Cari Blog Ini

Selasa, 12 April 2011

Jawapan anda terhadap cemuhan ke atas saya


Assalamualaikum dan salams sejahtera kepada semua pembaca yang sudi singgah ke laman blog aku. Sekalung kemaafan diminta bagi segala kesilapan, ketelanjuran yang telah aku lakukan tanpa disedari. Menyinggung pelbagai hati tanpa disedari. Sejujur kemaafan diminta juga sebagai tanda aku mengakui kelemahan diri yang tidak terhingga. Alhamdulilla, syukur kehadrat Allah, kerana dengan limpah kurniaanNya, maka dapatlah aku meluangkan sedikit masa untuk updatekan blog ini.

Baru-baru ini, kecoh satu group di laman Facebook, mengatakan sesuatu yang kurang ‘enak’ dibaca oleh semua bangsa terutamanya orang Sarawak. Hmm.. walaupun pekara itu sudah pun berlalu, luka yang ditinggalkan agak dalam juga dalam hatiku. Berkaitan dengan beberapa orang anak murid aku yang aku sendiri tak tahu mana pangkal cerita yang dia sebarkan. Mula-mula terbaca post ini, aku agak terkedu, marah dan geram. Tercabar darah pahlawan dalam diri. Mula-mula isu PENDEKAR. Lepas itu, isu darah yang mengalir dalam diri aku. Lepas itu, isu aku melupakan anak-anak muridku.Lepas itu pula, isu SANDANG KHALIFAH BESAR.Isu yang seterusnya adalah isu gelaran USTAZ@ CIKGU. Dan paling memberkas dalam diri aku, adalah berkaitan dengan hubungan aku dengan Cikgu Kassim. Bukan nak mengungkit, tapi biarlah kau menjawap semua tuduhan yang dilemparkan. Agak lama juga aku mengambil tindakan mendiamkan diri . Alhamdulillah..syukur kepada Allah, semua anak-anak murid aku membela aku di Facebook tanpa diminta. Itulah semangat yang ada dalam diri setiap pendekar jika dicabar. Sebelum aku meneruskan cerita, adalah lebih baik andainya tidak berminat dengan post ini, sila baca post lain kerana ianya akan melibatkan beberapa sentiment yang mungkin tidak bagus untuk dibaicarakan di Internet secara umum. Tapi, insya Allah, aku cuba tangani dengan sebaik-baik mungkin kerana aku seorang yang professional yang berkerja sebagai GURU.

Perlu diingatkan bahawa, Account Facebook “SILAT SENI GAYONG SARAWAK”, dimilik-guna oleh beberapa individu yang berkaitan dengan pentadbiran PSSGM Sarawak. Aku umumkan nama-nama berikut yang mempunyai akses kepada akaun ini.  Pak Uthman sebagai Mentor, Cikgu Muhd. Hamzah (Komentator), aku sendiri sebagai komentator, dan Dayang Khalizah sebagai Penyelaras ICT. Berikut juga adalah beberapa ahli PSSGM Sarawak yang layak untuk mengunakan akaun tersebut sebagai infomer. Abdul Azami, Hazrul Hj. Abdullah, Mohd. Ehsan, Mohd Nazrin, Awangku Nazimezatul, Shamyr Easmeth dan Nukiman Sahat. Harap jelas dan tidak ada selindung yang tersembunyi di sini. Komen diutarakan oleh Cikgu Mohd. Ehsan kerana isu tidak puas hati sudah timbul sejak di Majlis Perlimau Tapak UNIMAS yang mempamerkan aksi seorang hamba Allah yang sungguh angkuh dan tidak berbudi bahasa (walaupun belum ada ijazah lagi, sedang belajar doh..) menjawap soalan dari aku dan isteri yang sudah mencecah hampir 20 tahun aku bergayong dan isteriku tahun yang ke 6 menjadi anak gayong. Adalah menjadi keutamaan kepada aku dan isteri bertanya soalan yang lazim dalam Silat Seni Gayong kerana telah diamanahkan untuk menjaga gayong di Sarawak oleh Cikgu Sazali Dato’ Meor Abdul Rahman dan semua ahli lembaga Waris Amanah. Bersoal juga menjadi pemangkin kepada perkenalan yang akan membuahkan ukhuwwah fillah.

Baiklah aku akan kupaskan isu demi isu dan aku harapkan semoga semua boleh membaca dengan hati yang terbuka tanpa diskriminasi. “Rabbi yassir..wala tu ‘assir..”

Isu penggunaan istilah pendekar disini dalam kamus Dewan Pelajar cetakan kesembilan belas keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia menyatakan definisikan pendekar sebagai, “orang yang pandai bersilat atau pandai bermain senjata”. Dalam KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, dimaksudkan sebagai “jaguh, wira”. Harap maklum dengan istilah penggunaan istilah PENDEKAR mengikut definisi dalam kamus yang seerti dengan maksud sebenar. Al-maklumlah, manusia sekarang semuanya mahukan bukti yang kukuh dan sangat meyakinkan. Oleh itu, kalau sesiapa yang menggunakan istilah pendekar, seharusnya seorang yang pandai bersilat atau bermain senjata atau jaguh dalam persilatan. Dalam pernyataan individu tersebut, memang tidak berasaskan kepada fakta dan bukti yang tidak sama sekali dia sendiri tidak mengetahuinya. Walaupun mempunyai ijazah sarjana muda, tidak menjamin bahawa dia pandai menggunakan ayat dan istilah yang betul. Istilah yang diguna pakai dia untuk mengambarkan pendekar adalah, “seorang yang mahir bersilat dan guru silat yang agung”. Begitu mungkin definisi yang dia gunakan untuk membayangkan seorang pendekar. Mari kita lihat dahulu betapa dia tidaklah sepandai seperti yang dicanangkan (ada ijazah dan seumpamanya). Dia juga berkata bahawa, aku tidak bermaruah dengan mengaku sebagai PENDEKAR. Dan perumpamaan dia kepada aku, adalah, “seorang pelajar sekolah rendah yang baru belajar silat setahun jagung” yang mengaku menjadi PENDEKAR.

Bagi menjawab isu ini, ada baiknya aku bercerita dengan lebih lanjut dan teliti supaya tidak tertinggal barang sedikit pun kerana ini adalah isu sensitivity aku. Mula-mula, aku adalah pesilat Silat Seni Gayong Malaysia bermula tahun 1992 dibawah Cikgu Mufti Ansari yang telah datang ke Sarawak untuk melatih pasukan silat olahraga negeri Sarawak. Cerita selebihnya berkaitan dengan pertemuan aku dan Cikgu Mufti adalah dirahsiakan demi menjaga rahsia yang disumpah oleh semua yang berkaitan. Ramai yang terlibat dalam pertemuan itu, kebanyakkan dah pun menemui Allah. Allahyarham Anjang  Juki (Inspektor (B) Marzuki bin Salleh dan beberapa individu yang lain dirahsiakan adalah anak Gayong di negeri Sarawak sebelum Gayong Sarawak ditubuhkan di Sarawak secara sah). Tahukah anda, bahawa ini sejarah yang anda tidak ketahui yang anda sendiri pun tak tahu sebab terlalu gah dengan kependekaran anda.

Tahukah anda, Dato Meor pernah datang ke Sarawak pada tahun 1970 an atas jemputan Tun Rahman (ketua Menteri SarawaK pada ketika itu)? Ini adalah fakta yang anda sendiri tak tahu dan tak mahu tahu kerana sikap anda yang bodoh lagi sombong. Berdasarkan cerita Sensei Haji Mohd. Sula (Pak Dillah), pada ketika Dato’ Meor datang ke Sarawak, beliau (Pak Dillah) pada ketika itu sudah pun berusia awal remaja (pada ketika anda dan aku belum lahir lagi). Dato Meor melawat kampong di seberang Waterfront Kuching (pada ketika itu belum wujud waterfront), beliau sempat singgah di rumah no 21, Kampung Gersik dan berkata, rumah itu akan lahir seorang ‘pendekar’ yang akan membawa gayong dengan jayanya. Cerita ini disahkan oleh Cikgu Mat Jepun, dan agaknya anda sendiri tak kenal Cikgu ini kot. Rumah no 21 itu adalah rumah allahyarhamah Dayang Borok Binti Pengiran Hasyim, seorang bangsawan dari keturunan Sultan Brunei ke 16 dan juga seorang juragan kapal yang bernama Salleh Bin Arshad (melalui nama ini kita ketahui bahawa tidak ada orang Sarawak yang bernama Arshad kerana tidak terkandung nama sebegitu dalam kamus orang Sarawak pada ketika itu. Ini buktinya, Allahyarham Salleh Bin Arshad adalah seorang yang berasal dari TANAH MELAYU), yang berasal dari Tanjung Keling, Melaka. Hasil perkahwinan ini, lahirlah 16 orang anak, iaitu Kasoma Salleh, Marzuki Salleh, Baki Salleh, Saptuyah Salleh, Sa’adiah Salleh,Sarbanun Salleh, Salbiah Salleh, Norlia Salleh, Jamilah Salleh, Khir Salleh(meninggal dunia pada usia awal 20 an), Tuah Awang Lani (diangkat oleh Awang Lani) dan 5 orang lagi meninggal semasa lahir.

Sa’adiah Binti Salleh berkahwin pula dengan seorang lelaki bernama Uthman Bin Ramli yang berasal dari Kampung Sourbaya Hulu, Kuching. Kampung Sa’adiah dan Kampung Uthman (Samad) bersebelahan dan hanya dipisahkan oleh sebuah sungai. Ramli Bin Bujang adalah seorang jurugan kapal yang berasal dari Kampung Nangka, Sibu dan kemudiannya berkahwin dengan Neng@Dara Binti Majid, seorang Melanau yang berasal dari Kuala Rajang, Sarikei. Dara@Neng Binti Majid adalah dua-pupu dengan Habibah Binti Haji Lamit, iaitu ibu kepada Pejuang Kemerdekaan Moden Sarawak, Rosli Bin Dhoby. Neng @ Dara Binti Majid pula adalah, ibu kepada Uthman Bin Ramli. Hasil perkahwinan antara Uthman dan Sa’adiah Binti Salleh adalah, Norwidyawati Binti Uthman, Muhd. Hamzah Bin Uthman, Noor Kasemawati Binti Uthman (nama ini adalah bersempena kepada Allahyarham Nenda Uthman, Raden Asma’) dan Muhd, Khawar Hezazy Bin Uthman (dan semestinya aku). Ada jelas di situ. Dan sudah semestinya, Rosli Dhoby bukan orang sebarang dengan keluarga aku. Beliau adalah PAKCIK aku. Kalau dah orang mempertikai subjek ini, sudah semestinya orang itu, adalah orang yang paling tidak kenal sejarah.

Pekara ini (salasilah bertemu dengan Rosli Dhoby) telah diungkai sewaktu program Gayong 1 Borneo 2010. Tidak ada sangkalan lagi kerana ianya sudah ada di pejabat pegawai khas, timbalan Perdana Menteri, Encik Feriz Omar. Satu rombongan khas dari Kuching yang terdiri daripada Uthman Bin Ramli, Bolkhalik Bin Ramli, Muhd. Hamzah, Muhd Khawar, Dayang Khalizah Binti Awg Batu, Abdul Azami Bin Pon, dan Mohd. Nazrin ke Kampung Bandung, Sibu untuk mengesahkan hal ini dan kakak Allahyarham iaitu Fatimah@Yak Binti Dhoby mengesahkan hal-hal berkaitan dengan perkara tersebut disaksikan ahli rombongan dan juga anak-anak Ibu Fatimah @ Yak. Di mana keraguan timbul sebenarnya? Keraguan timbul bila seseorang itu BUTA SEJARAH dan ANGKUH dengan sejarah diri sendiri. Mengaku atau tidak, itu hakikat.

Cuba perhatikan, darah aku adalah MELAYU-MELANAU. Tapi itu tidak penting, kerana aku ORANG SARAWAK dan kami tidak sama sekali ada berpolitik melebihi kepentingan kaum sahaja. Dalam kad pengenalan adalah Melayu, hakikatnya adalah melanau. Ada aku kesah? Sebab darah mengalir dalam badan aku, kalau nak campur jugalah ye, MELAYU BRUNEI (KETURUNAN BANGASAWAN) + MELAYU JATI KUCHING + MELAYU SIBU + MELANAU KUALA RAJANG. Dan adakah aku perlu sebut semuanya? Nanti kata, aku ni memuja sejarah. Kalau aku tak bagitahu kat anda-anda semua (bukan pembaca, tapi individu tertentu), sukahati nak tuduh aku macam-macam. Nampak sangatlah anda tu, berbangga dengan jati diri sendiri dengan merendahkan jati diri orang lain. Isu Rosli Dhoby itu Melayu atau Melanau tidak perlu dimainkan di sini. Kalau difikirkan, pejuang-pejuang di negeri lain, ada yang sebenarnya berketurunan ARAB-MELAYU. Tapi, hanya disebut sebagai MELAYU. Nah.. timbul isu ke?

Kalau kata jangan puja sejarah, apa kata kita jangan baca buku sejarah. Kita jangan puja cerita Tunku Abdul Rahman yang memerdekakan Malaysia. Dei..kalau kita lupa sejarah, kita akan lupa asal usul kita jugalah. Kenapa sirah yang diceritakan di dalam al-quran diulang-ulang pembacaannya? Atas alasan supaya kita tidak lupa diri dan tidak mengulangi kesalahan yang sama seperti kaum nabi Nuh dan lain-lainnya. Itu sirah. Sirah itu sebutan sejarah dalam bahasa arab. Kalau tak perlu kenang sejarah, tak perlu fikirkan siapa yang melahirkan kita. Kerana pekara melahirkan itu dan jadi sejarah. Jadi, apa kata, kau lupakan ibu bapa mu?

Dan, Ibu Fatimah @ Yak sendiri mengesahkan bahawa meraka adalah berbangsa Melanau. Aduh.. letak tahi atas hidung sendiri, nah kan.. sendiri dan terkena. Isu ini saling berkaitan, dan anda perlu baca dengan teliti supaya anda tidak buta sejarah dan bodoh sombong dengan sejarah negeri Sarawak.

Kita balik kepada sejarah persilatan aku, rasanya aku dah berceloteh agak lama pengalaman persilatan aku. Bermula tahun 1991, belajar dengan Allahyarham Marzuki Salleh,1992-1996 Cikgu Mufti Ansari , 1997-2002 Silat Paris Dendam, Silat Helang Putih, silat-silat keluarga dan perguruan yang tidak bernama dan ada perguruan dirahsiakan namanya atas menjaga hati individu-individu tertentu, Taekwondo ITF, Karate Do Asahi, Wushu(sekolah), Judo. 2002- sekarang, Silat Seni Gayong Malaysia, Aikido, Silat Cekak Hanafi, Silat Kuntao (Kenyah-Indonesia). Nak dijadikan cerita, kalau benarlah semua itu tidak dikira sebagai ilmu, baik aku cerita beberapa pekara berkaitan dengan pengalaman aku. Pertama, pernah dirompak oleh sekumpulan 4 orang perompak berbangsa Indonesia di sekitar India Street, Kuching pada tahun 2003. Kesudahannya, 2 daripada 4 perompak dapat aku heret ke Balai Polis Sentral  sendiri tanpa bantuan orang ramai. Saksi cerita, semua ahli PSSGM UNIMAS batch kedua, Abdul Azami, Nukiman, Zuraida Wael dan yang lain-lain. Sijil penghargaan dari PDRM. Itu pun tak dikira sebagai PENDEKAR?Allahyarham Dato’ Meor kata begitu, kau nak kata apa lagi?

Ok, cerita kedua. Hampir di samun oleh beberapa geng-geng motorsikal di sekitar BDC. Pada ketika itu, duit RM3000 dibawa untuk membeli laptop. Kalau aku tak bijak, sudah semestinya aku simpan dipoket. Tapi, terlintas di minda, takut kena rompak, simpan bawah seat-motorcycle. 3 buah motorsikal, 6 orang lelaki bertubuh sasa dengan pisau lipat. Apa terjadi? 2 dari 6 orang, cedera parah. Masuk hospital. Kes polis. Dapat sijil penghargaan PDRM sekali lagi. Bukan pendekar? Aku guna, tumbuk pintal tali, tebar jala dan sedikit buah-buah kecemasan. Bukan pendekar??

Cerita ketiga, sekitar Pending, dan perompak adalah orang Vietnam. Kali ini tak dapat tangkap sebab aku terpecahkan cermin kereta aku sendiri (cermin depan). Lunyai dengan tumbukan pintal tali aku. Kes tidak dibawa ke Polis. Tapi, kawan baik Muhd. Hamzah adalah seorang CID dan kami dapat kesan perompak itu dan lunyaikan muka dia pula. So,  kalau anda seorang pendekar, apakah pengalaman anda yang membolehkan anda berasakan saya tidak layak? Bukan disebabkan anda adalah pemegang bengkung merah dalam PSSGM dan juga seorang yang mempunyai black belt dalam Taekwondo, tapi tak pernah menggunakannya dalam pertempuran sebenar, membuatkan anda rasa anda adalah pendekar (walau tak terlafaz dengan penulisan anda sendiri). Apa yang terjadi kepada anda sewaktu mendapat tendangan tebar jala percuma, anda terbaring mengaduh sakit perut? Andakah anda pada ketika itu, diajak untuk sparring dengan anak murid aku, anda menerima pelawaan tersebut? Bahkan anda tidak hadir ke sesi gelanggang untuk beberapa ketika dan memberi alasan sibuk dengan assignment. Dan hadir lagi seolah-olah anda telah berjaya menjatuhkan saya pada ketika itu. Kalau diikutkan, meraka semua (anak-anak murid aku) dan membawa parang dan simbat untuk turun ke UNIMAS, bila anda memangkah aku. Tapi, atas nasihat Cikgu Izhar Abbas, mereka meletakkan senjata atas dasar kasihan. Anda tidak tahu cerita sebenar dan mula dari saat itu, semua anak-anak murid aku, ‘kurang hormat’ tapi masih lagi mencium tangan kau sebagai tanda engkau tua dari mereka. Sekali lagi kau buat onar, tapi keadaan berbeza kerana engkau berkokok dari jauh dengan angkuh sekali. Nah.. ayam kampung kah anda ini?

Bermaruah anda-anda semua, jika anda berani mengata di dalam Facebook tapi tidak berani mengatanya sewaktu aku bawa Dato’ Ismail Jantan pada ketika itu. Anda sama sekali tidak bermaruah bila anda mengatakan aku adalah angkuh. Sekali lagi aku menyatakan cabaran kepada anda-anda yang berada diluar yang telah memangkah aku dari Internet, sila datang ke Sarawak, aku sekeluarga akan letak jawatan dan anda-anda sila ambil jawatan kami dan bangunkan SSG di Negeri Sarawak daripada ‘o’ dan buktikan bahawa anda lebih bagus memimpin dari Ayahanda Uthman dan semua AJK. Terasa kami ini sudah dihadapan pintu, tunggu masa nak keluar dari ‘rumah’ yang kami bina dari tahun 2004. Dan gelaran pendekar itu juga, bermaksud mahir dalam persilatan. Dan jika Cikgu Kahar Reza, seorang pemegang amanah Gayong mengatakan bahawa aku adalah pakar kombet, adakah aku akan mengatakan bahawa aku adalah pendekar dari Borneo? Dan adakah kerana aku seorang dari negeri Sarawak, maka aku tidak layak bergelar pendekar silat seni gayong Malaysia negeri Sarawak? Dan jika, aku bukan anak angkat Dato’ Adiwijaya Abdullah aku sama sekali tidak boleh jadi pendekar? Dan juga, kata-kata Cikgu Izhar (guru tua Gayong), bahawa aku adalah pendekar Gayong Negeri Sarawak pun tidak kau hirau?.Tidak sama sekali. Renung-renungkanlah wahai pendekar ayam berkokok dari kampung.  “Nampak sangatlah menipu..”(ungkapan dari cerita Hantu Kak Limah balik Kampung.

Jelas dan nyata, anda telah tersilap fakta dalam kes seperti ini. Anda sama sekali hanya bercakap berdasarkan hati dan perasaan. Seorang pesilat, tidak akan bercakap tanpa fakta yang kukuh dan membuta tuli. Membuta tuli itu adalah bermula dari sifat dengki. Dan dengki itu dekat dengan iblis. Di mana kau sekarang jika kamu masih di Bumi Sarawak ini. Sudah pasti anda akan menyorok dalam almari kerana takut bersemuka.

Ini juga mesti isu yang timbul di UNIMAS lepas. Aku memperkenalkan diri sebagai Khalifah Besar. Aduh.. kasihan. Kalian sudah balik ke negeri masing-masing. Apakah kalian masih tahu perkembangan gayong di Sarawak? Sudah semestinya tidak! Anak-anak murid yang anda tinggalkan, terlalu ‘bebal’ dalam istiadat gayong. Sedangkan, pepatah melayu berkata, “ adat bersendikan syarak..”. Adat penting dalam pertubuhan ini. Sandang itu adalah mandat adat. Kalau pakai bengkung merah, satu pekara adat pun tak tahu, salah siapa? Salah guru anda yang hanya mengutip duit tanpa merujuk kepada Ibupejabat Negeri. Kalau masuk mahkamah, kami menang. Sebab ada bukti kuat lagi kukuh. Mengutip wang/yuran tanpa melalui pertubuhan negeri adalah salah. Dan anda tahu semua itu. Tapi, anda hanya membisu. Tapi, kami bersabar. Pada waktu kalian berada di UNIMAS, Samarahan, aku dah pun memegang sandang Khalifah Kanan @ Ketua Khalifah. Dan adakah anda pernah bertanya, apakah tugas sandang tersebut? Anda tidak bertanya dan anda tidak mahu bertanya. Salah siapa? Pada ketika, Dato’ Adiwijaya Abdullah mengangkat aku menjadi Khalifah Besar di program Gayong 1 Borneo, anda hadir atau tidak? Jawapannya, tidak. Kami menjemput semua ahli di UNIMAS yang merupakan anak murid anda, tapi seorang pun tidak muncul. Adakah anda ahli PSSGM UNIMAS sudah beralih bahtera. Kalau sudah, biar tangan ini menumbangkan bahtera itu kerana aku memegang sumpah setia aku kepada yang satu.

Bermaruah anda sekalian, selepas mengeluarkan fitnah@tohmah, anda meminta maaf kerana anda telah diburu oleh setiap ahli PSSGM yang merupakan anak jati Sarawak? Bahkan, anda dihina sebegitu rupa dan aku adalah orang yang paling mendiamkan diri kerana beranggapan, ilmu yang aku berikan kepada kalian adalah ‘tak kena’ pada kalian semua.  Aku sama sekali tidak menjawap semua caci maki kalian tapi yang berbuat demikian adalah anak-anak murid aku yang kalian sendiri pernah belajar dengan meraka. Hahaha.. Nah.. senjata makan tuan. Anda tersilap. anda pernah belajar ilmu walaupun sedikit daripada anak-anak murid aku. Sedikit, tapi itulah ilmu. Dan kalian juga adalah anak murid aku dan mula menderhakai aku? Ya-Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku ya-Allah. Bermaruahkan kalian, sehingga hendak melaporkan kepada Polis kerana ugutan bunuh? Sedangkan, kelancangan mulut kalian itu sendiri yang telah mengakibatkan kalian dicemuh sebegitu rupa. Bak kata melayu, “kerana mulut, badan binasa”.. Kalau benar, jangan takut. Dan ketahuilah, aku sudah menjangkankan di mana kedudukan kalian ketika aku betanya kepada anda, “tunjukkan aku golongan 21”. Anda dengan slumber berkata, “tak ingat.” Sedangkan golongan 21 sama diturunkan oleh Allahyarham Dato’ Meor. Aku sudah tahu kebobrokan kamu, tapi, aku tetap menerima kau sebagai anak gayong dan engkau mendapat semua pelajaran itu daripada aku. Alhamdullilah..

Isu ketiga yang anda putarkan adalah.. sejarah penubuhan PSSGM UNIMAS. Begini sebenarnya.. Sebelum Gayong ada di UNIMAS, Gayong dah tertubuh di Gelanggang Petra Jaya pada tahun 2003 dengan mesyuarat pertama berlangsung dengan kehadiran beberapa anak murid Cikgu Kassim Samat yang merupakan batch pengasas PSSGM Kolej Matrikulasi Labuan bertempat di rumah ayahanda aku. Kasihan... Pada ketika itu, tidak ada kesanggupan untuk mereka meneruskan gelanggang kerana tinggal berjauhan di antara satu sama lain. Pada ketika itu juga, aku dan rakan-rakan masih menunggu keputusan untuk masuk Universiti. Jadi, kami mengambil keputusan untuk menunggu keputusan menangguhkan jadual latihan sehingga kami ketahui di mana menara gading yang bakal kami daki. Aku memulakan gelanggang di Taman Malihah dengan murid seramai 4 orang, iaitu Mohd Ehsan, Mohd Nazrin, Awangku Nazimezatul dan Musa Hasly. Itu anak murid aku pertama. Aku ajar Silat Gayong bermula dari bulan Mei 2003 dan bulan Jun 2003 aku ditawarkan untuk masuk ke UNIMAS. Pada permulaannya, aku mencari Silat Gayong di UNIMAS tapi tak ada. Yang ada, Cuma Silat Cekak Hanafi dan Silat Helang Putih Perkasa. Aku memilih untuk masuk Silat Cekak Hanafi tetapi, tidak kekal lama kerana jiwa tak serasi. Aku masuk silat cekak Hanafi untuk 6 bulan iaitu satu semester di di UNIMAS. Pada tahun 2004, semester ketiga bermula pada Jun 2004. Aku mula mengorak langkah dengan mengadakan mesyuarat penubuhan PSSGM di UNIMAS. Kehadiran masa itu adalah seramai 15 orang. Aku masih ingat, yang hadir adalah Zainal Abidin (PALAPES), Zulfikhar Awang (PSSGM KML), Fatimah (FSS), Fadly (Tahun 2, FSGK), Najib (Tahun 1, FSGK) dan beberapa orang lagi muka yang kurang dikenali. Apa kesudahan mesyuarat itu? Tiada kata sepakat. Masing-masing dengan ego kenegeriaannya. Hanya Fatimah, Fadly, Zulfikhar dan Najib sahaja yang kekal dalam mesyuarat selepas mengetahui yang ingin membuka gelanggang bukannya orang GAYONG yang berasal dari semenanjung. Tanyalah dengan Zulfikhar yang sedang mengajar di SK Desa Lavang, Bintulu bagaimana sambutan ketika itu. Aku seterusnya mengajak junior-junior PALAPES untuk masuk kelab silat ini dan aku berjaya menggumpul sekitar 10 orang untuk dijadikan anak murid aku di UNIMAS. Dengan hanya memakai bengkung putih, aku mula mengajar silat ini. Kami berlatih dan apabila masuk semester 2, bilangan kami berkurang sehingga hampir tidak ada yang turun kerana sibuk dengan latihan tempatan yang diadakan setiap minggu. Dan pada tahun itu juga, aku mendapat sokongan daripada Khaliza Senak yang telah membantu aku dari segi moral dan material untuk aku menubuhkan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UNIMAS pada penghujung tahun 2004 di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UNIMAS yang diketuai oleh Prof. Sulaiman Hanafi. Aku rasa, anda pada ketika itu, masih lagi belum menjejak kaki ke menara gading mahupun matrikulasi dan masih belum matang kerana aku percaya anda sedang berada di tingkatan 5 lagi. Kasihan dengan manusia seperti ini. Belum dapat berjalan, dah hendak berlari. Belum matang usia, dah hendak berdalih.

Penubuhan PSSGM UNIMAS berjaya pada awal semester 4 aku di UNIMAS iaitu sekitar bulan Febuari 2005. Aku mengingati tarikh itu iaitu pada 20 Febuari 2005 setelah aku dipanggil berjumpa dengan Prof Sulaiman Hanafi. Dan kami masih meneruskan latihan dengan ahli berbilang hanya 10 orang. Dalam masa yang sama, timbul isu silibus mana yang hendak diguna pakai. Lalu aku, berangkat ke Pulau Labuan dengan berbekal duit Cuma RM100 untuk belajar dengan Cikgu Kassim Samat. Anda bayangkan, RM100 untuk belajar di pulau yang bukan tempat tinggal aku. Tetapi, aku balik, dengan membawa kejayaan yang cemerlang dan aku dianugerahkan bengkung merah kosong oleh Cikgu Azizan dari Kelantan. Cikgu Azizan berpesan, jagalah Gayong di Sarawak elok-elok. Jangan biarkan ianya hancur.

Di mana anda pada saaat itu? Adakah anda bersama aku? Tepuk dada tanya selera. Aku balik ketika Masuk tahun ketiga semester 1 (semester kelima aku di UNIMAS). Dan aku berjaya menegak silibus cikgu Kassim tanpa campur aduk dengan mana-mana silibus sekali pun. Peluang untuk aku mengembangkan gayong kian cerah dengan kemasukkan Abdul Azami, Nukiman Sahat, Hazimin Bin Josman, Zuraida Wael, Fatma Dayana, Sharifah Aisah Wan Shardini, Dayang Khalizah Bt. Awang Batu (sekarang menjadi isteri aku), Khaliza Binti Senak, Abdul Hakim, Aldillah Jasnie, Atiqah Maidin, dan Abe(maaf, terlupa nama sebenar). Aku rasakan bahawa, engkau sendiri tidak mengenali sesetengah mereka kerana engkau hanya hadir setelah aku tamat pengjian di UNIMAS. Engkau tidak mengenali mereka dan aku pernah menyerahkan jawatan presiden kepada sesiapa yang hendak menjadi presiden untuk menggantikan aku tetapi tiada yang sanggup memegang jawatan tersebut. Anda tidak tahu, jawatan-jawatan dalam persatuan Gayong UNIMAS sering berubah kerana hendak memberi peluang kepada setiap orang merasai memegang jawatan yang lain. Ada engkau tahu semua itu?

Anda hanya tahu menuduh, tapi tidak tahu akan kebenaran. Kebenaran itu dilindungi oleh hasad dengki yang membuak-buak.

Engkau hanya menyangkakan bahawa aku dipilih oleh sekumpulan 17 orang, tetapi engkau tidak tahu, bahawa aku adalah presiden dari tahun 2004 sehingga aku menyerahkan jawatan tersebut kepada Khaliza Binti Senak pada tahun 2006. Engkau tahu atau tidak, motto gayong UNIMAS, “Pencetus paradigma Akhlak terpuji” itu datang dari siapa? Daripada Khaliza Binti Senak yang merupakan presiden kedua yang aku rasa engkau tak gemarkan kerana juga berbangsa Sarawak dan juga seorang perempuan? Terkilan sebab tak sebut nama aku di sana? Buat apa terkilan. Aku tahu, semua itu adalah kejayaan aku. Hidup aku diberkati Allah dan Allah mengizinkan aku yang buka Silat Gayong Malaysia di UNIMAS dan bukannya engkau. Terima hakikat ini. Untuk pengetahuan engkau, engkau dipilih kerana Azami percaya bahawa engkau berkebolehan dan engkau adalah ahli yang rajin datang latihan. So, itulah sebabnya. Aku pada mulanya tidak mahu menerima pemilihan ini kerana aku belum yakin dengan kebolehan engkau tapi bila mana Azami sudah memilih, itu adalah kehendaknya. Aku turut setuju walaupun berat hati. Adakah aku tidak mendengar kata Azami dan Nukiman?

Dan dalam inbox message dalam facebook, memohon kemaafan kepada aku di dalam inbox. Bukannya secara terbuka. Dan aku tidak perlu meminta maaf kepada mu kepada aku tak pernah buat salah ke atas mu. Yang menyerang kamu, anak-anak muridku dan terpulang kepada mereka untuk memohon maaf ataupun tidak. Itu hak mereka. Seperti mana engkau mendapatkan hak itu di UNIMAS dulu. Engkau menyuruh aku menjaga anak-anak muridku dan juga abang kandungku. Engkau terlupa, mereka adalah anak muridku yang berpegang kepada ikrar gayong yang sehidup dan semati dengan aku. Kami YAKIN bahawa kami anak Gayong dan kami patut mempertahankan saudara kami jika dia berada dalam kebenaran. Berbunuh-bunuh memang tiada gunanya, tapi memfitnah lebih bahaya dari membunuh. Engkau telah memfitnah aku dengan sewenang-wenangnya. Engaku tuduh aku makan duit pertubuhan sedangkan, pertubuhan sendiri aku gerakkan dengan duit aku dan keluarga aku sendiri tanpa minta sesen pun dari engkau.  Engkau datang kerumah, aku tak pernah tutup pintu bahkan aku sambut dengan senyuman, hidangkan minuman dan makanan demi menjaga ukhuwwah. Rupa-rupanya, engkau hanya bersandiwara. Bermadah dengan kata-kata, yang akhirnya memerangkap diri kau sendiri sahaja.

Guru besar dahulu, sehingga berkata, “Semua pasal gayong kita uruskan sendiri kecuali keahlian melalui negeri”. Sehingga semua program kau buat macam tak ada wujud gayong lain di Sarawak. Ingat adat bertamu di negeri orang. Kami menghormati tetamu, tapi kami tak terima tetamu yang kurang ajar. Itu sikap orang Sarawak yang engkau perlu tahu dan pelajari. Agaknya dah terlambat kau nak belajar semua itu kerana kau jauh dari Sarawak.  Guru besar kau datang dulu, bukan main manis budi bahasanya, tapi datang-datang terus kata aku makan duit. Nauzubillah.. aku sabar dan aku terus menjalankan gayong demi amanah. Datang-datang, terus nak jadi pemegang kuasa, nak jadi pemerhati yang berkuasa, terus jadi pemegang amanah Gayong di Sarawak. Sedangkan kau baru datang, tapi kau sungguh berlagak macam Sarawak ini mudah kau perbodohkan. Memang kau guru aku dan aku hormati engkau sebagai guru aku pada ketika itu. Tapi, setelah aku tahu engkau memperbodohkan aku dengan pelbagai pekara, terus hilang rasa hormat setinggi gunung aku pada engkau. Kau burukkan aku depan anak murid aku. Tapi, mereka tetap kembali kepada aku. Kerana aku benar dan kau salah. Masakan di Port Dickson, seorang anak gayong Sarawak pun tak menegur engkau kerana bencikan perbuatan engkau. Hingga Azami turut terluka dengan sikap kau yang tak putus asa berdengki. Guru tetap guru. Tapi, berguru dengan engkau akan aku jadikan sempadan supaya menjadi tauladan yang bernilai.

Abang kandung mana tak tercabar, bila mana keturunan kami di seranah. Itu nama hubungan kekeluargaan yang erat. Bila seorang adik atau abang di cemuh, pasti salah seorang akan membela. Kalau aku sumpah seranah adik/kakak/abang/keluarga engkau, sudah pasti engkau mengambil tindakan sama. Kami YAKIN dengan sumpah ikrar gayong yang mungkin engkau sendiri tak menghayati waktu engkau diperlimau tapakkan dulu. Mungkin diperlimau tapakkan oleh orang yang meminta sedekah di rumah cikgu sazali dulu. Sebab itu, kurang adabnya dengan guru. Ingat, bila kau ungkit Gayong Sarawak, engkau telah membangkit semangat juang bukan aku seorang, tapi seluruh isi keluarga aku dan juga seluruh anak Gayong Sarawak!!

Dan aku terkilan sungguh kepada hamba Allah yang berhasad dengki ini kerana mengatakan bahawa aku melupakan guru utama aku. Adoi.. ini kes berat. Buka mata dan buka telinga. Kalau aku tidak hormat akan Cikgu Kassim, aku tidak akan guna pakai silibus dia sampai bila-bila pun. Seperti mana yang engkau dan guru besar engkau lakukan itu dengan mengubah seluruh silibus Gayong UNIMAS dengan alasan silibus yang aku bawa itu buatan aku sendiri. Ayoyoyo.. aku belajar dengan berkorban mengeluarkan duit sendiri untuk dapatkan silibus itu tapi sesenang hati engkau kata silibus aku buatan aku sendiri. Gila ka apa? Aku bukan mahaguru. Cuma pendekar yang taat setia. Dan juga aku kehairanan sehingga ke saat ini, di manakah titik kesamaan antara aku dan kau dalam silat Gayong? Engkau menuntut dengan aku dan itu kau katakan sama? Memang gagal lah SPM Bahasa Melayu kau ni. Guru mana ada sama dengan anak murid. Kau datang di UNIMAS, aku sudahpun berbengkung kuning. Walhal engkau, baru nak mandi tapak/seni. Memang tak bijak sekali. Engkau berbicara dengan nama Allah, tapi engkau sendiri kurang faham hakikat ketuhanan dan hukum hakam agama.Tuhan kata jangan berhasad dengki. Tgapi, kau buat jugak. Ish..ish..

Aku tak angkuh dan aku tak sombong. Mengangkat dagu ke atas dengan dada yang kembang pun kau tak tahu maknanya. Adoi.. budak-budak tahun 6 pun tahu bagaimana menarik nafas yang panjang. Adui.. memang beballah kau ni. Menarik nafas yang panjang memerlukan ada ruang antara kerongkong dan dada untuk menebalkan lagi pengambilan gas oksigen. Seperti di dalam Sains Sukan, kita menarik nafas yang panjang dari bawah sehingga ke atas. Tapi, kau kata aku sombong. Nampak sangat menipu.. Anda adalah manusia yang bebal yang tidak dapat membezakan antara menarik nafas dan sombong. Ish..ish.. Soalan AGM itu pun anda hendak pertikaikan sedangkan itu adalah penting dalam satu persatuan. Aku pun kena buat AGM setiap 2 tahun.

Kesimpulan dari kata-kata kau, : [“Aku adalah pendekar sekolah rendah”], [“Tak ada maruah”],[“berlagak jadi khalifah besar”], [“gila gelaran pendekar”],[“melanau tak sedar diri”],[“tak tahu sejarah”], [sombong, angkuh, gila kuasa], [“makan duit persatuan (itu guru besar engkau yang ucapkan)], dan sebagainya.Kepastiannya engkau sama sekali tidak menghormati aku dan ilmu yang telah aku curahkan kepada engkau yang ketika masuk UNIMAS kosong sahaja. Noktah. Aku dengan ini rasminya mencabar engkau untuk bersemuka dan meluahkan perasaan yang terpendam dan aku tak mahu internet sebagai medium pengantara kerana aku yakin kita adalah manusia terpelajar. Dan andainya, tidak ada kepastian, kita bertarung ajalah sampai kita mengaku kalah.

Oh ya, kau bilang, aku ini dulu Ustaz lah apalah.. Ok, sedikit latar belakang hidup aku yang aku rasa engkau malas nak tahu. Aku pernah belajar di Institut Kemahiran Islam Negeri Sarawak dalam jurusan Dakwah dan Tarbiyyah. Aku dapat gelaran ustaz kerana pernah bekerja dengan JAKIM dan JAIS sebelum ditawarkan Diploma Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pada 2008. Rezeki Allah kurniakan kepada aku melimpah ruah. Lepas bekerja dengan JAIS dan JAKIM jadi Cikgu pulak. Dan bukankah title ustaz itu adalah sama ertinya “cikgu”? Adui..sekali lagi, anda telah tersilap memilih penggunaan diksi. Guru = Cikgu = Ustaz = Mursyid. Berbeza adalah, ejaan dan asal usul nya. Aku tetap CIKGU sampai mati kerana aku adalah CIKGU SEKOLAH RENDAH yang BERGELAR PENDEKAR MUHD. KHAWAR.  Aku tak pernah lupa asal usul diri sendiri kerana aku berpijak di bumi yang nyata....
~Penulis di Wall facebook adalah Mohd Ehsan~
Nak bersara secepat mungkin dan terus tak hubungan dengan yang diseberang. Gi mana sih?


1 ulasan:

  1. Lesu tiada sambutan dari pihak seberang sana. Hmm.. Mujurlah masuk di Sarawak kena pakai pasport, kalau tak, tak tahulah aku dapat ke tak kau masuk keSarawaklah ye

    BalasPadam

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...