Cari Blog Ini

Selasa, 12 November 2013

SILAT: WARDAH BERDAKWAH BUKAN BERDAKYAH

بسم الله أ لرحمن أ لرحيم 

أسلام عليكم 


~Akhir tidur semalam sebab "asyik" dengan sebuah video yang ditonton di dalam Youtube. Video yang aku tonton ini mengenai sebuah perguruan silat yang asalnya dari semenanjung dah sudah bertapak di Sarawak yang komunitinya terdiri daripada orang Melayu yang sangat mempercayai pekara mistik di sebuah bahagian negeri Sarawak. Susah nak bagi pandangan berkaitan dengan video ini. Lagu silat digunakan adalah memuji Allah. Dalam masa yang sama, banyak khurafat yang berlaku.



~Sebagai pengamal beladiri yang baru setahun jagung, aku berpandangan, bahawa kalau "demonstrasi" seumpama ini dipersembahkan kepada awam akan menimbulkan kekeliruan yang nyata dan menakutkan ibu bapa untuk merelakan anak-anak belajar silat. Pekara ini sebanyaknya akan meruntuhkan kepercayaan bahawa silat itu membentuk disiplin.

~Syirik jika menyekutukan Allah dan dosa syirik ini tidak akan diampun melainkan taubat nasuha. Ini pun dah boleh kira menghina Allah. Ilmu tasawuf tidak akan ditunjuk sebegitu rupa. 

~Dan aku hairan mengapa pemuda-muda dalam video ini seumpama kesurupan (kerasukan). Nah, merasuk satu pekara lagi. Ini semua pekara yang boleh mendatangkan kemungkaran jika dibiarkan. Oleh itu, aku ambil langkah menegur dengan ilmu. Supaya mereka yang terlibat tidak lagi melakukan pekara yang disangkakan baik tetapi membawa mudarat kepada diri.

~Isunya demonstrasi ini lebih menunjukkan pergaduhan yang tidak membawa faedah. Pergaduhan yang membawa masyarakat Melayu lebih mundur kerana berfikiran terlalu kuno. Sedangkan kita hanya jadi anjing jalanan yang menyalak ke bukit tanpa mampu berbuat apa-apa tatkala "ekonomi" negara di pegang oleh orang bukan Islam. Fikirkanlah. Dan hijrahlah dari kemunduran kepada kemajuan.

~Lebih baik kita majukan ilmu beladiri untuk meningkatkan lagi daya ketahanan kita dalam bermujahadah kepada Allah, Disamping menyiapkan diri dalam keadaan yang tidak menentu sekarang. Ramai berpendapat silat itu "sesat" lantaran ilmu yang disalahguna. Bila difikirkan, pekara seumpama inilah yang banyak menyimpang dari aliran persilatan. Silat itu sendiri wardah terbaik untuk menyampaikan kepada masayaratkat bahawa orang melayu sangat berilmu dan salah satu cabangan ilmu itu adalah silat.

~Kebijaksanaan orang melayu ini terserlah dengan "bunga" dalam silat. Setiap gerak geri membawa makna yang tersendiri yang sukar untuk diungkai oleh orang biasa. Itu ilmu yang baik. Berkaitan dengan ilmu "dalam", peringatan kepada pengamalnya, apabila kita membenarkan syirik dalam mengesakan Allah, maka tunggulah balasan setimpal yang Allah akan bagi. Tak di dunia, pasti di akhirat!!

~Panglima-panglima dahulukala juga bukan sebarangan orang jika dipanggil pendekar. Ramai panglima ini adalah guru tasawuf yang kenal dengan Allah dan cintakan kepada Rasul. Andainya dihayati perjalanan mereka, pasti ditunjukan bahawa setiap pejuang mempunyai asbab yang kukuh dan Allah bantu pejuangan mereka kerana nyatanya kemungkaran yang dilakukan oleh penjajah kepada agama dan bangsa serta negara kita.


~Amalan pendekar yang taat lebih tertumpu kepada ilmu tasawuf. Ada kalanya, pendekar ini adalah tempat pakar rujuk untuk hukum agama. Dan keberanian meraka tak lain tak bukan, hanyalah kerana Allah dan mendapat syahid. Bukannya berani kerana hendak menunjuk-nunjuk. Tetapi berani kerana benar.

~Kadang-kadang bantuan Allah juga akan diberikan kepada mereka yang kufur kepada Allah kerana itu adalah sifat Ar-Rahim Nya kepada manusia. Dalam konteks bantuan ini, bantuan ini lebih kali mujarab dan cepat berbanding dengan orang yang mempunyai amalan yang benar. Tetapi, kebenaran pasti akan mengalahkan yang kebatilan. Sebab itulah Allah menyembunyikan hikmah dalam setiap pekara yang kita lakukan.

~Kembali kepada isu "pertempuran" dalam video di youtube tu. Aku memang sangat tidak setuju jika demonstrasi dilakukan sebegitu rupa. Alih-alih sebelum menyalakan api, merokok sebatang dua dulu. Nyata bagi "makan" dulu baru dapat lakukan. 

~Ini sekadar pendapat daripada aku. Aku cuma tidak mahu jika 2 pekara dicampur. Nanti anak-anak tak tahu yang mana yang benar, yang mana yang batil. Pegang pada jalan kebaikan. Bukan kebatilan. Aku menganggap silat ini wardah atau pentas dakwah aku. Kerana hidup ini bukan hanya untuk hari ini, tapi hidup ini untuk akhirat. 

~Benar memang benar, tapi jawablah dengan Allah di Yaumul Mahsyar nanti. Semakin banyak anak murid semakin banyak kemungkaran pasti akan berlaku jika amalan seperti ini diteruskan. Apa yang penting, taubatlah sebelum Izrail menjemput kita pulang. Pesanan ini juga untuk aku sendiri dan keluarga aku. Semoga Allah merahmati usahaku dalam memberi kesedaran kepada orang ramai. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...