Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bloggers yang dirahmati Allah s.w.t. Selawat dan salam kepada junjungan besar, baginda Rasulullah s.a.w dan para ahlu bait juga kepada sahabat-sahabat baginda.
~"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)
Sekadar peringatan kepada mereka yang mahukan peringatan. Ambillah peluang untuk berbakti kepada kedua-dua ibu dan bapa kita selagi masih berkesempatan untuk melakukan kebaktian kepada mereka. Gunakanlah kesempatan yang berbaki, untuk terus memberikan segala apa yang terbaik supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Kita juga bakal menginjak ke alam tua. Alam di mana, segala sudah tidak bermakna melainkan anak-anak yang soleh dan solehah juga. Di saat usia mereka menginjak hari tuanya, jiwa mereka akan lebih sensitif berbanding satu ketika dahulu. Berkongsilah rasa itu dengan mereka kerana mereka juga inginkan perhatian kita.
~Mengenang kepada ayahanda yang dicintai.. diiringi alunan lagu "Lafaz yang Tersimpan".. begitu sebak di hati. Membungkam segala rasa rindu. Melemahkan sedikit pemikiran moden. Melembutkan hati yang telah keras tanda disedari. Hingga terpalu iman kerana akal memikirkan kesakitan yang ayahanda lalui pada ketika ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang tidak kami ketahui. Kursus Pitos yang dihadiri yang pada mulanya ceria, semakin merundum pada akhirnya. Bila berita datang menyusul mengkhabarkan bahawa ayahanda telah mengidap sakit jantung tahap kedua. Saluran jantung tersumbat sehingga 49%. Perlukan pembedahan dengan kadar segera. Ayahanda seorang yang ceria bertukar kepada muram. Penyakitnya memberikan implikasi yang sungguh meruntun emosi aku sebagai anaknya. Allahu Allah..
~Sudah 4 tahun ayahanda mengidap sakit jantung ini. Namun, baru hari ini diketahui. Aku gagal dan lalai dalam melaksanakan tugasku sebagai anak. Mengapa lalai? 5 tahun bekerja, namun tidak pernah membawa ayahanda untuk mendapat rawatan di hospital pakar swasta dan bergantung harap kepada klinik sahaja. Mengapa aku tidak mengusahakan ini sejak dari awal ayahanda sakit dahulu? LALAI.. itulah kelalaian aku yang paling besar. Aku hanya pentingkan diri sendiri sedangkan kepentingan itu seharusnya diletakkan pada kedua-dua ibu dan bapaku. Aku hanya mementingkan benda material sedangkan keperluan tidak aku endah. Jahilnya aku bila berkaitan dengan kesihatan. Allahu Allah..
~Duit bukan menjadi satu alasan namun kesibukan kerja menjadi satu kegagalan. Aku mengakui, bekerja di pedalaman menjadi salah satu faktor kepada kegagalan aku. Namun, sebenanrnya faktor utama adalah diri aku sendiri yang lalai. Ayahanda sekarang mengalami gangguan emosi, namun disembunyikan kegusaran hatinya agar semua ahli keluarga tenang. Sekembalinya dari Tanah Suci Mekah membuka mata kepada aku untuk melebihkan fokus aku kepada keluarga lebih dari kerja dan diri sendiri. Allah menegur aku dalam kealpaan yang berterusan ini.
~Allah.. terasa lemah dikala ini tika hati sedang gusar dan gundah gulana memikirkan ayahanda...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan