Cari Blog Ini

Selasa, 7 Mei 2013

MAKA, MUNGKIN INI TITIK PERHENTIANKU [GAYONG SARAWAK]


اسلام عليكم 
~Lama juga masa diambil untuk ambil keputusan untuk menulis atau tidak. Kata-kata isteri memainkan peranan agar tidak cepat melatah. Membalas dendam atau apa sahaja yang berkaitan dengan membalas perbuatan orang, segeralah dihindari. Cuma, tak tertahan. Bermain dengan penuh kegirangan persoalan dan tuduhan yang dilemparkan kepada aku. Ini fitnah yang benar-benar mengusik jiwa kecil ku.

~Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh [al-Baqarah : 191]. Termanggu dan mencari di mana lagi hendak aku larikan keresahan hati. Apa-apapun, ku maafkan kesalahan kepada hamba Allah yang berkenaan. Aku, dengan rendah hatinya, meminta maaf kepada semua sahabat handai, kawan-kawan yang pernah mengenali aku. Dan aku juga memohon diberikan kemaafan jika pernah melakukan kesalahan, kesilapan, kekhilafan, perbuatan sabotaj, rasa tidak puas hati yang timbul, dari perkataan, perbuatan, secara langsung atau tidak langsung. Aku mohon maaf. Andainya ada hutang piutang yang tidak terbayar atau dengan sengaja tidak mahu membayar, silalah hubungi aku. Agar dilunaskan segala hutang dan kesalahan aku kepada semua.

~Sikap berdiam diri aku terhadap aktiviti silat aku ini sedang memakan jiwa aku saban hari. Aku tak mahu melakukan aktiviti silat ini atas dasar menjauhi semua kemegahan yang pernah dikatakan menjadi mainan aku sewaktu zaman kegelapan aku dulu. Aku pendamkan semua ilmu sebab aku rasakan, ilmu aku tidak berbaloi untuk diajar kerana tidak bermanfaat kepada anak gayong lain. Aku merasakan, aku tidak layak menjadi guru apatah lagi pendekar. Ku jauhi segalanya, demi menjaga hati seluruh anak gayong Sarawak dan orang luar yang jadi pernah jadi tetamu di bumi Sarawak.

~Tahun lepas, baru nak buat "returning", dah kena cantas awal-awal. Aku "menyepi" sejak dari tahun 2010. Ambil sikap menyepi, sebab merasakan semua dah mampu untuk bertindak tanpa nasihat. Semua dah jadi profesional. Jadi, ambil pendekatan profesional, biarkan yang mahir melakukan kerja. Awal 2012, "coming back" dilakukan pada awal tahun dan pertengahan tahun, menyepi lagi. Seterusnya, aku ambil pendirian. diamkan diri sekali lagi. Tak perlulah diungkit segalanya kenapa dan mengapa pendirian diambil sedemikian rupa. Aku hanya sayangkan perpaduan ummah. Ku tinggalkan kerana perpaduan. Cuma sedikit kekesalan. Bagaimana kita ditempat anak-anak yang tengah berkobar-kobar untuk berjuang, tiba-tiba didatangkan dengan berita sedih. Patah semangat anak-anak. Itu yang aku sesalkan. Bukan kerana rezeki di mana-mana. Cuma usaha kita tak sampai ke mana. Kita berikrar hingga ke hujung nyawa. Tak sampai ke penyawa, dah putus asa. Berlainan dengan prinsip aku sebagai guru.

~Demi kemashalatan dan ukhuwwah, aku memohon kemaafan kepada semua, tanda sayangku kepada semua anak-anak Gayong. Allahu rabbi. Masakan tidak menyayangi semuanya. Siapa yang tidak sayangkan sahabat? Siapa yang tidak sayangkan semuanya di dalam Gayong? Siapa yang tidak menyayangi anak dididiknya sendiri? Yang tidak menyayangi itu umpama mencela sumpah dan janji pada ikrar Gayong.


~Aku tak akan usaha untuk memahami orang kerana aku percaya kepada pendapat orang berbeza mengikut pengalaman. Kadang-kadang lisan ini, berkata megah kerana "ego" diri ini terusik. Kadang-kadang, lisan yang keluar dari mulut kita adalah tindakan refleksi@spontan kerana maruah kita terinjak.

~Silat Seni Gayong ini, bukan aku yang asas. Silat Gayong ini bukan aku yang buka di Sarawak. Secara undang-undang sahaja, itu sahaja yang aku buat. Tak lebih. Tak kurang. Niat aku, cuma nak beri peluang kepada semua remaja@anak-anak Sarawak, berkumpul dan beriadah. Merasai ilmu silat yang lain dari kebiasaan. Berdakwah dengan platfom silat. Bergerak mengikut undang-undang. Berpersatuan. Berpelembagaan. Berdiri atas kaki sendiri tanpa menumpang populariti persatuan lain. Mengajar anak-anak Sarawak untuk mentadbir dan memimpin. Sebab itu, aku tekankan, PSSGM Sarawak. Sarawak di"bold"kan sebab untuk orang Sarawak. Untuk mereka yang bermastautin di Sarawak. Aku tak asas, aku tak buka. Aku sekadar menyuburkan semaian yang sedia ada. Aku hormati semua guru-guru Gayong sebelum aku di Sarawak. Ada yang bergerak di Sarawak secara diam-diam. Kenapa? Risau? Risau di"pulaukan"?

~Persatuan ini bukan untuk aku dan aku bukan untuk Pertubuhan Silat ini. Aku hanya membantu dengan izin Allah. Begitulah kata Luqman al-Hakim kepada anaknya. Bukan senang nak memuaskan kehendak manusia yang lain. ~Kalau dah tak bertamadun sangat orang Sarawak seperti yang dicanangkan, buang saja kami di PSSGM seluruhnya. Buang kami sekeluarga. Aku, isteriku, anak-anakku, ibu bapaku, saudara-saudara yang sependapat denganku. Maka, tiadalah kami peduli. Sebab itu aku ambil langkah mendiamkan diri

~ Banyak aktiviti kebangsaan aku tidak hadiri. Bukan tanda protes. Mungkin ini tandanya aku mesti berundur. Dulu aku pernah terfikir untuk berhenti sahaja dan biarkan orang-orang yang bijaksana untuk mentadbir urus Gayong. Pernah bertukar arah ke bidang lain. Tapi, serba tak kena. Beginilah cara terbaik. Diam dan terus diam. Dalam masa yang sama, aku tidak derhaka kepada pertubuhan ini. Aku terus diam dan mungkin tidak akan kembali dengan Gayong. Bukan cara kerja aku barangkali. Baik aku didik anak-anak aku menjadi orang yang berguna. Ilmu mempertahankan diri, aku benam terus dalam "semak samun duniawi".

~Setahu aku, cuma ada beberapa tokoh yang tidak menyukai keberadaan aku dalam SIlat Gayong. Tapi, secara kasarnya, tak perlu kita unttuk mengeruhkan keadaan yang sedia keruh. Maka, ambillah langkah untuk memaafkan. Kalau nak menyihir orang tu, memang tak akan dibuat sekali dalam hidup. Kalau disihir orang, mesti orang tertanya-tanya siapa yang pernah menyihir atau mengenakan buat-buatan. Tak perlu tanya siapa. Itu aib orang. Itu urusan Allah. Biarkan. Semoga Allah mengampuni d0sa-dosanya. Insya Allah.

~Baiklah.. Semoga sejahtera hendaknya semua insan yang tidak "sehaluan" dengan gaya dan langkahku. Aku masih hormati semua guru-guruku. Biarpun ada yang tidak sehaluan, tapi tetap juga dihormati. Aku pernah menyatakan bahawa, sebelum aku ada lagi guru-guru gayong yang pernah buka silat di Sarawak. Cuma, "on paper" sahaja yang aku bantu. Supaya pentadbiran lebih licin dan lancar. Bukan kerana bergerak di sekolah-sekolah sahaja. Bahkan boleh bergerak lebih dari itu. Bagi orang yang tidak senang dengan perkembangan Gayong di Sarawak, tak apa. Aku faham kerana aku berpegang, bukan kedudukan yang aku pilih. Tapi, niat aku hanyalah untuk ANAK-ANAK SARAWAK, belajar silat dari gugusan ILMU ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO" MEOR. Fahamilah. Kalau kita dah hebat, jangan dibanding dengan ilmu gayong ANAK_ANAK SARAWAK yang langsung HAPRAK.

~Konflik demi konflik.  Bimbang lisan dan perbuatan tidak terjaga. Baik aku jaga agama dan keluarga aku sahaja.

~~DALAM PERJUANGAN, ADA SILAP TAFSIRAN. DALAM PERJUANGAN ADA KEBENCIAN. DALAM PERJUANGAN, ADA KHILAF. MAAFKAN AKU JIKA TERKHILAF. TEGUR AKU JIKA AKU TERKHILAF. BUKAN FITNAH DAN CACIAN~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...