Cari Blog Ini

Isnin, 25 Oktober 2010

Hari itu dalam sejarah:24 Oktober 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkhabaran dari gunung sudah menjelang. Marilah kita bersama-sama menghayatinya. Moga beroleh semangat yang hilang.

~22 Oktober 2010, wallet aku hilang di Kem Balak Putai. Aku tempuhi dengan perasaan sabar yang mendalam. Itu pun sebab isteri berkata, "setiap kejadian mengandungi hikmah. Allah sentiasa bersama dengan mereka yang beriman. Allah menguji manusia dengan 2 pekara. Bala dan rahmatNya."

~Kalau nak ikutkan, bukan sedikit barang-barang dalam wallet (beg duit) tu. Tapi, duit cuma RM60.00 jer. Haha. Yang banyaknya, kad atm bank, kad kredit dan paling aku sayangi, kad Gayong seumur hidup!! Tak apalah. Allah taala lagi tahu apa yang aku tidak ketahui. Semoga aku beroleh ketenangan dalam menempuhi dugaan yang bakal mendatang.

~Sampai di Sibu, aku pergi buat laporan di Balai Polis Sentral Sibu. Mendengar celoteh aku, membuatkan kakak polis yang menjaga kaunter itu kasihan dan sentiasa ketawa. Masakan, aku asyik menggunakan pepatah, "sebatang kara". Sedangkan hati ini, bergelora. Tapi, hati ini sentiasa mengingati Allah dalam segala hal.

~Pekara yang terpenting adalah kad pengenalan. Mana mungkin aku dapat ke Miri jika tiada kad pengenalan. Sepanjang tempoh aku di Sibu, sahabat aku, Cikgu Azlan Dairy dan pasangannya, membantu aku dalam menguruskan semua pembaharuan kad aku. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azlan di atas kesudian membantu aku menyelesaikan segala kesulitan di sana. Dalam hal itu, perlu diingatkan, Allah akan membantu hambaNya dengan pelbaga cara lagi. Alhamdulillah.

~Petangnya, aku berangkat ke Miri. Alhamdulillah..kembali bersua dengan isteri walau sekian lama. Semoga kerinduan ini semakin bertambah. Jangan hanya setahun dua tahun. Aku ingin menempuhi bahtera perkahwinan ini bersama-sama isteriku. Hampir setahun berkahwin, tetapi hidup bersama sebagai suami isteri jauh sekali lantaran bekerja jauh di antara satu sama lain.

~Hadiah yang paling terindah adalah ucapan kasih sayang dari isteriku..... Terima kasih sayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...