Assalamuaalikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah izin kurniaNya yang Maha Esa, aku berkesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman yang aku timba sepanjang kehidupan ini. Tidak berkesempatan untuk menulis beberapa ketika kerana kesibukan kerja yang berpanjangan. Dengan tarikh untuk menyiapkan kerja terlalu dekat. Sekarang menanti data saringan 6 & 3 untuk LINUS. Dan juga dalam proses menyiapkan laman sesawang untuk Pejabat Pelajaran. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dan semuanya dipermudahkan Allah. Rahsia aku? Yakin dengan Allah sebagai pembantu/pengurus/ segala-galanya dalam kehidupan. Maka segalanya akan dipermudahkan. Guru aku mengajar, ucaplah doa "Allahumma yassir, wala tu a'sir" setiap kali ingin melakukan kerja. Dan semestinya, niatnya ikhlas kerana Allah jua dan bukan mengharap pujian manusia semata-mata.
~14 November 2011, keputusan eG-tukar diumumkan. Dan kebanyakan yang tidak berjaya untuk memperolehi keputusan yang diinginkan. Ada yang sampai mengamuk, tapi yang peliknya mengamuk di dalam group "Facebook". Tidak melalui saluran yang betul. Kategori manusia ini diibaratkan manusia yang inginkan sesuatu di dalam kehidupannya, dan keinginannya perlu di langsai terus-terus di hadapannya. Manusia seperti ini seolah manusia yang hanya berdoa dan berharap bukannya BERUSAHA, BERDOA dan BERHARAP. Setakat mengusahakan di dalam kumpulan yang belum semestinya dibawa kehadapan. Marilah kita berjumpa dengan pihak sepatutnya dan selesaikan dengan cara yang betul. Bukan hendak melepaskan amarah ditempat yang tidak ada keutamaan.
~Tidak bersama dengan keluarga sama ada isteri/suami, anak-anak dan ibu bapa tidak membolehkan kita untuk menentang kehendak umara'. Dari sudut perundangan, kita terikat dengan perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sahaja. Di dalam kita menandatangi surat perjanjian kerja dahulu, kita tidak diberitahu selama mana khidmat kita akan diperlukan di sesuatu tempat. Setahun ka, dua ka. 20 tahun sekalipun, tetap dikira perkhidmatan yang diperlukan. Selama itulah kita perlu berkhidmat dengan rela hati kerana kita terikat dengan kontrak di antara kita dan kerajaan. Kalau rasa tidak mampu, silalah letak jawatan kerana itulah jalan terbaik untuk menamatkan perjanjian dengan kerajaan.
~Bukan isu yang besar, tapi itulah manusia. Benda yang kecil, masih hendak diperbesarkan dengan alasan amarah yang tidak tentu pasal. Sudah semestinya, keperluan keluarga diutamakan. Kehendak naluri dipuaskan. Tetapi kita asyik mendesak untuk memohon keluar dari stesen sekarang tanpa keperluan yang sepatutnya, maka niat kita sudah menyimpang dari tujuan asal kita untuk mendidik anak bangsa. Keperluan untuk berpindah, sebagai contohnya, 2 kali keguguran anak dalam kandungan, penyakit leukimia, kanser, isteri/suami sakit yang disahkan oleh PAKAR dari HOSPITAL KERAJAAN, dan lain-lainya, itulah yang membolehkan kita berpindah dari stesen sekarang. Memang sukar mengenangkan kehidupan di dalam pedalaman, tapi kita hendaklah memperjuangkan hak murid-murid bukannya hak kita semata-mata.
~Dalam semua penerangan di atas, kembalilah pada hakikat bahawa rezeki kita belum tiba pada masanya. Ingatlah, pindah atau tidak, itu hak Allah. Allah yang menentukan sama ada kita berHAK atau Tidak BERHAK. Pindah dan bersama isteri itu adalah rezeki dari Allah. Berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, nescaya dapatlah kita hak yang kita ingini. Siapa yang ingin kita marahi? PPD,? JPN? Sedangkan yang menentukan adalah Allah jua. Jangan dipersoalkan kenapa dan mengapa Allah melakukan kita seperti ini, tapi persoalkan adalah cukup amalan kita untuk dipersembahkan kepada Allah?
~Hidup di luar sana memang memeritkan. Dengan perjalanannya yang sukar, perhubungan yang sukar. Tapi, sedarilah, bahawa ALLAH sedang menguji kita guru-guru sekalian. Bacalah pada post yang sebelumnya dalam blog ini. Saya pernah mengalami kesukaran yang berpanjangan. Dengan ibunda yang lumpuh sebelah badan, dengan ayah yang sakit jantung. Dengan keluarga kehilangan anak saudara (3 hari baru saya tahu bahwa anak saudara saya sudah menemui ALLAH) dengan ibunda saya dan ayahanda saya keseorangan dirumah. Ditumpahi minyak yang hangat ketika memasak. Risau tidak risau saya cikgu-cikgu sekalian. Isteri saya keguguran 2 kali. Dan macam-macamlah. Saya dan isteri hanya mampu bersabar dan hanya mampu BERUSAHA dan memohon DOA kepada Allah agar dikurniakan zuriat. Selepas 1 tahun menunggu, barulah dikurniakan zuriat. Bukan cikgu-cikgu sahaja yang menghadapi masalah seperti yang cikgu-cikgu hadapi. Pejabat Pelajaran yang saya sedang bekerja ini, bukanlkah home town saya. Ibu dan bapa masih berkeseorangan di rumah. Saya ada 5 orang adik beradik. Dan semuanya tidak menetap di Kuching. Nah, bagaimana perasaan anda di tempat saya? Sama sahaja.
~Bukan mudah mengucapkan SABAR, tapi dalam kesabaran terselindung HIKMAH yang tidak kita terduga. Siapa kita untuk mengungkapkan kemarahan? Ke mana marah kita hendak ungkapkan? Kepada manusia? Siapa yang menciptakan manusia? Allah jua. Ke mana lagi hendak melepaskan marah? Kepada Allah? Astaghfirullah. Sedarilah, tanpa Allah, siapalah kau dan aku?
~Saya menyeru kepada semua yang tidak berjaya dengan perpindahan Januari 2012, usahakan dengan rayuan di saluran sepatutnya. Selepas rayuan, berdoalah. Pintalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan rayuan. Allah pasti menunaikan janjiNya kerana Allah teguh pada JANJI-JANJINYA.
p/s: teringat betapa sedihnya kehilangan anak saudara tersebut kerana beliau adalah anak angkat aku dan isteri. ~AL - FATIHAH ~ NUR NADHIRAH IZZATIE BINTI MUHD JUAHIR~
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan