Cari Blog Ini

Rabu, 6 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH : SATU EPILOG KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG GURU

أسلام عليكم 

2 bulan dilalui. Begitulah tiada kesudahan segala keperitan dan kepayahan dalam memberikan ilmu kepada semua yang berkeinginan untuk mendapatkan ilmu. Sedangkan medium ini, tidak dimanfaatkan sehingga berbulan lamanya tidak terisi dengan pengisian yang berilmu. Apa yang dibuat? Pengisian "Sistem Pengurusan Sekolah" yang dibawah seliaan BTP, "Aplikasi Pengurusan Data Murid" dan "Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah" yang tidak berkesudahan. Jadi outputnya, kuranglah idea yang terjana semasa melaksanakan tugas sebagai blogger. Namun, inilah masanya bagi aku untuk memulakan apa yang terbelengkalai sebelum ini sebab cuti sekolah sudah pun bermula.

~Namun, sebagai cikgu kepada sebuah badan NGO (pertubuhan silat), bukanlah mudah untuk bercuti dari tugasan bab Fardu Kifayah. Maka, cuti ini diselangi pula dengan aktiviti mengajar silat dan juga menjadi pengelola Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri Sarawak 2013.

~Kejohanan ini akan berlangsung pada 23 hingga 24 November 2013 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. Bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Dijangka majlis penutup akan berlangsung pada 4.00 petang pada 24 November 2013. Dan tetamu yang akan menutup majlis tersebut adalah Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan, Datuk Adiwjaya Bin Abdullah. Biiznillah.

~Imbasan pengalaman menjadi jurulatih dan pengurus pasukan negeri Sarawak untuk kejohanan SMD peringkat Kebangsaan. Bermula sebagai pasukan "underdog" pada tahun 2008. Sarawak hanya mampu mendapatkan 1 emas 1 gangsa dan berkedudukan 9 dari 13 pasukan bertanding semasa di Pulau Pinang.

Seluruh pasukan negeri Sarawak bersama dengan Kipas Emas, Cikgu Nordin dari Perlis.
~Aku memikir pada ketika itu, kami ini cumalah sebuah pasukan yang amat kerdil. kira masih baru dalam kancak SMD pada ketika itu. Yang lelaki semuanya anak murid aku dan sekarang sudahpun masing-masing mempunyai kehidupan yang baik pada masa sekarang. Seronok bila mengenangkan bila mana semuanya bersatu padu pada ketika itu. Semua masih dalam satu bahtera, namun sudah bertingkah kata yang pedih di antara satu sama lain. Ini ada beberapa gambar yang diambil semasa kejohanan tahun 2008.




~ Masa itu PSSGM belum berpecah kepada PSSG Serantau Malaysia dan PSSGMK. Masih semua satu bahtera. Namun.. biarlah masa menyatukannya kembali. Sebab masing-masing dah memegang pantun ADMAR, ...."Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Satu Hari kembali jua.."

~2009 pula, barisan pesilat bertukar 70 %. 2008, 70 % pesilat terdiri daripada pasukan UNIMAS. Selebihnya dari gelanggang Khalifah Besar (sekarang Rosli Dhobi).Pasukan ini telah berlatih dalam masa 2 bulan dalam keadaan yang sangat tertekan disebabkan oleh banyak faktor. Masa ini, aku sudahpun bertugas sebagai seorang guru di SK Long Busang, Belaga. Bayangkan, aku terpaksa ambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk melatih 10 orang pesilat yang sangat baru dalam Silat Seni Gayong ini. 

~Kejohanan dijalankan di SM. Teknik di Alor Star, Kedah (namanya aku dah lupa). Semuanya masih "mentah" dalam silat dan aku hanyalah seorang yang naif pada ketika itu. Ketua Kontigen pada kali ini disandang oleh Tuan Haji Uthman, ayahanda aku sendiri pada ketika itu. 







~Kutipan pingat aku dah lupa dah.. tapi Sarawak menduduki kedudukan nombor ke 6 dari 13 buah negeri yang bertanding. Alhamdulillah. Sangat memberansangkan bagi pasukan underdog seperti negeri Sarawak. Manisnya kejayaan pada ketika itu.

~Tahun berikutnya pada tahun 2010, tak payah ceritalah. Itulah paling menunjukkan zaman kegemilangan pasukan Sarawak bila berjaya mencabar pasukan negeri lain dalam perebutan pingat. Sarawak berjaya menduduki tempat ketiga dan itulah kali terakhir SMD diadakan di peringkat Kebangsaan. Katanya, menteri dah bertukar, maka polisi dah bertukar.

~Apa nak dibanggakan kata oleh sesetengah orang yang berhati dengki. Ada lagi akan berkata, tak perlu ingat sejarah lama. Namun, barang diingat, sebagai seorang CIKGU SEJARAH, sangatlah penting kita mengingat sejarah, kerana dengannya kita boleh lulus SPM. HAHA..

~Sejarah perlu diingat supaya boleh dijadikan tauladan dan sempadan. Kata orang MELAYU yang Bijaksana, " Yang baik, dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan". Nah, bukti mana lagi yang hendak kita sangkal berkaitan dengan kedudukan mengingati sejarah. Bangga bila melihat anak-anak bangsa boleh pergi lebih jauh, bukannya sakit ati bila mana anak Melayu lebih berjaya dari kita.

~Orang seperti ini (berhasad dengki ini) patut menduduki PBS Sejarah Tingkatan 1 hingga 3 sekali lagi dengan menerapkan unsur patriotisme dalam kehidupan seharian. Perlu dijalankan instrumen pengesanan kesetiaan dalam sesuatu organisasi. Perlunya menilai kembali di mana kedudukan sebagai seorang "hamba" di bumi Allah.

~Kias ini dinukil sebagai epilog aku sebagai seorang guru yang telah mendidik untuk tahun kesekian kalinya. Bermula dari 0 hingga menjadi o pada ketika ini. tiada apa yang mampu aku ungkapan untuk mencerminkan jutaan bahasa yang ingin aku lontarkan ke minda pembaca yang dirahmati Allah. Harapan aku, agar tahun Hijrah ini (1435 Hijrah) akan membawa aku bertapak selangkah lagi untuk mencapai darjat sebagai hamba Allah. Bukannya untuk meninggikan diri, sekadar satu perkongsian hidup supaya semuanya sentiasa kuat dalam beristiqamah dalam melakukan kebaikan.

~epilog kisam silam.. semoga kita kuat dengan kenangan, gagah dalam perjuangan. Lemah dalam persengketaan. 

~Menulis ini boleh memberikan satu pengharapan. Begitulah gamaknya. Kesannya cuma ada pada yang benar-benar menghayati. Dan jika hati tidak bertaut, maka rujuklah kembali pada tujuan asal kita membaca blog ini. Wassalam

2 Muharram 1435 Hijrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...