Cari Blog Ini

Khamis, 14 April 2011

PENDEKAR TARAF SEKOLAH RENDAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Semua pembaca yang budiman. Aku mohon jika mengunjungi blog aku, mohon untuk tinggalkan komen sebagai mesej yang mengatakan anda telah membaca post aku. Ini adalah untuk mengelakkan pekara yang tidak diingini berlaku seperti kegiatan mencuri idea @ memplagiat idea penulisan yang kurang kreatif ini.

~Blog ini sama sekali tidak mempromosikan sebarang penjualan sebarang barangan @ material atau idea penulisan dan sebagainya. Ianya merupa catatan perjalanan seorang guru biasa, yang mengajar di sekolah pedalaman Sarawak dan juga sebagai medium penghantar di antara aku dan juga pembaca yang gemarkan penulisan berilmiah. Ianya juga, catatan seorang PENDEKAR SEKOLAH RENDAH GRED DG 41, yang sudah 27 tahun menelusuri hidup. 10 tahn sebagai jurulatih Silat, 4 tahun sebagai seorang guru sekolah yang bertauliah. Berkecimpung dalam silat lebih kurang 19 tahun, 3 tahun sebagai AJK Kebangsaan, 7 tahun sebagai Setiausaha PSSGM Negeri Sarawak.

~Aku juga baru sahaja mempunyai 5 gelanggang dan semua gelanggang tersebut aku dah serahkan kepada semua jurulatih-jurulatih muda dengan harapan, lebih banyak pelapis akan dikeluarkan. Aku lebih menumpukan pentadbiran di pejabat negeri dan berharap akan terus bergayong selagi aku diperlukan.

~Aku seorang muslim yang sederhana dalam pegangan agama. Yang menunaikan solat sebagai keperluan bukannya kewajiban semata-mata. Aku makan dari rezeki yang halal yang aku perolehi dari usaha lidah dan hati yang cekal mengharapkan keredhaan Allah. Dan aku juga manusia yang diciptakan Allah, yang penuh dengan kelemahan dan aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan tuhan.

~Aku tidak pernah belajar sehingga peringkat menjadi wali. Aku juga tidak mengenali ilmu-ilmu tasawuf seperti pendekar-pendekar yang lain-lainnya. Aku hanya bertawakal dan berdoa dan bertanya kepada ustaz-ustaz yang lebih arif dalam bidang agama berbanding dengan mursyid-mursyid yang belajar dari alam ghaib. Kebanyakkan guru-guru agama aku adalah lepasan Al-Azhar, Madinah, Mekah dan aku meyakini mereka selagi tidak terpesong dari landasan-landasan kebenaran. Bagaimana membezakannya? Dengan bertanya jika tidak tahu. Dan bertanya bukan seorang, tetapi lebih. Aku meyakini asma Allah dalam segala hal. Aku meyakini mati dan perlunya aku mati biar apa cara sekalipun. Dari segi agama, aku seumpama mikroorganisma di depan Allah.

~Kenapa aku mengambil tindakan mendiamkan diri sebelum ini? Sebab aku meyakini TULAH seorang guru akan kembali kepada anak murid. Dan TULAH itu akan makan diri lagi. TULAH – Balasan Allah akan menimpa kepada mereka yang derhaka. Itulah kelebihan pada setiap guru. Aku telah melihat ramai mereka yang pernah bergelar anak murid kepada aku, mengalami TULAH yang berpanjangan sehingga sekarang.

~Dan yang paling menghairankan adalah, APA KESALAHAN AKU SEHINGGA AKU PERLU MEMINTA MAAF SEDANGKAN AKU SENDIRI TIDAK PERNAH MEMBALAS CACI MAKI ORANG DI MANA-MANA SAHAJA. HARAP MAKLUM

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...