Cari Blog Ini

Rabu, 19 Disember 2012

Tak Tahu Malu Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang membaca blog ini.

~Tiada satu pun yang akan terlepas dari "catatan" Allah terhadap perjalanan hidup kita. Semuanya akan ditayangkan di "tayangan perdana" di YAUMUL MAHSYAR. Semua perilaku kita akn dipertontonkan kepada semua makhluk. Sama ada yang sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar gunung. Semuanya diperlihatkan untuk dipertontonkan aib-aib yang kita sering sembunyikan di dunia ini. Oleh itu, Allah berfirman, "Jika kau menutub aib orang di dunia, Allah akan tutup aib kau di akhirat kelak."

~Hidup terasa kosong jika tiada amalan yang hendak dibawa ke sana. Hati sentiasa muram kerana derita dosa yang bertimbun tak dicuci dengan limpahan nur iman. Dalam keadaan sedar tak sedar, banyak auta kita taburkan, banyak fitnah kita lemparkan dan banyaklah suuzon(bersangka buruk) kita percatatkan dalam hidup. Semuanya kerana merasakan hidup kita lebih dari orang lain. Lantas kita lemparkan segala bentuk caci makian kerana merasakan taraf kita lebih tinggi. Tapi, ingatlah, sesungguhnya, Allah sangat memakbulkan doa orang yang dizalimi. so, berhati-hati jika mengungkapkan kata-kata cacian dan umpatan. Kerana bisanya menusuk di jiwa, meruntuh gunung pahala!! Malah mendapat impalan yang setimpal jika didoakan keburukan.



~Tidakkah kita mempunyai perasaan malu jika aib kita diungkap? Bagaimana perasaan kita jika aib kita diucapkan dan dipertontonkan kepada semua manusia lain? Lainlah anda adalah pelakon pornografi yang tidak meletakkan malu sebagai benteng maruah. Andainya anda benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w, sudah pastinya akhlak baginda yang jadi taruhan dalam membina akhlak yang kita yang tidak seberapa mulia ini. Sudah pasti baginda menjadi role model untuk dijadikan sandaran perbuatan. Bukannya Maria Ozawa mahupun Barrack Obama. Sifat pemalu Rasulullah s.a.w mengalahkan sifat dara pingitan. Berikut adalah beberapa hadis baginda berkaitan dengan sifat pemalu.


"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)

"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim No.50)

~Maha Suci Allah, Allah Maha Besar.. tiada Tuhan Melainkan Allah, yang Menguasai Langit dan Bumi dan apa sahaja yang di antaranya. Semoga dengan sifat malu, kita akan menguatkan lagi keimanan kita kepada Allah. Biarlah meletakkan malu itu pada tempatnya. Jangan sampai melampau-lampau sehingga kita pula diperkotak katik. Nah, kan iman ada 70 cabang. Namakan satu ? Dua? cabangan tersebut? mampu? tak mampu, sila telaah lagi lah ya. Jangan main serkap jarang saja.

~Aku hanya seorang guru biasa.. Bukannya melepasi makam mursyid apatah lagi murabbi. Hanyalah guru biasa yang status HAMBA (taraf terendah dalam kasta manusia) kepada Allah. Aku hanyalah ABDULLAH (Hamba Allah) jua.. Tiada yang istemewa melainkan sekeping hati yang ingin mendamba cinta Allah jua. Maka, memberi peringatan kepada manusia lain dalam keadaan santai. Tapi, tak jua melupai diri. Kerana itu adalah cerminan diri....


~Mulailah dengan malu kepada Allah jika melakukan dosa dan maksiat.... Begitulah permulaan malu yang paling afdal. Ku mendoakan, bagi mereka yang ada rasa iri hati, riak, takabbur dan hasad dengki terutamanya benci kepada aku supaya diberikan kekuatan untuk bertaubat sebelum tiba hari penyesalan tidak diterima. (mati). Dan aku memaafkan segala dosa mereka dan aku juga memohon maaf ampun , jika ada tersilap kata dan perbuatan tanpa aku sedari. Tegurlah kerana teguran itu lebih baik dari mengata. TQ.. Wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...