Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru-guru bloggers sekalian. Allah tidak sama sekali akan menurunkan ujian kepada hambaNya sesuai dengan kekuatan imannya.. Apa khabar iman hari ini?
Adakah iman kita masih ditakuk yang sama atau telah meningkat bukannya menurun seperti semalam? Allahu Allah.. Apa khabar anak didik kita pada hari ini? adakah sudah ada kemajuan di dalam pelajarannya? Atau kita masih membiarnya terkapai-kapai mengenal ilmu? Adakah kita sudah melaksanakan tugas kita mendidik mereka? Dan ingatlah, Allah sentiasa melihat dan mendengar.. Setiap minit dan saat yang diperuntukan di dalam emolumen juga juga berkaitan dengan tindakan kita sekarang.
~Semalam, kepala dihurung dengan kepeningan yang tidak terhingga. Dari saat bangun tidur, sehingga tidur lagi pada malamnya. Bacaan yaasin hanya dapat dilakukan pada pagi tadi. Peningnya, sehingga banyak kerja tertangguh. Namun, aku gagahi jua untuk bersedekah, yakni bersedekah senyuman. Meringankan beban tanggungjwab orang lain juga bersedekah. Mengajar ilmu pun diiktiraf sebagai sedekah. Orang yang paling kaya, adalah orang paling banyak bersedekah. Biarpun sakit, gagahi diri untuk terus bermujahadah, membantu mengekalkan istiqamah. Bukan mudah untuk beristiqamah.. Ianya memerlukan pengorbanan nafsu-nafsi yang begitu banyak. Musuh yang dihadapi merupakan diri sendiri (nafsu). Bantuan nafsu, syaitan yang direjam Allah,. Musuh yang tidak nyata, namun pengalaman begitu tinggi dalam memujuk manusia untuk tenggelam dalam nikmat dunia. Saat di dalam kesakitan begitulah, dosa kita terampun jika kita bersabar dengan dugaan Allah... sakit merupakan maghfirah, keampunan Allah. Sebagai pelebur dosa yang bertimbun bagaikan gunung. Aduh..
~Beratnya menanggung kesakitan, namun, alhamdulillah.. semuanya dah diatur Allah jua. Bangun pada hari ini, kesakitan yang dirasai berkurangan. Mungkin disebabkan tekanan kerja. Namun Allah sentiasa ada bagi aku. Biar dihimpit tekanan, bagiku, semuanya bakal hilang. Sebab Allah menjanjikan ketenangan disebalik mujahadah.
~Pagi ini, tugas aku adalah untuk menggantikan Tuan PPD ke majlis di sebuah sekolah jenis kebangsaan. Alhamdulillah, kehadiran aku amatlah dialukan. Cuma, puan Guru Besar terkejut, kerana aku hanya dijangka datang pada 8.30 pagi, namun, aku hadir 20 minit lebih awal. Mungkin terbiasa dengan hadir lebih awal dari waktu jangkaan. Namun, semangat untuk kembali ke sekolah untuk mengajar kembali berkocak melihat telatah anak-anak. Huhu.. apa yang penting, tugas sekarang, bukannya pada masa dahulu.
~Abang Hamzah menelefon tadi, memberitahu, dia bermimpi akan kehilangan/kematian aku.... Allahu Allah... Jawapan aku hanyalah, "Andainya itu benar, maka aku telah bersedia.."
~Mati itu pasti, cuma tidak diketahui bila tiba masanya.. Andainya itu adalah ketentuan, biarlah aku mati sekita semangat jihad tengah memuncak. Supaya, kematian aku tidak melesukan kelestarian hati dalam Islam. Sesungguhnya, agama Allah ini adalah benar.. tiada dusta di dalamnya. Yang mendustakan ajaran Allah, adalah mereka yang tidak ahu berfikir. Malah sombong dengan ajakannya. Allahu Allah..
Cari Blog Ini
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...