Cari Blog Ini
Rabu, 14 Julai 2010
Kenali diri, sebelum mengajar orang lain..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kepada semua bloggers dan pembaca yang dihormati sekalian.. Kali ke-2, itu statistik untuk bulan Julai. Ahlan wa sahLan ya Sya'aban. Bermaksudnya, tinggal sebulan sebelum kita semua akan menajalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Mari sama-sama kita bermuhasabah diri agar kita tidak terpesong dari akidah umat Islam yang sebenar.
Dalam menjalani kehidupan seharian, manusia adakalanya lupa ada yang memerhatikan setiap gerak-geri kita. Ya..itulah Al-Khaliq kita, Allah s.w.t. Setiap tutur kata kita, tak kira yang baik atau buruk, akan dicatit oleh malaikat yang telah ditugaskan oleh Allah untuk mencatatkan amalan-amalan kita.
Dalam mendidik anak-anak orang, ingat-ingatlah wahai sahabat sekalian, setiap perbuatan kita terhadap anak-anak orang tersebut seperti caci, maki, hina tu, kalau orang lain buat terhadap mereka macam mana plak? Marah ke kau? Macam mana kalau cikgu lain lempang anak kau hari-hari? Rasulullah tak ajar kita mengajar macam tu. Rasulullah mengajar dengan penuh kasih sayang. Setakat rotan tu tak apalah. Tapi, kalau sampai lempang,tu dah melampau. Melainkanlah kesalahan besar. Kitakan ada undang-undang.
Pernah terfikir bahawa setiap anak-anak adalah amanah? Bagaimana perasaan mereka jika anak-anak mereka dilempang saban hari tanpa mendapat pembelaan? Bukannya kesalahan besar pun. Setakat malas dan salah dalam subjek tertentu. Provokasi lebih. Budak-budak bolehla kau lempang, mak bapak dia boleh sekali kot? Kau kan kuat..
Kalau ajar budak bersilat pun tak boleh sepak terajang sesuka hati. Ini akan menimbulkan satu rasa tidak puas hati di dalam hati budak-budak yang akan menyebabkan mereka bersikap macam samseng satu hari kelak. Dapat sijil jurulatih antarabangsa sekali pun, nak denda fikir beberapa kali. Hati tak boleh ikut sangat. Nanti patah mematah pulak anak orang. Lempang guru silat ini, bukan sebarang-sebarang nak guna. Nanti kalau kena, merana seumur hidup anak murid merana. Sebab itu guru silat simpan kuku. Biar kena pada yang derhaka. Baru padan dengan muka.
Nanti, kalau anak-anak kamu tu kena lempang, jangan marah lah ye. Bengap anak kamu akan jadi 10 kali daripada budak-budak yang kau lempang hari-hari.
Sekian. Catatan dari jauh..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan