Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan semua hamba Allah yang dihormati sekalian.
~Sibuknya dengan tugasan di pejabat, sehingga banyak kekangan di dalam menghasilkan satu penulisan yang beridea bernas untuk dipertontonkan kepada semua yang berminat.
~Dengan temuduga khas PISMP untuk pelajar cemerlang kaum Penan.. Yang Berbahagia, Dato' Haji Ghazali, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru sempat hadir ke Pekan Marudi bagi menjayakan temuduga ini. Harapan ku sebagai warga pendidik, agar bertambah ramailah lagi guru yang berbangsa Penan di dalam sistem pendidikan negara. Ini merupakan peluang yang perlu diambil oleh kaum Penan sebagai langkah yang baik bagi meningkatkan lagi pencapaian kaum ini di mata dunia. Tidaklah nanti, kerajaan di pandang sinis kerana tidak mementingkan kaum Penan. Ini adalah salah satu bukti betapa kerajaan kita ambil berat terhadap tahap pendidikan kaum Penan.
~Insya Allah, kalau ada kesempatan, selepas beberapa tahun nanti, berkhidmatlah kembali di kampung halaman. Bukan menjadi halangan kepada guru-guru baharu yang berasal dari pedalaman untuk kembali mendidik anak-anak bangsa di bumi sendiri. Fokuskan kepada peningkatan dan pemcapaian kaum Penan selari dengan transformasi kerajaan. Insya Allah, semuanya akan menjadi lebih baik berbanding dengan keadaan sedia ada. Kalau bukan kita sebagai guru menjadi "agen perubahan" , siapa lagi?
~Menjadi guru bukanlah pekara yang mudah. Perlulah penghayatan dan pengorbanan yang tinggi untuk membuat adunan yang terbaik. Seorang guru boleh merosakan satu generasi jika tidak ambil perhatian yang serius dalam isu pendidikan. Kalau asyik memikirkan masalah diri, maka hilanglah sedikit keberkatan dalam mencari rezeki. Mata pencarian kita sebagai seorang guru adalah "ilmu".
~Guru yang tidak bermotivasi boleh membunuh semangat jati diri murid. Motivasilah dan selebihnya serahkan kepada Allah. Kalau dipersoalkan, "siapa nak jaga si fulan, si fulan kalau saya tidak berada di tempat itu?" Jawapan mudah, terang lagi bersuluh.. "Allah". Biarlah Allah menjaganya.. Titipkan doa kita supaya Allah Yang Maha Mendengar itu memakbulkan titipan rindu kita. Siapalah kita berbanding dengan Allah? Siapalah yang menjaga kita selama ni kalau bukan Allah?
~Bersyukurlah kerana kita berpeluang untuk menjadi seorang guru. Jangan biarlah masalah merundung kita sehingga gagal menjalankan amanah sebagai seorang guru. Guru hendaklah bermotivasi, mencari peluang dalam pelbagai ruang untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian seorang murid. Berjaya tidak berjaya, itu urusan Allah. YAng penting usaha kita pada pandangan Allah. Dan berbincanglah jika punya masalah. Teguran itu penting untuk peningkatan diri. Jangan jadi "kebal" dari teguran.
~Berusahalah meningkat motivasi kepada semua guru yang berada di pedalaman dan juga bandar. Tak juga dilupakan kepada guru-guru yang telah menabur bakti di pejabat pelajaran, jabatan pelajaran dan juga kementerian pelajaran. Tanpa ikatan keguruan, manakan bisa bertautnya "tautan kasih" di alam pekerjaan.

~ Saat ku hilang arah dan tujuan, Aku sedari.. aku cuma punyai Allah dalam hidupku~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan