~Lupa pula nak update berkaitan dengan sekolah yang pernah aku lawati sewaktu menjadi tukang fotostat di PPD Baram. Hehe.. Aku tak pernah lupa. Sekadar bimbang ada yang menjeling-jeling kerana info yang salah. Tapi, tak mengapa. Sekadar perkongsian supaya memudahkan guru baharu atau mana-mana pihak ingin datang ke sekolah tersebut. So, inilah sekolah ketiga yang akan aku "karangkan" post dalam blog aku. Sekadar perkongsian, kalau salah tolonglah share dengan comment anda. Terima kasih.
~SK Ubong Imang adalah sekolah pertama yang aku lawati ketika menjejak kaki di PPD Baram. Aku masih ingat, hari pertama aku menjejak kaki ke PPD Baram, terus Cikgu Aziz bawa aku untuk memantau Linus di SK Ubong Imang ini. Masih segar dalam ingatan, dalam bulan puasa lagi masa tu. Turut serta adalah Tuan PPD sendiri.
SK UBONG IMANG, BARAM
~SK Ubong Imang ini termasuk dalam Zon Baram Tengah.
~Sekolah Ubong Imang ini terletak dalam Pekan Long Lama. Jadi, kemudahan seperti talian telefon (Celcom dsb) ada. Termasuk fixed line (telekom). Kemudahan lain seperti, klinik kesihatan, pejabat daerah, perpustakaan, kedai-kedai runct termasuk hotel turut ada di Long Lama. Sekolah Menengah Kebangsaan Long Lama dan SJK(C) Kee Tee turut didirikan tidak jauh dari SKUI.
~Cara untuk sampai ke SKUI - Ada 2 cara untuk ke SKUI atau ke Pekan Long Lama. Pertama dengan menggunakan pengangkutan darat. Pengangkutan darat hanya disediakan dari Bandaraya Miri dengan tambang sebanyak RM 60.00. Perjalanan akan mengambil masa dalam 3-4 jam bergantung dengan keadaan jalan. Pada ketika blog ini ditulis, jalan masih dalam pembinaan dari simpang Bakong ke Long Lama. Kalau hujan, masa perjalanan akan bertambah. Kedua, dengan menggunakan ekspress boat dari Pekan Marudi. Tambang hanya RM 20.00 sahaja sekali perjalanan. Masa yang diambil adalah 4 jam. Bagi guru baharu, boleh terus sahaja hubungi pejabat untuk memudahkan perjalanan anda.
~Guru Besar pada setakat hari ini (8 Januari 2013) Cikgu Awang Rapbil. Semua staf termasuk guru besar adalah 26 orang. Berapa berapa bilangan, cuba try call Cikgu Awang. hehe..
~Pelajar sekolah ini terdiri daripada beberapa etnik Orang Ulu. Antara etnik tersebut adalah Kayan, Kenyah, Penan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah Baram.
~boleh juga ke FB sekolah : http://www.facebook.com/skubongimang.baram
~boleh juga ke FB sekolah : http://www.facebook.com/skubongimang.baram
Tiada ulasan:
Catat Ulasan