Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger yang yang dirahmati Allah
~Adakalanya, bloggers ini suka mencari publisiti murahan untuk blog mereka. Mungkin kerana beranggapan bahawa berita hangat akan mensensasikan blognya. Dana adakalanya, ayat yang digunakan pada blog, boleh membawa kesinambungan yang ekstrem kepada diri sendiri. Sehingga adanya yang masuk ke mahkamah kerananya. Dan adakalanya, yang benar kita "post"kan di sini akan digunakan untuk melawan kita balik. Sebagai bukti katanya. Tapi, itulah hakikatnya.
~Kadang-kadang, aku merasakan bahawa remaja kita semakin hilang harga dirinya bila mula meracau tidak menentu di dalam MukaBuku. Bagaikan tidak beragama. Sedangkan agama terang-terang melarang perbuatan yang tidak senonoh. Wah wah.. seronoklah melawan hukum hakam agama ya?
~Meluat dan rasa nak muntah bila yang tiada hubungan sah yakni perkahwinan, meroyan-royan menyebut rindu, sayang.. Alahai.. ini laman sosial. Tiada kaitan dengan hal anta berdua. Pergi main jauh-jauh. Yang membaca turut merasakan "onar" dan boleh dikira bersyubahat kerana tidak menegur. Ini teguran aku secara terbuka. Dan aku mengharapkan, segeralah bertaubat jika masih melakukan aktiviti tidak bermoral ini. Boleh dikira tak pandailah ibu bapa kita menjaga kita jika kita tidak menjaga nama mereka.
~Yang terlibat dengan aktiviti seperti ini kebanyakan remaja yang berusia dalam lingkungan 13 - 20 tahun. Tapi, yang sadisnya, segelintir orang dewasa turut berbuat demikian, namun dianggap biasa sahaja, "sweet" dan sebagainya. Itu namanya, bodoh sebab ada ilmu tapi tak dipraktikan dengan sebenar-benarnya. Yang haram tetap haram walau apa pun caranya. Yang tak tahannya, kadang-kadang, guru pun terlibat dalam masalah moral seperti ini.
~Aduhai guru.. janganlah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Jauhilah demi menjaga nama bidang "keguruan" ini. Guru yang baik akan melahirkan anak murid yang baik. Sebaik-baiknya, guru hendaklah memberikan contoh yang terbaik untuk semua anak-anak muridnya. Dan kalau seorang guru hendak mendidik, mulalah dengan mendidik diri sendiri dahulu. Cara pemakaian, cara pergaulan cara kehidupan seharian kita boleh memberikan implikasi yang besar kepada murid kita.
~jAngan kerana hendak menunaikan nafsu kita, melayan nafsu kita, seluruh nama profesion ini akan rosak. Sedangkan dibibir kita seringkali mengungkap ilmu, tapi hakikatnya kita mempunyai ilmu yang tidak diamal. Itulah guru yang tidak menjaga adab dengan Allah.
~Kadang kala kita merasakan kita benar, sehingga berani menyatakan ketidakpuasan hati kepada ketua (Guru Besar dan sebagainya). Sedangkan, beliau telah dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya. Luahkan dengan cara baik. Komunikasi yang baik datang dari hati yang baik. Jujur dan ikhlas. Jangan meninggikan diri walaupun kita punyaigred 44 lebih baik sekalipun. Jangan pandang rendah terhadap orang lain dengan meninggikan diri kita. Kebaikan, walau disembunyi, tetap juga akan nampak.
~Jaga adab kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan ibu bapa, suami, ketua. Maka Allah akan menjaga kita dalam segenap aspek. Berbahagialah mereka yang berada dalam lindungan Allah jua.
~Jangan nira setitik, habis rosak susu sebelanga. Fikir-fikirkan lagi. Renungilah lebih dalam. Semoga diri kita sentiasa dalam lindungan Allah dari fitnah dunia yang kian menjadi-jadi.
~Adakalanya, bloggers ini suka mencari publisiti murahan untuk blog mereka. Mungkin kerana beranggapan bahawa berita hangat akan mensensasikan blognya. Dana adakalanya, ayat yang digunakan pada blog, boleh membawa kesinambungan yang ekstrem kepada diri sendiri. Sehingga adanya yang masuk ke mahkamah kerananya. Dan adakalanya, yang benar kita "post"kan di sini akan digunakan untuk melawan kita balik. Sebagai bukti katanya. Tapi, itulah hakikatnya.
~Kadang-kadang, aku merasakan bahawa remaja kita semakin hilang harga dirinya bila mula meracau tidak menentu di dalam MukaBuku. Bagaikan tidak beragama. Sedangkan agama terang-terang melarang perbuatan yang tidak senonoh. Wah wah.. seronoklah melawan hukum hakam agama ya?
~Meluat dan rasa nak muntah bila yang tiada hubungan sah yakni perkahwinan, meroyan-royan menyebut rindu, sayang.. Alahai.. ini laman sosial. Tiada kaitan dengan hal anta berdua. Pergi main jauh-jauh. Yang membaca turut merasakan "onar" dan boleh dikira bersyubahat kerana tidak menegur. Ini teguran aku secara terbuka. Dan aku mengharapkan, segeralah bertaubat jika masih melakukan aktiviti tidak bermoral ini. Boleh dikira tak pandailah ibu bapa kita menjaga kita jika kita tidak menjaga nama mereka.
~Yang terlibat dengan aktiviti seperti ini kebanyakan remaja yang berusia dalam lingkungan 13 - 20 tahun. Tapi, yang sadisnya, segelintir orang dewasa turut berbuat demikian, namun dianggap biasa sahaja, "sweet" dan sebagainya. Itu namanya, bodoh sebab ada ilmu tapi tak dipraktikan dengan sebenar-benarnya. Yang haram tetap haram walau apa pun caranya. Yang tak tahannya, kadang-kadang, guru pun terlibat dalam masalah moral seperti ini.
~Aduhai guru.. janganlah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Jauhilah demi menjaga nama bidang "keguruan" ini. Guru yang baik akan melahirkan anak murid yang baik. Sebaik-baiknya, guru hendaklah memberikan contoh yang terbaik untuk semua anak-anak muridnya. Dan kalau seorang guru hendak mendidik, mulalah dengan mendidik diri sendiri dahulu. Cara pemakaian, cara pergaulan cara kehidupan seharian kita boleh memberikan implikasi yang besar kepada murid kita.
~jAngan kerana hendak menunaikan nafsu kita, melayan nafsu kita, seluruh nama profesion ini akan rosak. Sedangkan dibibir kita seringkali mengungkap ilmu, tapi hakikatnya kita mempunyai ilmu yang tidak diamal. Itulah guru yang tidak menjaga adab dengan Allah.
~Kadang kala kita merasakan kita benar, sehingga berani menyatakan ketidakpuasan hati kepada ketua (Guru Besar dan sebagainya). Sedangkan, beliau telah dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya. Luahkan dengan cara baik. Komunikasi yang baik datang dari hati yang baik. Jujur dan ikhlas. Jangan meninggikan diri walaupun kita punyai
~Jaga adab kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan ibu bapa, suami, ketua. Maka Allah akan menjaga kita dalam segenap aspek. Berbahagialah mereka yang berada dalam lindungan Allah jua.
~Jangan nira setitik, habis rosak susu sebelanga. Fikir-fikirkan lagi. Renungilah lebih dalam. Semoga diri kita sentiasa dalam lindungan Allah dari fitnah dunia yang kian menjadi-jadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan