أسلام عليكم
~Langkah menuju kearah "syurga" tampaknya longlai.. Aduh bagaimana bisa?
~Kerana rapuhnya cinta Allah dalam hati..dunia dituju siang dan malam. Saat hati ini diketuk pintu hidayah.. Barulah aku sedar segalanya bahawa jalan yang dituju menjadi sia-sia andainya hati tidak bertaut di jalan Allah s.w.t
~Ibrahim Bin Adham berkata; "Seseorang tidak akan mencapai darjat soleh sehinggalah dia mencapai 6 pekara" -menutup pintu kenikmatan dan membuka pintu kesusahan, - menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, - menutup pintu istirihat dan membuka pintu kesungguhan, - menutup pintu tidur dan membuka pintu berjaga, - menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kefakiran, - menutup pintu angan-angan dan membuka pintu jalan ke akhirat...
~Imam Al Fudail Ibn Iyad berkata, " Ada 5 pekara yang menunjukkan orang itu sengsara, - hati yang keras tidak mahu menerima nasihat, -mata yang kering yakni tidak mahu menangis, -malu yang sedikit, - cinta kepada dunia, -panjang angan-angan..
~Aku segera tepis segala gundah dihati, kembali meyakini bahawa Allah telah menetapkan yang terbaik dalam hidupku.
~Sesalan demi sedalan tidak akan membawa hati ini melayari destinasi cinta yang dituju.
~Iman dan takwalah yang akan menjadi pengemudi nakhoda dalam pelayaran menuju destinasi yang terakhir. Al-Quran dan as-sunnah menjadi panduan. Tautan hati pada dunia akan terlerai. Namun, ombak nafsu dan laluan berliku yang dipenuhi dengan fitnah akan menjadi batu penghalang kepada kejayaan.
~Namun, aku hanyalah seorang hamba yang lemah.. hati sentiasa berbolak balik bagaikan kapal dilambung ombak.. Aduhai hati, lembutlah dirimu menerima segala suratan dan takdir yang telah ditentukan buatmu.
~Segenap diri terasa getarnya keperitan yang ditanggung.. Aduhai hati, kembalilah kepada dunia yang lebih nyata, bahawa dirimu dibayangi angan-angan yang tidak berkesudahan.
~Dunia ini tempat persinggahan. Merasakan cukup terhadap nikmat itu adalah syukur atas semuanya. Maka bersyukurlah kerana nikmat Allah itu tidak terhenti sejak dari degupan jantung kamu yang pertama...
~~~Aduh..susahnya hendak bermujahadah~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan