Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang dirahmati Allah..
~Sengaja digugurkan perkataan "bloggers" kerana sebahagian daripada pembacaku terdiri daripada mereka yang melawati blog aku tanpa mempunyai perasaan untuk berblog. Apa-apapun, selamilah setiap patah perkataan yang keluar dari luahan rasa hati aku. Bukannya sekadar menilai aku tanpa memberi peluang kepadaku untuk membela diri.
~Aduhai.. minggu ini dan minggu lepas merupakan satu ujian daripada Allah terhadapku dan keluarga. Bagaimana jua hidup tanpa pedoman Allah. Bagaimana jua hidup tanpa Allah menjadi arah tujuan? Bagaimana hidup ini tidak memerlukan Allah dalam setiap langkah. Goyah keimanan ku rasakan. Kekuatan hanya terletak kepada iman yang begitu rapuh. Sehingga sukar untuk memberikan 'the best perfomance' untuk Allah pada minggu lepas. KPI kepada Allah memang jatuh merundum. Kalau diukur amalan, memang terlalu "payau" untuk ditelan. Aku melihat pada habblu minnas (hubungan sesama manusia) agak goyah. Tiada kemanisan dalam berkomunikasi. Sedangkan akhlak Rasulullah adalah disenangi bila ada kehadiran baginda. Oleh itu, perbaiki lagi hablu minnallah (hubungan kepada Allah). Semoga dengannya, kita akan kembali ke landasan yang benar.
~Tertekan dan stress, mungkin itu yang menjadi gangguan kepada kehidupan aku sebagai seorang guru. Aku bimbang, stress dan tekanan itu akan mengganggu peribadi aku. Dahlah peribadi ini tidak seunggul Rasulullah. Jauh, bagaikan langit dan bumi. Manakan mampu aku untuk berdiri disisi Rasulullah di akhirat kelak dengan peribadi seperti ini. Aku ingin mencintaimu ya Rasulullah. Aku tahu, aku patut mencintaimu.. tapi, aku ini hanyalah umatmu yang sering gagal dan lalai.
~Stress juga membuatkan aku tidak berapa selesa menjalankan ibadah harian. Ibadah tidak fokus. Malah, aku sering mengingatkan diri, "Ketahuilah dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" [Ar-Rad:2]. Ayat-ayat lain menyentuh perasaanku ialah , " Orang mukmin apabila disebut nama Allah gementar hati mereka [Al-Anfal:2]. Lantas aku memuji memuja Allah dengan sepenuh hati... tenang seketika. namun, bila dihujani dengan kerja yang bertambah-tambah, mulalah lupa lagi. Adui..celakanya nasib aku...
~Hati ini sering bimbang dan risau. Akal sentiasa berfikir bagaimana hendak menyelesaikan pelbagai masalah tanpa memikirkan soal hati yang resah. Apakah ubatnya hati yang resah? Sudah semestinya zikru maut!! (Mengingati mati) ~" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)~
~Nah.. semuanya berjawapan.. tiada satu tiada berjawapan. Al-Quran memang sumber kepada jawapan untuk semua permasalahan manusia sarwajagat. Bukan hanya kepada aku. Wahai guru-guru yang mengakui keesaan Allah sebagai satu Tuhan , tiada dua atau tiga, tiada beranak dan diperanak.. Rujuklah al-Quran, bertelaahlah dengan ulama/mursyid bagi mencapai tujuan memberikan jawapan kepada persoalanmudah seperti ini. Jangan suka mengeluh kepada manusia. Manusia tidak mampu menyelesaikan masalah. Berikan sepenuh hatimu hanya kepada Allah.
~Wahai insan bernama guru. Ikhlaskan setiap langkahmu menuju kepada rahmat Allah. Janganlah bertimbang-tara dengan sedikit amalan yang langsung dilemparkan ke muka mu kerana tercalit sedikit riak dan takbur. Nah.. timbang balik.. Setiap satu sudah Allah atur baik-baik untuk kita. Tiada cacat celanya.
~Sengaja digugurkan perkataan "bloggers" kerana sebahagian daripada pembacaku terdiri daripada mereka yang melawati blog aku tanpa mempunyai perasaan untuk berblog. Apa-apapun, selamilah setiap patah perkataan yang keluar dari luahan rasa hati aku. Bukannya sekadar menilai aku tanpa memberi peluang kepadaku untuk membela diri.
~Aduhai.. minggu ini dan minggu lepas merupakan satu ujian daripada Allah terhadapku dan keluarga. Bagaimana jua hidup tanpa pedoman Allah. Bagaimana jua hidup tanpa Allah menjadi arah tujuan? Bagaimana hidup ini tidak memerlukan Allah dalam setiap langkah. Goyah keimanan ku rasakan. Kekuatan hanya terletak kepada iman yang begitu rapuh. Sehingga sukar untuk memberikan 'the best perfomance' untuk Allah pada minggu lepas. KPI kepada Allah memang jatuh merundum. Kalau diukur amalan, memang terlalu "payau" untuk ditelan. Aku melihat pada habblu minnas (hubungan sesama manusia) agak goyah. Tiada kemanisan dalam berkomunikasi. Sedangkan akhlak Rasulullah adalah disenangi bila ada kehadiran baginda. Oleh itu, perbaiki lagi hablu minnallah (hubungan kepada Allah). Semoga dengannya, kita akan kembali ke landasan yang benar.
~Tertekan dan stress, mungkin itu yang menjadi gangguan kepada kehidupan aku sebagai seorang guru. Aku bimbang, stress dan tekanan itu akan mengganggu peribadi aku. Dahlah peribadi ini tidak seunggul Rasulullah. Jauh, bagaikan langit dan bumi. Manakan mampu aku untuk berdiri disisi Rasulullah di akhirat kelak dengan peribadi seperti ini. Aku ingin mencintaimu ya Rasulullah. Aku tahu, aku patut mencintaimu.. tapi, aku ini hanyalah umatmu yang sering gagal dan lalai.
~Stress juga membuatkan aku tidak berapa selesa menjalankan ibadah harian. Ibadah tidak fokus. Malah, aku sering mengingatkan diri, "Ketahuilah dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" [Ar-Rad:2]. Ayat-ayat lain menyentuh perasaanku ialah , " Orang mukmin apabila disebut nama Allah gementar hati mereka [Al-Anfal:2]. Lantas aku memuji memuja Allah dengan sepenuh hati... tenang seketika. namun, bila dihujani dengan kerja yang bertambah-tambah, mulalah lupa lagi. Adui..celakanya nasib aku...
~Hati ini sering bimbang dan risau. Akal sentiasa berfikir bagaimana hendak menyelesaikan pelbagai masalah tanpa memikirkan soal hati yang resah. Apakah ubatnya hati yang resah? Sudah semestinya zikru maut!! (Mengingati mati) ~" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)~
~Nah.. semuanya berjawapan.. tiada satu tiada berjawapan. Al-Quran memang sumber kepada jawapan untuk semua permasalahan manusia sarwajagat. Bukan hanya kepada aku. Wahai guru-guru yang mengakui keesaan Allah sebagai satu Tuhan , tiada dua atau tiga, tiada beranak dan diperanak.. Rujuklah al-Quran, bertelaahlah dengan ulama/mursyid bagi mencapai tujuan memberikan jawapan kepada persoalan
~Wahai insan bernama guru. Ikhlaskan setiap langkahmu menuju kepada rahmat Allah. Janganlah bertimbang-tara dengan sedikit amalan yang langsung dilemparkan ke muka mu kerana tercalit sedikit riak dan takbur. Nah.. timbang balik.. Setiap satu sudah Allah atur baik-baik untuk kita. Tiada cacat celanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan