Cari Blog Ini

Rabu, 13 April 2011

Sambungan jawapan pencemaran nama aku


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Alhamdulillah…setelah beberapa ketika, aku Berjaya meluahkan apa yang terbuku di hati aku selama ini. Syukurlah, ianya tiada caci mencaci, sumpah seranah, hanya jawapan yang sebenar. Jangan hanya tahu akan kesalahan orang jika kita tidak pernah mencerminkan diri sendiri. Isu itu belum selesai dengan hanya meminta maaf. Kalau dah minta maaf pun macam tak IKHLAS dengan perkataan ‘mu’ itu, tidak mencerminkan anda seorang lelaki yang bergelar pendekar.

Jangan hanya pandai bermadah bicara, hakikatnya bodoh lagi tak berbudi bahasa. Lihatlah diri kita sendiri di dalam diri insan lain. Mulakan dakwah itu, dari diri kita sendiri. Bagaimana mendakwah diri sendiri? Dengan perilaku yang baik, pakaian yang sopan, budi pekerti yang tinggi dan hidup berlandaskan al-quran boleh menarik minat orang untuk mengetahui disebalik dakwah diri sendiri. Jangan hanya boleh melihat semut diseberang sungai, tapi gajah di depan mata langsung tak nampak. Belum mencapai taraf guru sekolah pun, dah berlagak macam dah jadi pensyarah universiti. Teguran itu, untuk aku sendiri dan untuk sesiapa yang membaca post ini. Bukan geram, tapi terluka. Bagaikan meletakkan garam diluka yang parah. Meletakkan garam pada luka sudah semestinya pedih, dalam masa yang sama ianya menyembuhkan luka batin yang lain tanpa disedari. Keyakinan aku bertambah, dan aku semakin hampir di depan pintu.

Aku tak benci kerana sikap itu akan ada pada setiap yang kurang faham makna perjuangan. Yalah, buka-buka mata, silat gayong dah sentiasa ada di tempat masing-masing. Aku pula sebagai anak Sarawak, buka-buka mata, kena cari dulu Gayong. Lepas itu, kena bina dari cebisan tanah. Kena tuduh penderhaka, pengkhianat, dan paling hina diludah bagaikan anjing. Tapi, kesabaran tetap ada demi silat ini kerana bukan kata-kata orang itu yang membangunkan gayong. Tapi, semangat yang waja dan utuh serta YAKIN akan membina sebuah empayar. Memang semua itu adalah takdir Allah. Tapi, barang di ingat, takdir boleh diubah dengan sebuah DOA selagi mana ianya tiada kaitan dengan jodoh, dan mati. Nah, kalau bukan aku yang buka gelanggang di UNIMAS, adakah insan lain yang sanggup buka gelanggang di sana? Ya, kalau bukan aku dipilih Allah, adakah anda sanggup menanggung semua bebanan cemuhan dan ugutan dari sesetengahan pihak? Sama sekali tidak. Aku menerima berbakul ugutan bunuh, ada pernah aku laporkan kepada pihak Polis? Tidak sama sekali. Kerana aku YAKIN, Allah akan membantu aku dalam segala hal-hal kebaikkan. Dan andainya aku mati sekalipun, aku tetap mati dalam memperjuangkan kebenaran.  Sebab itu, anda perlu menghayati konsep huruf “GA” “ALIF” ‘YA’” “WAU” dan “NGA”. Genggam, Angkat, Yakin, Waras, dan Ngeri.

Anda hanya membaca tanpa memahami. Aku makan garam terlebih dahulu. Aku hormati guru-guru aku, seperti Cikgu Mufti Ansari, Cikgu Kassim Samat, Cikgu Izhar Abbas , Dato’ Ismail Jantan dan nama-nama lain yang tidak mampu aku sebut kerana terlalu ramai. Bahkan aku mencintai guru aku melebihi nyawa yang dikandung dibadan. Demi Allah, cintaku pada guru, dibandingkan dengan cinta anda dengan guru anda memang jauh berbeza. Aku menjunjung ilmu guruku. Dan ada juga guruku yang mengecop aku sebagai pengkhianat sekalipun, aku tetap datang mencium tangan memohon restu dan ampun jika aku bersalah pada mereka secara bersemuka. Aku masih ingat secara jelas, bagaimana aku memohon maaf dengan Cikgu Kassim Samat di atas segala ketelanjuran itu, beliau mengatakan, “ saya sentiasa maafkan murid-murid saya dan hal di antara kamu dan “guru besar”, itu hal kamu berdua. Selesaikan secara berhemah.”  Seorang guru yang sungguh bersahaja dalam segala hal dan kami menyayanginya dan tidak pernah bermusuh-musuhan. Hanya ada individu cemburu dan memburukkan lagi suasana. Sungguh sakit hati, bila ada saja yang mengadu domba mengatakan pelbagai pekara yang tidak senonoh sehingga merenggangkan hubungan aku dan Cikgu Kassim.

Aku pernah bertengkar dengan guru besar dalam telefon kerana guru besar dengan sewenang-wenangnya menuduh aku mengajar anak murid untuk menipu. Itu satu penghinaan yang paling sadis sekali yang pernah aku terima sebagai TUAN RUMAH. Baiklah. Ini cerita sebenarnya. Aku pernah mengajar yang terlalu jauh dari Kuching. Sekolah aku dahulu. Pernah aku postkan semua pasal sekolah aku di post yang lepas-lepas. Dan ketahuilah, jarak antara rumah aku di Kuching dengan sekolah mengambil masa sehingga 2 hari 1 malam untuk sampai. Oleh kerana itu, bila berkesempatan untuk balik, aku akan berehat secukup-cukupnya kerana menyimpan tenaga untuk balik ke sekolah. Jadi, aku akan ‘simpan’ ke tepi urusan silat kerana aku balik bukan untuk SILAT, tapi balik untuk IBUNDA dan AYAHANDA. Itu tujuan kepulangan aku. Tapi, niat aku disalah ertikan oleh sesetengah individu dengan mengata tidak mahu berbohong kepada guru besar. Sedangkan, aku hanya berpesan, jika guru besar bertanya, tolong bagitahu aku tak ada di rumah. Maksud aku adalah, aku tak ada di rumah untuk urusan silat. Akhirnya, aku dapat mesej dari telefon bimbit dari guru besar mengata pelbagai hal keburukkan aku. Aku memang cukup marah bila privasi aku diganggu dan aku terus menelefon guru besar dan amu bertengkar dengannya dalam telefon. Sebelum ini, apa saja projek aku di Kuching, walaupun aku yang mengusahakannya, tapi si guru besar yang asyik yang dapat nama. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali.

Tertekan dengan situasi yang terjadi, aku terus mengeluarkan mesej yang jelas kepada guru besar. “Ingat, ini rumah kami dan kami sambut tetamu dengan baik, jangan tetamu kurang ajar, nanti kena halau.”  Mungkin anak murid aku terdengar perbualan itu dan mula mengesyaki sesuatu. Terus sahaja mereka menangkap perbualan aku dan terus tahu siapa yang ditelefon aku. Dengan tak semena-menanya, terus sekumpulan anak murid aku yang setia mengasah parang dan samurai untuk turun ke sana beramai-ramai. Aku melarang kerana guru besar tetap guru aku. Derhaka mulut hati binasa, derhaka tangan, tulah yang datang. Sejak dari hari itu, aku hanya menganggap guru besar hanya sebagai orang lama gayong dan hanyalah orang yang lebih tua sahaja. Sampailah berita yang tak elok yang disampaikan oleh Puan Mariam, isteri Dato’ Ismail Jantan ke telinga aku dan isteri di AGM Kebangsaan 2008. Nah..aku dah bawakan Dato’ Ismail kepada kamu menjelaskan pekara sebenar dan itu pun kau ragui bukti-bukti yang telah aku berikan. Tak apa-apa bagi aku. Kerana, semuanya sekecil semut dan dibawah tapak kaki aku sekalipun, aku tetap aku. =)


Kalau di Sarawak, marah seorang AJK, beerti memarahi semua AJK.. kami di sini mengamalkan politik kekeluargaan. Cubit paha kanan, paha kiri akan terasa.. Jangan terasa hati. Semoga Keinsafan menelusuri diri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...