أسلام عليكم
~Penggal persekolahan baru memulakan tirainya. Masuk minggu ke 3 sudah kita yang bergelar guru ini memberi sumbangan kita dalam mendidik anak bangsa. Dalam masa tiga minggu ini juga, banyak kerja yang menderu-deru masuk dan mulai bertimbun di atas meja. Mesyuarat silih berganti, taklimat tidak kurangnya. Namun, sebagai langkah supaya kita tak tersekat dalam emosi yang sangat menganggu, letakkan setiap langkah itu tawakal dan ini adalah "gudang" (sekolah) mendapatkan rezeki. Maka perbanyakkanlah bersyukur daripada mengkritik.
~Guru yang sangat efektif adalah guru yang sangat mementingkan mutu ilmu dan sangat cekap dalam menangani segala permasalahan sama ada masalah kerja atau peribadi.
~Seorang guru yang baik, di antara ciri-cirinya adalah sentiasa bermurah hati dalam melaksanakan tugasan hariannya. Sebagai contohnya, guru lebih cenderung untuk menggunakan duit sendiri jika mendapati anak muridnya terdiri daripada kalangan keluarga yang sangat daif.
~Perasaan itu jarang kita rasakan kerana mereka ini (guru) sangat sensitif dengan keberadaan murid. Sebab itu, guru dipanggil sebagai ibu bapa kedua. Oleh itu, hargailah guru anda kerana setiap langkah hingga ke hari ini adalah kerana ilmu yang telah dikongsikan kepada kita bermula dari huruf "A" sehingga menjadi "seseorang" hari ini.
~Masuk minggu ke 4 persekolahan, masih lagi kerja-kerja rutin ini tak dapat hendak disesuaikan dalam tahun 2014. Macam-macam perkara menjadi rencah perjuangan dalam kehidupan seharian. Adakalanya, aku merasakan rutin ini tidak kena dengan jiwa. Jiwa pula semakin kekosongan. Menjadi hala tuju sebenar dalam erti kata sebenar. Bukan nya sekadar hendak menjadi guru pada "gaji" bulanan. Tapi menjadi seorang pendidik, murabbi, yang mengajar pelajar untuk mengenal Rabb. Aduhai jiwa..
~Ramai pula murid yang akan berpindah ke sekolah lain. Walaubagaimanapun, teruskanlah perjuangan di sekolah baru. Kuatkan hati, kuatkan iman. Semoga beroleh kejayaan walau berada di mana sekalipun. Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk semua.
~Terkenang dengan tahun 2013.. mungkin hati masih belum merelakan tapi hakikatnya masa sudahpun berputar.
~Inilah lumrah alam. Adakalanya hati memerlukan makanan yang sebenar. Makanannya adalah zikirullah. Dan zikir paling afdal adalah zikir mengenang kematian. Oh Allah.. sesungguhnya aku lemah dalam perjuangan kali ini. Bantulah aku dalam menghadapi "kemurungan" hati yang lesunya iman dipangkuan nafsu.
~Perjuangan masih belum selesai.. Selagi nafas di dalam helaan halkum, selagi itulah perjuangan aku belum selesai. Aku mengharapkan kudrat aku masih berada genggaman kesihatan yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan