Cari Blog Ini

Rabu, 10 April 2013

5 S yang merosakkan? (Sambungan II)

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

~Allah berfirman yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. (al-Baqarah: 120)


~Ini adalah sambungan dari artikel yang dipost mula-mula tadi. (http://www.insanwardah.blogspot.com/2013/04/5-s-dalam-kehidupan-yang-merosakan.html)

~Renungkan semula, kebenaran itu kadang-kadang payah untuk diterima. Kalau dilihat dari sudut akhlak, saban hari kita mendengar isu-isu yang menyakit telinga, menyakitkan mata dan juga menyakitkan hati. Untuk "S" pertama, "Screen" . Ianya berkait rapat dengan "S" yang terakhir iaitu, "SEX". Pornografi semakin berleluasa di masa sekarang. Kekangan demi kekangan, tapisan demi tapisan dibuat, namun masih juga tidak mampu untuk mengekang remaja untuk terus menonton FILEM BIRU ini. Ianya menambahkan lagi perisa dalam keruntuhan akhlak remaja dan belia pada masa sekarang. Hasil dari kajian menunjukkan,5 dari 10 remaja yang disoal mengatakan pernah menonton filem lucah. Menonton filem ini akan menyebabkan keinginan membuak di hati untuk mencuba. Cuba perhatikan kepada status remaja di FB, juga menunjukkan remaja semakin tidak segan silu untuk melakukan pekara yang tidak bermoral. Sedangkan, dalam senarai Friendlist, ada juga saudara mara yang lebih tua, tetapi saudara mara ambil sikap tidak tahu dan tidak mahu menegur kerana sudah menjadi pekara biasa. Alasan utama " ada mak bapak dia sendiri yang boleh tegur".

~Semakin ramai remaja ingin mencuba bukan kerana kurang didikan agama, tetapi kurang iman di dada. Saban hari kita melihat, ada remaja yang ditangkap berkhalwat, ditangkap kerana aktiviti seks bebas. Pasangan remaja semakin tidak segan silu @ tak tahu malu, berpegangan tangan, berciuman di khalayak ramai. Apa yang memangkinkannya? Dua pekara, IMAN yang lemah - agama dijadikan seperti baju dan juga terpengaruh oleh FILEM.

~Maka, tidak hairanlah, semakin banyak kes anak luar nikah, kes buang anak seumpamanya. Tidakkah itu menyakitkan mata, telinga dan hati bila melihat, mendengar ada anak kecil yang masih bertali pusat dibuang melata-lata, bagaikan SAMPAH! Sedangkan ketelanjuran itu berpunca dari hawa nafsu yang tidak mampu dikekang?

~Remaja yang berada di alam IPT yang paling banyak terlibat dengan aktiviti seperti ini. Mengapa? Bukan kerana kurang didikan agama,kerana ramai yang bertudung, dan selalu menghadiri usrah, malah ada yang bergelar "ustazah" juga terbabit. Mengapa? Sedangkan ustazah. Sebab mudah, Islam cuma dibelajar, bukan dipegang bagaikan mengigitnya di gigi geraham. Dan yang pasti, Allah tidak berada dalam hati. Mudah terpengaruh kepada pujukan dan bujukan nafsu, syaitan dan LELAKI. Bila hilang iman, diri tergadai dan ternoda. Namun, semua itu menjadi "biasa" bila diulang berkali-kali. Tidakkah ISLAM mengajar bahawa hukum hudud ke atas lelaki dan perempuan yang berzina itu, direjam dengan batu sampai mati dan disebat. (rujuk :http://alkhatab.tripod.com/bah1bab2hududfasal1zinaper1417/) Nauzubillah..

~Bagaimana dikatakan, kurang penghayatan, sedangkan seringkali datang usrah, ambil pendidikan agama di IPTA? Sebabnya juga kerana tidak berpegangnya kepada al-Quran. Kerana tidak takut pada azab Allah. Kerana berani melawan Allah. "La takrabuzina.." Jangan hampiri zina firman Allah, tapi hampiri juga dengan alasan berkawan, alasan tugasan.. alasan, kesepian. Alasan FITRAH MANUSIA. Sedangkan Allah firman, Jangan Hampiri Zina, apatah lagi buat zina. Larangan Allah seperti ini, macam "gula-gula" bila hati dah bertaut dengan NAFSU. Sekadar mainan di bibir, bukan tercalit di IMAN dan HATI.


~Bila dah terjadi, seperti penyakit kelamin, penyakit AIDS.. barulah menadah tangan. Tapi, alhamdulillah, Allah berik penyakit sebagai pertanda bahawa Dia masih memberi peluang untuk bertaubat. Bagaimana yang tidak serik? Kalau tiadalah taubat, .. hmm




Tetap juga mendedahkan aurat jika diperhatikan.
~"SPORTS" - kenapa sukan termasuk? Sedangkan sukan itu baik untuk kesihatan. Sukan itu digalak oleh Rasulullah s.a.w kata kita. Tapi, adakah Rasulullah s.a.w bersabda untuk membenarkan sukan itu dijalankan dengan membuka aurat? Adakah sukan itu dibenarkan di antara muhrim dan bukan muhrim? Adakah sukan itu membolehkan yang bukan muhrim menatap lentuk badan ketika bermain? renungkan seketika.. Kita merasa seronok ketika bersukan. Dalam seronok, aurat kita terdedah kepada orang yang bukan mahram kita. Maka, timbullah sifat ingin tahu dalam diri seorang bukan mahram tadi. Dan, esoknya yang bukan mahram terus mengajak untuk bersukan, dengan harapan dapat melihat lebih. Berlanjutan, sehinggalah kita jatuh hati. Dan terus sentiasa berhubung. Berhubung sehingga menjadi hubungan serius. Sedangkan si bukan mahram sekadar "ingin tahu". nah.. bila dah cinta, "lautan api sanggup di redah". Bila dah tergadai, barulah membuka lembaran yang lama kita tinggalkan. Barulah nak sedar keterlanjuran kita. Yang sedia baik, mahukan daging yang buruk. Begitulah perumpamaannya. Sampai bila hidup hendak dirundung dengan dosa?

~Matlamat tidak menghalalkan cara. Mana jalan kita pilih? Syurga atau neraka? Semua bergantung bagaimana kita memilih untuk pergi. Jangan mudah selesa dengan kemudahan yang Allah bagi. Semuanya pinjaman semata-mata. Bila dah ditarik nikmat, barulah kita sedar. Tapi, bila Allah bagi lagi, mulalah lagi sikap lama yang sukar dikikis. Kita manusia yang seringkali tidak serik. Sentiasa mengejar keseronokan dunia, akhirat malap dipenghujung. 

~Rosaknya iman kerana terlalu inginkan keseronokan. Menangislah untuk kembali ke jalan pulang. Sekali sudah kembali kepangkuaNya, lenalah dalam tangisan taubat NASUHA! Ikrarkan untuk tidak kembali ke jalan durjana. Insya Allah, Allah akan bantu.

~~Aku hanya ada Allah dalam segenap pelusuk diriku..tanpaNya, tiadalah aku~~

1 ulasan:

  1. Smoke , Sing & Song, pandai2lah ya. Smoke memang menjadi kegemaran. Benda yang difatwa haram sudah, tapi masih menular. Sing & Song tu, pun sama. Lebih ramai hafal lirik berbanding hafal al-Quran. Sedangkan hafal al-Quran boleh membantu 10 ahli keluarga dari seksaan api neraka

    BalasPadam

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...