Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Julai 2010

Menahan marah lebih gagah dari seorang Pahlawan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pembaca yang budiman. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira bunyinya, "Bukan orang yang berkelahi dan menang dalam pekelahian tersebut adalah gagah, tetapi orang yang paling gagah antara kalian adalah orang yang mampu menahan kemarahan"

Atas dasar usia dan meningkat, dan kita akan meninggal dunia yang fana ini suatu hari kelak, lebih baik kita sentiasa menanam sifat-sifat mahmudah dalam diri. Kita dah meningkat usia. Bukan makin muda. Terima hakikat. Menahan marah tu lebih gagah, jadi kalau orang yang suka marah tu? Pengecut la jawapnya.. Tak gagah..

Semoga dengan perkongsian ilmu ini menyedarkan kita akan keutamaan meletakkan agama dalam kehidupan. Pernah seseorang menuturkan kata-kata yang indah, " Orang jahat tidak sama sekali suka akan kejahatan dia disebut-sebut, tetapi lebih suka kebaikkan di lambung-lambung". Itu fitrah dan hakikat kejadian manusia. Tiada yang suka dikeji. Siapa yang suka dikeji? Kalau suka kena keji tu, samalah spesisnya dengan binatang.

Selain itu, yang menjadi musuh dalam selimut ini lagi bahaya. Di depan kita bermadah kata, dibelakang pula bermadah durjana. Kalau peribahasa melayu mengata, " Talam 2 muka". Dalam kehidupan yang kian canggih ini, tiada lagi yang boleh dikatakan setia. Melainkan hubungan kita dengan Allah jua..

Kejayaan dalam peperiksaan bergantung:

1. Tahap kecerdikan murid sendiri

- Bab ini memang penting, kerana pencapaian yang baik biasanya datang dari sekolah
yang mempunyai pelajar cemerlang. Contohnya Sekolah Berasrama Penuh dan sebagai
-nya.

2. Persekitaran dirumah

- Persekitaran dalam rumah memainkan peranan yang penting. Kalau ibu dan ayah \
sentiasa membina ukhuwwah yang baik diantara orang tua dan anak-anak, di sini
perasaan hormat menghormati akan wujud. Bila mana anak diredhai oleh ibu dan
ayah, maka segala doa anak akan menjadi mujarab. tidak perlu kismis untuk
berjaya, tapi cukuplah sekadar doa yang bererusan dari ibu dan ayah.

3. Penumpuan sepenuh perhatian di dalam kelas

- Mungkin setiap murid memerlukan situasi yang berbeza dalam proses pembelajaran.
Ada yang akan belajar sepenuh hati, tapi masih tidak mampu hendak menguasai
sesuatu topik. Oleh itu, penting bagi mereka menumpukan perhatian di dalam kelas
bagi mengukuhkan lagi pengetahuan berkaitan sesuatu topik.

4. Guru meredhai pelajaran yang telah diberikan

-redhalah..dan jangan pernah mengeluh..doakan kejayaan mereka..



Sampaikan salamku kepada Dia..kerana mungkin masaku akan tiba..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...