أسلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
~Salam sayang untuk semua yang dirahmati Allah s.w.t. Banyak isu-isu yang terbangkit dan dibangkitkan semasa tiada penulisan artikel dalam blog ini. Sehinggakan, aku sendiri hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada menulis dalam blog ini lantaran bingung kekeringan idea yang terlampau. Isu-isu yang timbul pun bagaikan sepintas lalu, tak mampu untuk aku singkapkan dalam bentuk penulisan. Namun, setiap kekalutan ada juga pencerahan. Setiap pencerahan itu membawa jalan yang membawa kepada penyelesaian. Alhamdulillah, kesabaran terbalas dan penantian terus terungkai.
~Mustahillah bagi seorang guru, tidak menghadapi masalah ini. Masalah kini semakin ampuh, dan Kementerian Pendidikan Malaysia [pun berlaku perubahan nama ketika aku tidak berblog] semakin "resah" disebabkan kegagalan sistem yang dibina bagi menampung kapasiti pengguna. Sistem itu tak lain tak bukan. SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS).
~Sistem ini sebenanrnya sangat memberi manfaat kepada semua murid dan guru di mana pacuan kepada penyelesaian masalah murid berada dalam objektif penggunaan sistem ini. Aku sama sekali tidak mahu mengkritik dasar kerajaan kerana beranggapan bahawa ramai dari pembangun sistem ini berkerja keras, siang dan malam bagi membangunkan sistem yang mudah di akses oleh semua guru dan petadbir sekolah.Lebih-lebih lagi kita ini bukannya lulusan ICT dan tidak mahir dalam bidang ini. Yang kita tahu hanya merungut dan merungut.
~Walau terbabit sama dengan kesan sistem ini terhadap guru-guru, itu sebolehnya tidak mematahkan tujuan utama atau "core bussiness" kita dalam bidang pendidikan ini. Kebanyakkan masa, kita hendaklah akui bahawa kita suka sangat membuat kerja pada saat-saat akhir. Akuilah, kerana itu memang sikap kita sebagai manusia. Kadang-kadang, kita suka meletakkan kesalahan atas orang lain sedangkan kita sendiri yang menimbulkan masalah. Sedangkan, jika kita menyiapkan masa dan terus mengisi data yang diperolehi tanpa berdengah, pastinya ia siap. Kerana pada masa hujung tahun seperti ini, memang sangat padat guru mengisi data pada ketika ini. Mungkin, ada guru yang mengambil masa untuk mengisi. Tapi, masa kan ada setahun. Takkan nak melonggokkan kerja sehingga setahun. Hujung-hujung tahun, mesti ada saja keluhan guru berkaitan dengan SPPBS. Bukan tak menyebelahi guru, tapi aku sendiri menghadapi masalah ini dan berharap KPM ambil langkah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. Bukannya dengan cara mengutuk. Yang paling parah... siap buat cerita pasa suami isteri yang bermasalah disebabkan oleh sistem ini. Hmm.. manusia oo manusia.
~Baik.. marilah kita lontarkan sedikit pandangan kita kepada ini. Ciptaan manusia itu sangat tidak sempurna. Begitulah jua dengan SPPBS ini. Ini adalah bukti bahawa, setiap perancangan yang dibuat, tak semestinya akan bergerak dengan lancar. Sudah pasti ada dugaannya. Dan setiap dugaan itu mengajar kita banyak pekara. Salah satunya, SABAR. Hmm.. mudah untuk mengungkapkan sabar. Tapi jarang sekali senang hendak melaksanakannya. Bak kata orang, "You're in my shoes". Rileks beb, aku pun hadapi masalah yang sama. Cuma, kalau sistem tak leh buat, rehatlah. Allah bagi kita rehat sebab stress memanjang buat darah naik.
~Mantan PPD Baram, En. Borhan Bin Bujang pernah berkata, "It's better late then nothing". Maksudnya, lebih baik kita lambat daripada tak buat terus. Usaha kita bukan terletak pada SPPBS ini sahaja, usaha kita lebih menjurus kepada kemenjadian murid. So, buatlah yang terbaik. Bak kata orang putih, "Don't work hard, but work smart". Ubah cara pemikiran. Barulah kita dipanggil agen perubahan.
~Lepas ini, banyak orang akan mengutuk aku sebab SPPBS. Rileks, buatlah komen membina. Kita mengkritik demi kebaikan bukan kerana kebencian. Barulah kita berdaya saing dalam sistem pendidikan ini. Barulah orang memandang kita sebagai warga pendidikan yang bertaraf dunia. Sekolah amanah dah buat pekara ini lebih dahulu dari sekolah aliran perdana. So, janganlah mengeluh dahulu. Buat dulu.
~Seperti mana yang aku selalu kata, kalau nak komplen, biarlah pada saluran yang tepat dan benar. Sama-sama buat yang terbaik untuk pendidikan anak-anak bangsa. Banyak rungutan, banyaklah pe'elnya. Kan Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita untuk mendiamkan diri jika tidak tahu mana pokok pangkal.
~Maafkan aku teman.. aku bukannya mengutuk, sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri. Tak suka, sila baca pada kartun sebelah kiri skrin anda. Ok? Ada faham?
محمد خاور هزازي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan