Cari Blog Ini

Jumaat, 3 Mei 2013

Urusan Dunia yang Membebankan Jiwa : Mode Jiwa KAcau

اسلام عليكم 


~Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Alhamdulillah, kerana limpah karunia Nya bagaikan "air bah" yang membanjiri segenap hati. Allah sama sekali tidak akan mempersiakan usaha kita. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

~Kerja agak menimbun pada awal Mei 2013. Allahu rabbi.. Memang difikirkan sangat, sehingga agak menganggu kesihatan. Stress sebab hati tidak tenteram memikirkan pelbagai hal. Risau dengan istilah lulus tak lulus. Kasihan. Bagaimana jika aku berada di tempat mereka? Agak sukar untuk memberikan istilah tersebut. Ku mohon keampunan kepada Allah agar setiap yang aku lakukan mendatangkan kebaikan kepada semua. Ku mengharapkan Allah memaafkan aku jika aku ada melakukan kekhilafan dalam melaksanakan kerja berkala aku. Maafkan aku. Aku tidak berniat untuk memberikan tekanan. Cuma, mengikut peraturan. Maafkan aku wahai sahabat-sahabat guru sekalian.

~Sekarang merupakan debaran untuk semua guru-guru yang telah memohon. Cuma, aku dapat berdoa kepada Allah, agar semua urusan-urusan baik untuk Allah akan dimakbulkan dengan segera. Allah lagi tahu apa yang kita tidak ketahui. Dalam menilai manusia, aku mesti berhati-hati. Aku bimbang, setiap satu perbuatan atau sokongan akan membuat pekara lebih teruk. Setiap tindak-tanduk akan mengakibatkan banyak masalah kepada IMAN. Aduhai.. alangkah indahnya jika Rasulullah s.a.w ada bersama untuk aku adukan segala permasalahan ini. Ya Rasulullah.. ku merinduimu..

~Kata orang, kalau kita permudahkan urusan orang, Allah akan memudahkan urusan kita. Bantu orang, Allah akan bantu kita. Mendoakan kebaikan muslim yang lain tanpa pengetahuannya adalah sifat yang mulia dalam diri seorang muslim.Sebab itu aku risau jika merumitkan hal orang lain. Risau Allah akan rumitkan urusan dunia aku. Aku bimbang.. aku risau Allah tidak "berkenan" dengan perangai aku. Ya Allah.. malunya aku untuk berhdapan dengan Mu. Sedangkan dibahuku terpikul amanah yang besar. Masakan aku mahu memikulnya? Allah.. aku lemah dalam urusan dunia ini. Bantulah aku.. kerana aku adalah manusia yang lemah.

~Satu kelemahan aku adalah sukar untuk meminta bantuan orang lain bila mana hendak melakukan pekerjaan. Bukan berat mulut atau sebagainya. Tapi, aku bimbang akan menyusahkan orang lain yang sudah sedia terbeban dengan tugasan masing-masing. Ditambah lagi bukan  kerja yang sepatutnya dibuat. Bila mana kita meminta kepada manusia, Allah akan serahkan kepada manusia untuk memutuskan. Aku risau, sebab manusia itu bersifat LEMAH dalam membuat penilaian. Sebab itu, aku akan berusaha untuk melakukannya dan berusaha untuk berdoa kepada Allah lantas bertawakal yakni menyerahkan keputusan kepada Allah. Aku bimbang,.. sebab Allah memerhati kita dalam setiap hal yang kita lakukan.

~Lemahnya aku dihadapan Allah. Aku risau amalan yang aku lakukan bukan mendatangkan kebaikan sebaliknya mendatang kemurkaan tanpa aku sedari. Aku senantiasa berwaspada dengan amalan aku. Siapalah aku jika dibandingkan dengan manusia disekelilingku. Aku hanyalah indan yang berdosa... Allah.. aku lemah dalam segala-galanya.. Maafkanku.."Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."

~~ Hidup matiku pasti tidak sempurna jika bukan kerana Allah~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...