Cari Blog Ini

Isnin, 14 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H dan DIARI seorang guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaanNya, dapatlah lagi aku mencoretkan kata-kata yang tidak ternilai di dalam diari alam maya aku. Semuanya adalah anugerah dan nikmat. Dengan segala nikmat yang kita perolehi, maka gunakalah nikmat tersebut dengan penuh ketakwaan semata-mata mengharapkan redha Allah. Bahagia pula bukan dengan kekayaan dunia. Tetapi bahagia yang sebenar adalah penderitaan dunia, kelazatan akhirat. (renungi sebentar)... Muhasabah diri..

Hayati hadis Rasulullah s.a.w dari Ibnu Majah dan At Tirmizi;

Daripada Abdullah Bin Abbas r.a
berkata: Telah bersabda Rasulullah
s.a.w: “Seorang yang alim itu lebih
kuat pengaruhnya atas syaitan
daripada seribu abid (yang tidak
alim).




Begitu besarnya pengaruh seorang mu'alim ke atas syaitan kerana syaitan amat gerun 
dan memusuhi orang yang berilmu. Seharusnya kita menghormati guru-guru kita dengan 
sebaik-baik penghormatan supaya jasa@ilmu yang dicurah tidak menjadi 
Aku tidak sama sekali ingin meninggalkan karier sebagai GURU kerana sifat guru sudah 
sebati dalam diri aku sejak dari kecil lagi. Sejak berumur 9 tahun, aku sudah terdidik 
untuk menjadi mualim dengan mengajar anak-anak murid ayahanda mengaji jika ketiadaannya. 
Sifat itu terbentuk dan terdidik sehingga menjadi guru silat pada usia 17 tahun. 
Alhamdulillah. Sekarang, aku bergelar GURU di Sekolah. Aku adalah role-model dalam 
kehidupan murid-murid sekolah. Aku adalah perwaris warisan Rasulullah. Dan aku bersyukur, 
kerana Allah telah mengurnikan anugerah BAKAT menjadi seorang guru.


Guru adalah penyambung warisan Rasullah s.a.w. 
Guru yang mempunyai akhlak yang terpuji adalah guru yang sukar dicari pada zaman era 
kemodenan ini. Semuanya alasan untuk menepis 'tabir hitam' seorang guru adalah dengan 
menggunakan alasan guru adalah manusia dan manusia adalah bersifat lemah lagi tidak 
berdaya. Memang tidak dinafikan bahawa guru adalah manusia. Perlu ditegaskan..guru adalah 
contoh terdekat kepada anak-anak murid. Guru umpama ibu-bapa disekolah. Sepentingnya, 
guru hendaklah menunjukkan sikap yang baik kepada semua anak murid dan menghindari 
segala keburukkan kerana Allah. Jangan biarkan kelemahan mengatasi segala kebaikan 
seorang guru. Jika kelemahan ini dapat diatasi, maka guru boleh menjadi semulia malaikat.
Ibadah seorang abid masih tidak mampu mempengaruhi syaitan. 


Di sekolah, cikgu memberi impak kepada pertumbuhan mental dan emosi murid. Boleh anda 
bayangkan bahawa, murid-murid lebih banyak meluangkan masa mereka bersama guru berbanding 
kedua ibu bapanya.




Sambungan...


UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...