Cari Blog Ini
Selasa, 14 Ogos 2012
Lambaian Haji buat BONDA DAN AYAHANDA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah..
~Kehidupan cikgu baru pada permulaanya, sekarang menjadi catatan seorang guru biasa.. Namun, bekerja di Pejabat menukarkan sedikit status aku sebagai guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41. baru DG 41 kawan. Sama sahaja taraf perkhidmatan kita. Bezanya, cuma senioriti sahaja. Al maklumlah, dunia perguruan semakin mudah untuk naik pangkat. Cukup 8 tahun, bolehlah naik ke DG 44 (KUP). tapi, kalau setakat kerja selekeh, tak perlulah nak pakai semua itu. Kalau sekadar kerja nak cari popular, tak payahlah nak terhegeh-hegeh. Bak kata orang-orang tua, "berhati-hati menongkat ke langit dengan cara tak sempurna. Bimbang nanti bila dah ke atas, langsung tak tahu apa-apa dan akan diperbodohkan. So, belajarlah dari bawah. Sekencang-kencang larian Usain Bolt, perlu juga dia mulakan dari meniarap!!
~Syukurlah ke hadrat Allah di atas berita yang menggembirkan hatiku. Alhamdulillah.. syukur..syukur.. Ibu dan bapa aku akan menunaikan haji pada tahun ini dengan izin Nya.. alhamdulillah.. berita ini banyak meruntun jiwa yang kekosongan. Syukur sekali yang tidak terhingga kerana keduanya telah diberi peluang setelah memohon, meminta sehingga merayu berjumpa dengan YB (itu pun tak dilayan sebab bukan kroni YB pun) untuk dicalonkan. Rupa-rupanya, Allah dah sediakan yang lain untuk mereka. Syukurlah jika diberi kesempatan.
~Berbicara dengan Ketua Unit Organisasi PPD Baram, En. Wan Omar berkaitan dengan menunaikan haji. Semakinlah hati aku syahdu bila mengingatkan bahawa kedua ibu bapa aku akan pergi tanpa anak-anaknya disisi. Ya Allah.. bicara tentang cinta dipangkuan illahi.. Ku mendoakan kedua-duanya pergi dan kembali dengan selamatnya dan sihat walafiat. Jika diberi kesempatan, sembuhkan jualah penyakit yang dihidapi oleh ibuku sekian lamanya. (7 tahun ibuku menderita disebabkan strok).
~Terima kasih juga diucapkan kepada Bro Feriz Omar di atas bantuannya membantu kedua ibu bapaku untuk berjaya dalam permohonan mereka. Semoga Allah memudahkan segala perjalanannya di dunia akhirat. tagline bro Feriz, "kita jumpa di mahsyar"
~Lambaian haji... kalau diikutkan aku dan isteri akan menunaikan haji pada tahun 2042. ya Allah..lama lagilah.. hampir berpencen baru dapat menunaikan haji. Hmm...
~Masa untuk melempiaskan rindu ...
~Andainya cikgu boleh berusaha untuk mendapat haji yang mabrur, ditambahkan lagi ilmu yang sentiasa diamalkan oleh murid-murid kita, ada chance tak masuk syurga? Jawapannya, belum tentu: Sebab syurga dan neraka adalah milik Allah.. keredhaan Allah juga yang akan menentukan ke mana arah kita selepas alam dunia yang tidak kekal ini.
~Kehidupan cikgu baru pada permulaanya, sekarang menjadi catatan seorang guru biasa.. Namun, bekerja di Pejabat menukarkan sedikit status aku sebagai guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41. baru DG 41 kawan. Sama sahaja taraf perkhidmatan kita. Bezanya, cuma senioriti sahaja. Al maklumlah, dunia perguruan semakin mudah untuk naik pangkat. Cukup 8 tahun, bolehlah naik ke DG 44 (KUP). tapi, kalau setakat kerja selekeh, tak perlulah nak pakai semua itu. Kalau sekadar kerja nak cari popular, tak payahlah nak terhegeh-hegeh. Bak kata orang-orang tua, "berhati-hati menongkat ke langit dengan cara tak sempurna. Bimbang nanti bila dah ke atas, langsung tak tahu apa-apa dan akan diperbodohkan. So, belajarlah dari bawah. Sekencang-kencang larian Usain Bolt, perlu juga dia mulakan dari meniarap!!
~Syukurlah ke hadrat Allah di atas berita yang menggembirkan hatiku. Alhamdulillah.. syukur..syukur.. Ibu dan bapa aku akan menunaikan haji pada tahun ini dengan izin Nya.. alhamdulillah.. berita ini banyak meruntun jiwa yang kekosongan. Syukur sekali yang tidak terhingga kerana keduanya telah diberi peluang setelah memohon, meminta sehingga merayu berjumpa dengan YB (
~Berbicara dengan Ketua Unit Organisasi PPD Baram, En. Wan Omar berkaitan dengan menunaikan haji. Semakinlah hati aku syahdu bila mengingatkan bahawa kedua ibu bapa aku akan pergi tanpa anak-anaknya disisi. Ya Allah.. bicara tentang cinta dipangkuan illahi.. Ku mendoakan kedua-duanya pergi dan kembali dengan selamatnya dan sihat walafiat. Jika diberi kesempatan, sembuhkan jualah penyakit yang dihidapi oleh ibuku sekian lamanya. (7 tahun ibuku menderita disebabkan strok).
~Terima kasih juga diucapkan kepada Bro Feriz Omar di atas bantuannya membantu kedua ibu bapaku untuk berjaya dalam permohonan mereka. Semoga Allah memudahkan segala perjalanannya di dunia akhirat. tagline bro Feriz, "kita jumpa di mahsyar"
~Lambaian haji... kalau diikutkan aku dan isteri akan menunaikan haji pada tahun 2042. ya Allah..lama lagilah.. hampir berpencen baru dapat menunaikan haji. Hmm...
~Masa untuk melempiaskan rindu ...
~Andainya cikgu boleh berusaha untuk mendapat haji yang mabrur, ditambahkan lagi ilmu yang sentiasa diamalkan oleh murid-murid kita, ada chance tak masuk syurga? Jawapannya, belum tentu: Sebab syurga dan neraka adalah milik Allah.. keredhaan Allah juga yang akan menentukan ke mana arah kita selepas alam dunia yang tidak kekal ini.
Isnin, 13 Ogos 2012
Maka menangislah sekaliannya..termasuk luluhnya hati ini..
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers.. Salam ramadhan al-mubarak.. Salam untuk semua yang menginginkan kesejahteraan dan keampunan daripada Allah s.w.t. Maka kejarilah 1 dalam sepuluh. Kejarlah Lailatulqadar dalam 10 malam terakhir..
~Malam ini adalah malam ke 25 ramadhan.. ku bakal merindui Ramadhan yang amat aku tunggu-tunggu pada tahun ini. Setelah sekian lama, baru bertemu dengan 'kerahmatan'. Malam ini, bakal menjadi titik permulaan 'kesedihan' kepada semua insan yang memeluk Ramadhan.. Maka beralunlah 'al-wida.. al - wida yang shara Ramadhan.." . ~Selamat tinggal.. selamat tinggal ramadhan...~ Maka luluhlah hati yang meruntun mengharapkan keredhaan Allah.. Bulan ini sudah semakin menghampiri ke pelabuhan.. Ya Allah, sesungguhnya Ramadhan ini mendidik aku mengawal nafsuku termasuk semua kesumat yang dipendam. Allahu rabbi..
~5 malam terakhir, sudah dimulai dengan beberapa permandangan yang indah pada sebelah siang harinya. Langit cerah, namun bahangnya tidak terasa. Hujan pada kadang kalanya, menandakan kesedihan alam untuk berpisah dengan Ramadhan. Ya Allah, hebatnya setiap yang diciptakan turut menangisi kepulangan Ramadhan dibawah dakapan Rabbul Izzah.. Ya Rahman..
~Rebutlah selagi nafas dihalkum.. rebutlah selagi diberi peluang..
~Masihkah ada raya untuk kita?? Jangan mudah meletakan 'kegembiraan' tanpa mendahulukan kesedihan.. Hari raya hanya untuk yang memperoleh kemenangan dari Allah jua.. Menangkah kita?

Langgan:
Catatan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...