Cari Blog Ini

Khamis, 14 November 2013

ISU ROGOL PART I

بسم الله أ لرحمن أ لرحيم 

أسلام عليكم 


~Post bulan ini banyak melibatkan dengan isu "silat". Mungkin debaran pertandingan kian memuncak. Dan juga, "roh" silat itu menjenguk untuk seketika. Diharapkan, jengukkan ini bukan untuk seketika. Harapnnya agar dapat hingga ke hujung nyawa.

~Ada kisah hendak aku kongsikan kepada semua bloggers. Terutamanya yang bernama "wanita". Ini sekadar perkongsian. Bukannya kepada propaganda untuk menarik minat wanita dalam bidang seni bela diri.
Ini sekadar perkongsian berkaitan dengan isu yang semakin menular pada ketika ini. Sebelum diteruskan dengan isu ini, satu persoalan akan mula menerjah , " begitu mudahkah maruah wanita ini dirobek dek lelaki?"
Keratan akhbar Utusan Malaysia

~Saban hari, kita dengar kes rogol yang berlaku di mana-mana sahaja. Tak kiralah orang yang kita kenal sama ada saudara, jiran, kawan, malahan diri sendiri dirogol oleh lelaki. Dibacakan sahaja statistik kes rogol, sangatlah membimbangkan segenap hati kita. Bahkan, kita merasakan bahawa kejadian ini sepatutnya tidak berlaku, namun inilah dia kehidupan yang sebenar. Dalam sebarang seminar yang saya hadir, kebanyakkannya menyatakan tidak mahu dirogol, tetapi langkah untuk mencegah rogol sangat tidak dititik beratkan. Malahan bertindak memberi peluang kepada "pemangsa" untuk merogol.

~Bagaimana dikatakan memberi peluang? Semua wanita tak suka dipaksa untuk melakukan pekara yang dikatakan mendatangkan kebencian. Lebih baik kita pergi kepada definisi rogol itu sendiri dahulu. Sebelum mengulas lebih lanjut berkaitan dengan rogol. Ada baiknya diberikan maksud rogol.

DEFINISI ROGOL I

Rogol boleh didefinisikan sebagai serangan seksual di mana penyerang melakukan hubungan seksual dengan mangsa tanpa kerelaan dan kebenaran daripada mangsa .Selain itu ,walaupun penyerang mendapat kebenaran daripada mangsa tetapi dalam keadaan apabila mangsa tidak faham apa yang sebenarnya berlaku pada masa itu contohnya sewaktu mangsa itu mabuk ,kurang sedar ,atau kecatatan mental ,atau mangsa itu adalah di bawah umur (rogol statutori) ,atau memperolehi kebenaran dengan ugutan bunuh atau kecederaan terhadap mangsa juga diklasifikasi sebagai rogol .Pencerobohan ini akan memberi kesan dari segi fizikal dan emosi kepada seseorang mangsa .

DEFINISI ROGOL II


Definisi jenayah rogol adalah dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur. Dalam bahasa pasar, istilah "rogol kenalan" merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berjumpa atau berkenalan. Selain itu Rogol yang disebabkan penggunaan pukau  dan seumpama untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang.

~ Bahasa mudah untuk rogol, "lelaki memaksa perempuan mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan perempuan sama ada melalui mulut, dubur dan kemaluan". Perkataan terpaksa itu akan meluaskan definisi rogol. Bila diperlakukan tanpa rela, itulah rogol. Dan semestinya aktiviti merogol itu adalah dibuat lelaki, bukannya perempuan.

~Rogol ini mempunyai sejarah yang dramatis bermula dari zaman dahulu kala lagi. Pada zaman sekarang, kita seakan membiarkan perogol ini berleluasa kerana tiadanya tindakan yang kita buat bagi membendung gejala ini. Bukan nak mengharapkan kerajaan 100% saja. Tapi membendung gejala ini bermula dari diri kita sebagai hamba Allah. 

~Isu rogol ini panjang untuk diulaskan. Tetapi, pasti ada sambungan selepas ini. Mohon semua pembaca bersedia dengan huraian yang merewah agar mendapat ilmu dari blog ini. Mohon diulaskan dengan memberi komen.  Itu baru definisi. Belum lagi kita menerjah ke statistik rogol dan puncanya berlaku gejala ini. Pasti diluar sana akan mengatakan bahawa aku akan menghentam wanita sebab membiarkan diri dirogol. Sabar, penilaian itu datang dari kajian yang dilakukan. Tapi, belum lagi buat tesis. Insya Allah, jika ada keizinan maka akan diambil langkah untuk membuat pHd dengan ini. Ahaha..

~So, tunggu sahajalah ya. Kalau ada masa, akan bersambunglah edisi rogol ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...