerat dan tidak boleh melarikan diri lagi. Lagi teruknya, sudah berbadan DUA ! Jika dapat melarikan diri sekali mana pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu buat. Terasa sia-sia zaman muda kamu dengan hubungan yang tidak bermakna!!
** Moga dengan ini, wanita –wanita di luar itu yang sedang hangat bercinta dengan suami orang boleh sedar akan kesalahan mereka ini. Dan ingatlah Allah berfirman, “Innallaha sami’un a’lim…” Sesungguhnya, Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui…
Cari Blog Ini
Isnin, 10 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan