Cari Blog Ini

Ahad, 25 November 2012

Lu LanGSi Lu Mati- aPa Nak JaDi ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



~adakalanya kita menyangka kita telah beriman, tetapi pda hakikatnya kita telah lari jauh dari landasan agama Allah.. Kerana, iblis telah berjanji untuk menyesatkan kita sejak dari moyang manusia lagi, yakni Nabi Adam a.s untuk membawa umat manusia ke dalam api neraka. Lantas itu, sentiasa bermohon agar hati kita tidak terpesong sedikit pun dari agama Allah yang benar. Andai sudah tersesat jalan, kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar-benar pengembalian. Jangan diulangi kesilapan lalu jika anda berniat untuk bertaubat. Sedangkan manusia yang dekat dengan Allah adalah orang yang sentiasa memperbaiki hubungannya dengan Allah dan juga sentiasa meletakkan Rasulullah sebagai idola agung.

~Salam kepada dunia, permulaan dalam kehidupan kita kadang-kala tidak sebaiknya tetapi kalau diusahakan untuk yang terbaik, maka penyudah bagi kehidupan kita adalah baik juga, Ikhlaskan hati jika berniat untuk melakukan kebaikan. Jangan mudah berpaling dari kebenaran dan berkatalah benar walaupun kebenaran itu menyakitkan. tidak beerti, kita perlu menyakitkan hati sesama manusia semata-mata hendak mengatakan kebenaran. Biarlah berhemah dalam menegur bukannya bertindak sesuka hati tanpa meletakkan faedah dari nasihat yang kita berikan.


"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"

(Hadis Riwayat al-Bukhari)



~Ada manusia, menyangka dirinyalah yang terbaik dalam segala hal-hal dengan Allah. Sehingga meletakkan, "Allah melihat apa yang aku kerjakan". Sedangkan yang dikerjakan sebaliknya tidak menepati kehendak Allah. Jangan terlalu taksub dengan kebaikan diri, sebaliknya letakkan diri sebagai hamba Allah yang sentiasa tidak menepati janji, tetapi berusaha untuk memantapkan janji-janji kepada Allah. jangan terlalu mudah menyatakan kebaikan diri, jika kebaikan itu hanya sekelumit. Kadang-kadang, pandang diri dulu ke cermin, mengapa orang sering mengata itu ini berkenaan dengan diri.. Mungkin jua Allah menegur sikap kita yang terlalu suka untuk menyatakan diri terlalu baik.
Mulut boleh membinasakan kita.


~Dan sebaiknya, hindarkan mengungkit kesalahan orang lain atau kesilapan orang lain. Khilaf itu berlaku di mana jua. Aku sendiri sentiasa khilaf dalam ukhuwwah bersama sahabat-sahabat lain. Dan aku akui, aku terlalu lemah dalam ukhuwwah kepada Allah. Allahu allah.. Khilaf itu adalah sifat manusia biasa. maka terimalah kesalahan orang lain, dan maafkanlah jika ada kesalahan. Biarkan Allah menilai, bukannya kita yang memberi penilaian. Penilaian manusia hanya berdasarkan moral yang dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga. Tetapi penilaian moral dari Allah, diperinci dengan lebih teliti kerana di nilai malah dicatit sehingga pekara yang sekecil debu sekali manapun oleh malaikat yang setia, iaitu Atid dan Ratib. Nah.. masakan kita pula hendak menilai.. Bak kata abang Feriz Omar, "Kita tunggu di Padang Mahsyar"

~Mudahnya kita bila meletakkan keimanan kita untuk disiarkan di dalam laman Facebook. Ya,adakalanya kita tidak sedar, kita sengaja meletakkan diri kita untuk disimpatikan. Kadang-kadang kita postkan post berbunyi begini, " Aku dengan sukanya menerima kutukan orang yang merasakan dirinya lebih baik..bla..bla..bla." sedangkan, kalau difikirkan, adakah benar kutukan tersebut? Adakah ianya selari dengan tindakan sebenar kita? Cuba renungkan.. kita tidak sempurna. Apa yang kita nampak, tak semestinya indah.. Kadang-kadang, manusia jelek dengan kebaikan kita dan mengkategorikan sebagai "mengada-ngada". Hakikatnya, Rasulullah pernah bersabda, "Jika kamu bersedekat dengan tangan kanan, pastikan tangan kiri kamu tidak mengetahuinya". Maksudnya, jika kita berbuat kebaikkan, elakan dari pengetahuan orang walaupun dalam apa jua bentuk atau post dalam akaun SOSIAL sekali manapun. Tak penting, tiada kredit dari Allah jua untuk kita. Apa yang ada, cuma sedikit cemuhan orang yang rasakan awak ni gedik/ menyampah jak.. 


~Elakkan konterversi kerana dari konterversi boleh menjemput fitnah yang berpanjangan. Jadi , elakan meletakan diri anda difitnah kerana fitnah boleh menyebabkan diri rasa tertindas. Walhal, pekara itu, sendiri yang cari pasal. Bak kata filem, "lu langsi, lu mati".

~Sedikit tazkirah bagi yang mengkehendaki ilmu, bagi yang tidak suka, silalah ambil perhatian di sini, "blog in percuma sahaja, tidak perlu bayar, cuma ambil iktibar"

~Blog ini lebih bersifat peribadi, hanya berkaitan dengan luahan hati aku sebagai seorang GURU, sebagai seorang ANAK, sebagai seorang SUAMI, sebagai ABIE (Bapa), dan yang paling penting HAMBA ALLAH yang menumpang di dunia yang fana ini....

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...