أسلام عليكم
~September mula muncul dijendela kehidupan..
~Ogos pula meninggalkan kita dengan 1001 kenangan. Yang manis kita akan jadikan kenangan, yang pahit kita akan jadikan sempadan.
~Bila hati sudah bertaut, memang payah untuk kita menyingkirkannya. Begitulah dengan perasaan ini. Bila mana sudah menyintai, maka namanya disebut dan diingat. Ya Rasulullah.. kami merinduimu setiap waktu.
~Oh.. begitulah lumrah dengan hidup. Adakalanya kita merasakan puas untuk hidup, walhal kita tidak pernah berasa puas. Bila mana hati berkehendak, ianya membuak-buak. Setiap perasaan yang hadir, makin dijolok, makin menjadi-jadilah bahananya.
~Fahamilah, bukan sekadar meletak fokus pada pembacaan. Kuatkan pandangan, tajamkan pemikiran. Buka lah hati untuk menerima dan memahami lukisan alam.
~Aku masih lagi dalam "kasut" yang hina dan dina. Dibawah lembayung kasih sayang illahi, ku mengharap kehinaan ini terpalit di seluruh benak hidupku supaya aku sentiasa sedar dan memahami bahawa kehinaan itu akan menyelamatkan aku dari riak dan ujub.
~Aku masih berpegang kepada prinsip-prinsip hidup, menekankan kasih sayang itu penting bagi meningkatkan rasa hormat murid kepadaku. Sebenarnya, di dalam hati manusia, masih lagi ada sekelumit perasaan untuk menjadi baik. Dan aku mempercayai itu.
~Aku telah diajari dan mempelajari bahawa, setiap manusia ada potensi untuk berubah menjadi lebih baik dan setiap manusia yang berdosa itu akan menjadi lebih baik daripada aku ini....
~Aku pernah membenarkannya dalam hidupku, dan aku pernah merisikokannya dalam segenap kehidupanku. Walaupun keputusannya agak mengecewakan... aku benar-benar yakin bahawa Allah tahu apa yang aku tidak ketahui. Dengan asma'nya yang Maha Agung, aku yakin,,, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
~Jika benar itu adalah suratan, ianya pasti akan terjadi tanpa halangan. Sesungguhnya dugaan itu mengajar aku untuk menjadi insan.
~Jika benar Allah menulis suratan itu, aku redha dan aku terima seadanya..
~Allahu rabbi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan