Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Disember 2013

Menjadi seorang yang dihormati

Assalamualaikum.  Salam sejahtera. Salam berbarakah bagi semua yang membaca blog ini.

Tatkala menusuri kehidupan yang tidak berkesudahan ini, adakalanya kita akan mudah terasa bahawa kita adalah yang terbaik. Namun pernah kita terfikir bahawa setiap satu langkah kita menuju jannah, pasti ada halangan yang tidak kita terduga punca dan arahnya. Dan adakalanya kita tewas kerana mudah hilang arah.

Oleh itu, persiapkanlah benteng pertahanan kita sebaik-baiknya kerana langkah demi langkah kita, adakalanya kita rebah sebab tiada persediaan untuk menghadapinya.

Kita mudah meletakkan harapan tapi mudah juga untuk memusnahkan harapan. Kadang-kadang, tanpa kita sedari yang terbaik itu sudah sedia ada terbaik untuk kita namun kita alpa dan mudah tidak bersyukur sehinggalah tiba hari kehilangan segala-galanys barulah mengerti bahawa itulah terbaik dalam hidup kita.

Kadang-kadang kita memandang remeh terhadap blog seperti ini. Namun hakikatnya secebis ilmu yang dikongsi, sejuta hikmah menanti.

Aku suka dengan ungkapan yang digunakan oleh sahabat aku yang menjadi founder First Strike Combat Academy (FSCA), he said. " leave your ego behind when you enter this door" . Kredit kepada En. Zarif di atas kata-kata bermakna seperti ini. Sebaik-baiknya bila menginginkan satu ilmu bela diri maka tinggalkan segala ilmu yang ada supaya kita tidak mudah berasa tinggi dan bangga diri. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa" biar ikut resmi padi, makun berisi makin menunduk".

Bagi yang bergelar ahli beladiri, mari kita berganding tangan untuk mengatasi masalah yang kita hadapi sekarang ini dan mendidik lebih ramai lagi modal insan yang bertanggungjawab supaya negara kita aman. Jangan sembunyikan kuku kerana saban hari ramai dari kalangan kita dibuli, dirompak,  dirogol dan sebagainya kerana kealpaan kita tidak menyebarkan ilmu kita. Jangan terlalu dangkal dengan ilmu kerana ilmu harus disebarkan bukan dibiarkan terperuk dalam kocek baju. Dan janganlah mengambil kesempatan di atas kesempitan.

Mencintai ilmu adalah sikap yang terpuji yang dianjurkan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. janga kedekut ilmu. Allah pasti membalas jika ada yang kurang ajar. Sebab hukum Allah itu jelas. Dan janji Allah itu pasti.

Jum belajar ilmu bela diri. Kerana dalamnya ada disiplin diri. Jika kita gagal mendidik diri jadi orang berdisiplin, beerti kita gagal mencontohi peribadi Rasulullah. Belajar bela diri dapat memupuk disiplin bukannya memupuk semangat bikinpusing. Jangan salahkan ilmu. Salah diri yang tak mampu berdisiplin dan patuh pada arahan.

Studio kami terletak di belakang e-Mart Matang. Bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional Matang. Kalau jumps Kopi O Corner Matang, jalan lurus sampai jumpa bangunan sebelahnya. Tingkat 2. Kami menawarkan BJJ... Silat Seni Gayong Malaysia, dan Boxing.

Sekarang peluang dah terbentang,  pilihan anda menentukan anda menang atau kecundang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...