~3 minggu blog tak update.. Sebabnya: 3 minggu berturut-turut, minggu-minggu aku ada program.
~Minggu pertama sibuk dengan HARI RAYA AIDILFITRI.. perjalanan jauh dari Miri - Kuching yang sangat memenatkan.
~Minggu kedua, minggu selepas raya, sibuk dengan kerja yang bertimbun selepas raya.. Selepas itu, Pemantauan Guru Baharu di SMK Tutoh Apoh, Long Panai Baram.. Bersama 2 ketua sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, iaitu, En. Bedue Une (Ketua Setor Pengurusan Akademik) dan Pn. Hajjah Fatimah (Sektor Pendidikan Khas).
~Minggu ketiga diselangi oleh beberapa kursus dan taklimat. Dimulai dengan taklimat Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTP) Kota Samarahan. Then disusuli dengan mesyuarat transformasi tingkatan 6 bersama Dr. Latip dari unit EPRD KPM di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftaran Negara. Petangnya pula, Mesyuarat Pelaporan Program Outreach Linus 2012.
~Ini adalah masa luang yang sangat aku tunggu supaya boleh berehat seketika..
~Minggu depan, bermula lagi episod mencari rezeki.. 2 pekara yang perlu aku lakukan iaitu : Bengkel Trainers of Teachers (TOT) di Harbour View Kuching, then ke USM Penang untuk pendaftaran dan taklimat Program Intervensi Tambahan Opsyen (PITO) .
~Jelas sekali, kerja di pejabat ka, ataupun kerja di sekolah, ataupun di mana-mana jua, semuanya memenatkan dan sangat meletihkan minda. Ada senang ka jadi seorang guru?
~Bila mana kita menjadi seorang Polis, rungutannya berkisarkan dengan rutin harian polis, menjadi seorang doktor, ruitn hariannya rutin seorang doktor, bila mana menjadi seorang posmen, rutinnya posmen dan sebagainya. Itu namanya rezeki masing-masing.
~Dalam kesibukan menjalani rutin harian, adalah timbul isu blog menghina pekerjaan guru. Guru-guru ini dikatakan bergaji besar tapi kerjanya hampeh.
~Fikirkan sejenak, ambil dari sudut positifnya. Jangan mudah melenting walaupun pekara itu bagaikan tidak benar. Tanpa disedari, mata sentiasa memandang kepada tingkah laku seorang guru. Moralnya, maruah profession keguruan terletak di tangan siapa kalau bukan kita sebagai salah seorang yang menjawat jawatan ini.
~Guru-guru senior sudah terbiasa dah dengan segala jenis kutukan. Biarkan. Kalau itu yang boleh membuat mereka merasakan profesion keguruan itu senang, biarkan. Dan hendaknya, seorang
~Bagi akulah, cukuplah kita dengan kerja kita, pejawat am lain dengan kerjanya. Tak perlu sibuk dengan kerja orang lain. Perbaiki dulu diri. Kalau ia pun nak kutuk 'seseorang' tu, kutuklah secara peribadi sahaja seperti chat online. Ini, semua guru terbias dengan kutukan yang tidak bersebab. Aduai.. profession guru jugalah yang paling banyak dikutuk dan disaman.
~Disempena hari raya , (21 Syawal arini), aku menyusun 10 jari memohon ampun maaf dari ketulusan hati kepada semua yang pernah mengenali, disakiti dan menyakiti, tersalah tutur bahasa, terlajak perbuatan, terkasar bahasa, terambil dan termakan, harap dihalalkan semuanya.
~Berakhirnya ramadhan, syawal pula tiba. Masih juga ada yang tak terkesan, dengan latihan ramadhan.... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN