Cari Blog Ini

Selasa, 18 Disember 2012

SEMANGAT YANG HILANG~~AZAM 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian,

~Allah mengurniakan rezeki bukan bentuk wang ringgit dan apa sahaja yang berkaitan dengan duit atau makanan, tapi Allah mengurniakan kesihatan juga merupakan rezeki dari Allah yang Maha Penyayang. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan, " ingat 5 pekara sebelum datang 5 pekara, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, masa muda sebelum tua, dan masa hidup sebelum mati"

~Mahu ditambahkan lagi bagi mengingatkan kepada yang terlupa senantiasa.. "Agak-agaklah dalam mengungkapkan kata-kata" Bercakap biar berwaspada oh. Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, siaplah nanti. Dan bagilah peringatan jika benar-benar mahu beriman kepada Allah. Jangan hanya pandai mengata, sedangkan diri LEBIH DARI SERUPA.

~Seperti biasa, ini hanya luahan hati juga. tiada kena mengena dengan barang sesiapa jua. Yang dekat mahupun di hutan belantara. Biarlah berbuat baik, tanpa berbuat angkara. Saidina Ali berpesan,

"Wahai anakku! Seorang yang berakal mestilah memerhatikan keadaan dirinya. Dia mestilah menjaga lidahnya dan mengenali ahli di zamannya. 

Wahai anakku! Kemiskinan ialah satu bala’. Yang lebih teruk ialah sakit badan. Lebih teruk lagi ialah penyakit hati. Antara nikmat ialah harta yang banyak. Yang lebih utama dari itu ialah sihat badan. Lebih utama lagi ialah hati yang bertaqwa.

Wahai anakku! Mukmin membahagikan masanya kepada 3 masa: Pertama masa dia munajat kepada Tuhannya. Kedua masa dia menilai (muhasabah) dirinya. Ketiga masa dia menikmati perkara yang diingini oleh dirinya dan kelazatannya dalam perkara yang halal dan dipuji.

Hendaklah Mukmin memerhatikan tiga perkara: Usaha untuk perbelanjaan hidup, langkah menuju Akhirat atau kelazatan dalam perkara yang tidak diharamkan."




~Harapan aku adalah untuk mengekalkan apa yang sedia ada sekarang dengan menambahkan lagi kebaikan dalam beragama. Tiada cita-cita yang lebih tinggi melainkan untuk menjadi hamba Allah yang soleh dalam segala hal. Yalah, nak jadi soleh pun susah. At least dapatlah kurangkan sedikit MENGUMPAT orang dan dapatlah sedikit mengurangkan SUUZON (BERBURUK SANGKA) sesama manusia dan meningkatkan HUSNUZON (BERBAIK SANGKA) dengan semua insan yang bergelar rakan-rakan. Insya Allah.. kalau orang bercita-cita dan berazam untuk keduniaan.. aku sendiri nak tingkatkan keimanan kepada Allah lebih baik berbanding untuk tahun 2012.

~Adus.. terasa diriku terlalu jauh dari komitmen kerja. Masih mengumpul kekuatan dan momentum setelah 7 minggu berkelana. Mencari ilmu untuk kegunaan masa hadapan jua. Insya Allah, ke meredah semula ke dalam hutan bandaraya Kuching pula!!

~Cita-cita dipasang untuk kembali mengajar pula. Hehe.. Dengan ilmu yang sarat di dada, hendak dilimpahkan kepada anak-anak bangsa. Namun, itu cuma cita-cita. Yang ada sekarang yang paling penting berbanding dengan masa hadapan. 

~And last but not least, "ATTENTION TO ALL BACK STABBERS" - Anda dan saya sendiri sedang diperhati oleh Allah melalui malaikatnya. Setiap apa yang terdetik dan tertulis, akan dicatat di dalam buku akaun peribadi. terima kasih.. salam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...