اسلام عليكم
~Dalam menanti kelas seterusnya, banyak kerja nak dibuat. Banyak masa digunakan untuk mencari rezeki halal. Dan, curahan idea meluak-luak sehinggakan terciptanya satu puisi yang berdendang disegenap lorong-lorong hati yang kecil.
SELAUTAN DERITA
Dari sudut hati kecilku,
Ku luahkan yang terbuku setelah ianya berakhir di titian
sepi,
Bagi mendamaikan lautan hati,
Saban hati bergelora di hempas badai sesalan,
Yang terluka untuk diubati,
Aku merinduimu..
Walaupun ku tahu rindu itu adalah sukar,
Aku mencintaimu,
Walaupun hakikatnya cinta itu sirna,
Dan aku amat mengasihi dirimu,
Biarpun bayanganmu tak ku tercapai.
Hasratku pendam, impianku angan,
Lalu, segenap hati luluh.. dibakar api keresahan,
Ku kejari hingga hampir terlupa,
Aku hanyalah .. pencinta yang pelupa
Ku pendamkannya.. setelah ianya berlalu pergi
Jauh membawa seribu satu makna,
Cintaku gapai, tidak menjadi satu petanda,
Bahkan semakin mendekatkan diri kepada jurang,
Jurang yang hanyalah memusnahkan diri..
Tepu dibuai lenanya mimpi semalam..
Aduhai kasih…
Ku panjatkan doaku kepada Rabbul Izzah,
Tuhan yang memiliki hatiku dan hati-hati insan,
Yang nyawa setiap makhluk dibawah genggamanNya..
Agar diriku, dirimu sentiasa diberikan kekuatan,
Untuk berada di dalam inayah Nya,
Saat ku mulai jatuh,
Barulah ku sedari.. hidupku hanyalah DIUMPAKAN sebatang pokok,
Berkhidmat kepada alam tanpa jemu,
Rantingnya mengeluarkan daun dan bunga,
Bunganya mengeluarkan bau harum dan menjadi buah,
Menjadi pula makanan kepada makhluk yang sedang kelaparan,
Dan menjadi teduhan ketika panasnya mentari ,
Akarnya menjadi tunjang kepada kekuatan tanah,
Ditinggalkan jika sudah berlalunya kesusahan,
Selautan derita ku redahi,
Tetapi Allah tetap bersamaku,
Hinggakan tidak culas derita yang menghinggap,
Kerana setiap detik itu,
Hikmahnya di seluruh hidupku..
Walaupun selautan derita diredahi..
Ianya tak akan memadam bara cinta iLLahi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan