Assalamualaikum dan salam sejahtera,
~Hati tenang tanpa dirundung keperitan dunia. Malam tadi adalah malam yang indah setelah beberapa ketika. Allah memberi izin Nya untuk aku berperilaku tenang setelah sekian lama. Lautan hati bergelora kembali tenang. Bila mana meletakkan Allah pada tempat yang tertinggi. Alhamdulillah, aku mencadangkan, diulangi bacaan dibawah:
~ Bacalah ketika hati dalam keresahan mencari hala tuju hidup. Tiada apa yang kita harapkan melainkan Allah jua dalam hidup. Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas dari membuat masalah dan kesalahan. Kita bukanya nabi yang berifat maksum dari membuat dosa. Kita tetap manusia biasa. Andainya kita mempunyai masalah, jangan libatkan masalah tersebut dalam majlis ilmu kita yakni bilik darjah. Biarlah masalah diletakkan di mana tempat yang sepatutnya.
~Sekali lagi, didiklah hati sendiri. Allah berfirman, "“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11 --- So, jangan harap orang akan tolong kita mengubah apa-apa sahaja tentang diri kita. Kalau hendak berubah ke arah kebaikan, kena bermula dari diri sendiri. Jangan mengalah ketika hendak berubah. Syaitan dan nafsu adalah umpama duri yang menandai likuan perjalanan kita. Kawan-kawan juga penyumbang kepada masalah. Kawan-kawan jadi tembok kepada perubahan. Dugaan datang tak bertanya. Pergi, jika kita bersabar.
~Pesananku kepada semua guru, jangan berdusta kepada sesiapa sahaja kerana dusta itu pasti akan kembali kepada diri sendiri. Sebagai manusia, kita pasti akan merasakan bahawa kita benar, tapi hakikatnya kita berdusta. Kepada siapa kita berdusta sebenarnya? Kalau bukan diri sendiri. Kalau kita berlaku tidak jujur, maka Allah akan jadikan peribadi kita tidak lurus. Sentiasa dirundung masalah yang berpanjangan. Hati yang sentiasa resah. Hidup yang tidak berkat. Semua yang dibuat, seolah-olah hilang keberkatan. Harta dunia yang dimiliki, macam tidak mencukupi. Jujurlah walaupun jujur itu agak "sukar" pada akhir zaman ini. Sikap jujurlah yang akan meninggikan kedudukan kita pada masa akan datang.
~Tinggikan martabat kita setelah jatuh tersungkur. Tiada yang membantu kita ketika kita jatuh. Ingat itu.. tiada yang membantu.. Begitulah aku jatuh pada 7 tahun yang lepas. jatuh tersungkur di pintu Jannah Allah. Berusaha untuk bangun semula. Terasa amat payah.. Tapi, ketika itu, harapanku hanya pada Allah. Mungkin kisahku tidak pernah diceritakan di sini. Lain kalila.. Hehe...
~Kuatkan semangat ketika rebah. Jangan mudah mengalah dan menyalahkan orang lain di atas kegagalan kita. Allah beri ruang dan peluang untuk kita berubah. Hendak berubah bukannya mudah. Beerti kita akan memulakan kehidupan baru tanpa "keseronokan" yang telah melalaikan kita sebelum ini. Tetapi, pastikan orang yang membimbing kita adalah mereka yang dekat dengan Allah..Orang yang Soleh. Jangan pilih yang bertopengkan agama sebagai teman. Yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Berhujah dengan hadith, tapi niat untuk merosakan iman kita. Yang hanya mahu sesuatu dari kita. Tidak ikhlas dalam memberi nasihat. Bak kata orang putih, "tiada benda percuma dalam dunia".
~Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Jika bersahabat dengan tukang besi, nanti akan berbau besi. Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, pasti akan berbau wangi". So, choose correctly kawan kalau hendak berubah ke arah kebaikan. Seronok di dunia, tak semestinya seronok di akhirat. Sengsara di dunia, tak semestinya akan sengsara di akhirat. Cuba belajar dari pengalaman. Kawan sewaktu gembira, Fuyooo.. manyak oo. Kawan masa menangis, berapa orang yang hadir ketika itu? Lelaki/wanita yang soleh, tidak akan merosakan sahabatnya bah mencintai sahabatnya lebih dari nyawanya sendiri. Lelaki/ wanita yang mengajak ke arah keburukan sebenarnya teman sejati kepada makhluk bernama SYAITAN. Berwaspada dengan tipu helah syaitan yang bertopengkan manusia. Berapa ramai dari kawan-kawan kita mengajak kita melakukan kebaikan? Kira dengan jari pun dapat.
~Diri kena konsisten berubah@istiqamah. Kalau tak konsisten, bagaimana hendak berubah? Pernah dengar konsep bermujahadah? Kalau tak pernah, pergilah mentelaah. Aku tak arif dalam bidang ni. Carilah ustaz untuk bertelaah. Aku, cuma aku. Tak ada tittle ustaz. Cuma hamba Allah yang lemah lagi bodoh dalam ilmu Allah.
~Berbalik kepada profession keguruan. Ini bidang (keguruan) membolehkan kita berdakwah kepada diri, keluarga, murid , ibu bapa. Dakwah itu berbentuk nilai murni yang ada dalam Islam yang boleh diterapkan yang akan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Ini yang menjadikan murid menjadi seorang manusia yang punyai hati nurani bukannya berhati buas seperti haiwan. Bidang ini adalah bidang yang paling dekat dengan tugasan kita sebagai khalifah Allah. Menyedarkan murid tentang kebesaran Allah dalam mendidik. Kita ajar mereka untuk mengenal Allah. Percaya dengan Allah dalam segenap hal.
~Ini bidang dakwah.. Dakwah bukan semata-mata mengajak orang masuk ke agama Islam sahaja. Dakwah meliputi bidang yang besar termasuk keperibadian diri. Ajarilah murid kita mengenal dan menyintai malah mencontohi Rasulullah s.a.w. Menjadikan baginda sebagai model @ idola dalam hidup. Ajar mereka mencintai Rasulullah lebih dari diri sendiri, dan keluarga. Macam mana nak ajar, jika kita sendiri tidak menyintai Rasulullah? Fikirkanlah..
~Dalam membentuk murid, harus ditekankan kepada kepercayaan kepada Allah. Allah ada untuk memerhatikan setiap tingkah laku kita. Titipkan roh Islam. Bukan sekadar mengajar ilmu sekular. Sebab itulah, bab dakwah, kita harus memulakan dengan diri sendiri. Pakaian, akhlak dan budi pekerti kita mencerminkan diri kita. Cerminan ini akan terpantul dan menjadi biasan kepada murid tadi. Kalau seorang guru berpakaian kemas, murid secara tidak langsung terdidik untuk berpakaian kemas. Kalau kita bercakap temberang, murid akan terdidik untuk cakap temberang. Kalau kita berpakaian mendedah aurat, murid akan turut mengikutinya.
~Kalau nak jadi terkenal dikalangan murid, baik tak payah. Cantik, gebu, hensem, montok..semua itu akan hilang ditelan masa. Solekan yang paling baik adalah dengan wudhuk. So, fikirkanlah. Ambil yang baik, jadikan sempadan. Jangan buang yang buruk, jadikan ingatan sentiasa.
~Forget past, live for today. Pray for tomorrow. Insya Allah, Allah still there for us. Selamat berjihad kepada semua guru-guru di luar sana. Ikhlaslah dalam mendidik anak-anak. Jangan hanya hendak "bergaya" dengan pelajar, sehingga rosak amalan seharian. Kerana, perhiasan (terutamanya wanita) yang indah, hanya untuk suami yang tercinta.
~To my wife; "Thanks dear, for being there for me. Allah still love me.."
~~~Aku adalah aku sekarang, biar terbuang, tetap berjuang..ku serahkan cinta..pada Allah akhirnya~~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan