Cari Blog Ini

Rabu, 31 Julai 2019

MUDAHNYA MENGUNGKAP SABAR, BERATNYA MELAKSANAKAN JIHAD

أسلام عليكم 




~Pernah anda rasa dibuang dan terbuang? Sudah semestinya pernah. Itu lumrah dalam kehidupan manusia yang mana mengikut pepatah Melayu, "Dunia diibaratkan roda, adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah". Bukan itu yang aku ingin sampaikan pada kali ini. Sesungguhnya, menahan sakit di dalam hati itu ibarat "bom jangka waktu" yang berdetik silih berganti menanti untuk meletup pada bila-bila masa.

~Kadang kala kita lupa, semuanya itu adalah ujian Allah kepada kita. Ujian ini berbentuk "teguran" supaya kita tidak riak, sentiasa tawadhu dan sentiasa meletakkan semua urusan kita pada Allah. Kita seharusnya lebih peka dan sensitif bila mana teguran ini berlaku. Kita harus terus kembali dengan segera supaya tidak terbabas yang boleh melukakan hati dan menjadi lara. Teguhkan kembali kekuatan yang tersisa. Jangan biarkan hasutan merobek iman kita. Kerana, pada saat-saat ini, manusia cenderung untuk melakukan pekara yang terbodoh dalam hidupnya.

~Sedih jugaklah kalau nak dikatakan. Sedih sebab kita berusaha dengan gigih, tanpa mengenal penat lelah, namun, ada jugak emosi yang diletakkan pada usaha kita. Adui.. kita dah buat terbaik untuk ummah, namun perasaan hasad dengki itu melebihi dari pertolongan yang kita hulurkan. Emosi, emosi, emosi. Biarlah.. saat ini kau terbang bebas, bila kau penat kau pasti hinggap melepas lelah.

~Andainya ini penghujungnya, maka aku redha dan semoga dosa-dosa aku diampunkan. Lillahi, aku hanya Muhammad Khawar Hezazy. Sejauh mana bergerak kehadapan, adakalanya aku akan terjatuh juga. Dan pada saat itu nanti, tiada lain yang aku harapkan melainkan Allah jua.

~Rileks, cool, tenang, berzikirlah. Mungkin pada masa ini, pilihan yang terbaik adalah untuk kekal istiqamah dalam setiap perbuatan kita. Jangan mengalah kepada situasi. Bergerak terus ke hadapan tanpa menoleh torehan kekecewaan.

~Pesan untuk diriku, teruskan berjuang walaupun terbuang. Kerana ada ramai lagi insan dahagakan ilmu ini. Sebarkan mahabbah seluas yang boleh.

~Kekal istiqamah dan terus berjalan ke hadapan. Bak kata, adik, "Fokus kerja". Ya.. kita harus fokus kepada penjanaan ummah yang gemilang.

~Akan aku usahakan lagi sehingga ke titisan darah aku. Insya Allah, perjuangan kita belum selesai.

~Kadang-kadang kita tidak bijak mengawal emosi. Terlepas , terkhilaf, memang segera kita akan ketahui. Dirasakan biasa-biasa, rupanya orang lagi luarbiasa mentafsir gerak geri. Maaflah, kalau ada kata-kata buat diri ini kurang digemari. Maaf tidak terkata. Maaf untuk semua.

~Kuatkan hati.. tabahkanlah..Jum ikhlas dengan melupakan kesalahan orang pada kita. Jum ikhlaskan hati dan jangan banyak bersadu kepada manusia.

p/s: Jum hadir di hadapan Allah untuk tahajud.. Biarlah Allah sahaja mendengar rintihan kita. Semoga dengannya, hati menemui ketenangan.

Isnin, 29 Julai 2019

LUAHAN HATI GURU MARKAH PBPPP RENDAH

أسلام عليكم 



~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dalam darah menunjukkan sesuatu yang normal. Itu sesuatu yang baik. Walaupun suasana agak "keruh", mungkin lantaran cemburu barangkali. Biasalah tu. Bisikan "was-was" yang boleh pengaruhi hormon-hormon dalam badan.

~Datang sekolah agak lambat pada pagi ini. Bukan kerana jalan sesak, tapi beratur untuk membeli minyak kereta. Minyak kereta meragam pulak pagi ni. Hidup-hidupkan enjin, terus nampak "E". Tak mahu peristiwa 1 Ramadhan 1440 Hijrah berlaku, maka mesti singgah untuk beli minyak. Syukurlah. Semuanya ok. Sampai sekolah terus masuk kelas. Kalau hari ini nama naik, biasalah tu. Bukan selalu datang lambat. Macam pertama kali kot lambat sambil 5 minit lebih dari jam 7.00 pagi.

~Hari ini ada observation/pencerapan. Lahai.. pencerapan mengalahkan pencerapan masa mula-mula belajar di IPG dulu. Nak kata cikgu tak pandai, semua dah ada degree/master. Tapi, masih kena cerap untuk penuhkan 14 kompetensi. Sekolah amanah lah katakan. Nak buat macam mana. 2 kali setahun kena observe. Kalau gagal capai band 3, alamat masuk dalam guru yang kena perhati.

~Markah aku maintain Band 4-5. Kalau ada rezeki, band 5 lah tu, Tapi, kebiasaannya adalah band 4. Sebab aku tak secekap guru cemerlang dalam membuat lesson plan. Yalah, nak ajar sejarah ni, kena main banyak fakta. Tapi, bagi aku, ajar sejarah kena ajar nilai-nilai murni dan yang paling penting adalah mengajar menjaga akhlak. Kenal Allah dan Rasulullah s.a.w melalui sejarah. Kenapa nak pluralkan isu sejarah kan? Lebih baik kita ajar supaya pelajar kita lebih mencintai sejarah daripada nak lulus SPM semata-mata.

~Ramai guru mengejar indikasi ini. Yelah kan, tuntutan kerja kita, tekanan pihak pentadbir, kemahuan PPD, perintah JPN, pekeliling KPM.. arahan YB menteri. Semua berbeza-beza mengikut peringkat. Kadang-kadang pening jugak nak mengajar jika ada banyak songeh. Tak boleh ke, pegawai-pegawai ini turun seketika ke sekolah, membantu mengajar, bukannya sekadar memberi tunjuk ajar. Cikgu berada aras terbawah sekali dalam piramid struktur pendidikan. Kami lebih tahu potensi anak-anak kami.

~Kami di sekolah biasa ni,biasanya menerima pelajar yang sudah ditapis dari sekolah tadahan. Yang terbaik dari sekolah rendah, sudah pastinya menuju ke sekolah berasrama penuh, sekolah elit mahupun MRSM seluruh negara. Kebiasaanya, tinggal tekih (sisa-sisa) yang kami usaha untuk bentukkan jadi pelajar yang terbaik. Andai kata, pelajar cemerlang dari sekolah kami, sudah pastinya kami yang berusaha teruk di sekolah ini akan diabaikan. Tiada penghargaan yang sepatutnya. Yang ada, cumalah bebelan analisis item yang tidak terhenti.

~Nak jadikan cerita, aku mengira segala perbuatan aku di sekolah adalah lillahitaala. Ajar anak-anak seperti mana aku ajar anak aku sendiri. Setiap aktiviti sekolah aku hadir. Tidak langsung ketinggalan dalam mana-mana PLC, mesyuarat dan apa sahaja yang melibatkan sekolah. Cuti sakit tidak pernah ambil sepanjang tahun 2018. Cuti Rehat Khas (CRK) pun ambil 2 hari dari 10 hari. Itu pun sebab anak (Mufeeda Khaira) masuk wad 4 hari 3 malam di Kuching Specialist (KPJ). Cuba penuhi semua kerja yang diminta. Rasanya, lesson plan semua hantar. Missed sekali dua, pasti akan dibalas RPH 2 minggu. Semua rasanya, tak ada masalah. Masalahnya? - the end of the season, aku dapat markah PBPPP 79.08%. What say you?

~Ada keadilankah untuk aku? Langsung tak pernah dipanggil untuk menerangkan sebarang kedudukan mengapa markah aku rendah daripada 80%. Aku terus terang cakap, memang down gila babas. Sampai aku bertekad untuk jadi silent/sleeping teacher di sekolah. Mati terus emosi aku masa itu. Agaknya, down to the earth habis-habis. Allah jak tempat mengadu masalah. Bukan apa, kita rasa kita berusaha terbaik untuk terus kekal dalam bidang ini. Namun, ada juga tangan-tangan ghaib yang mahukan kita terjatuh terbabas.

~Zalim aku rasakan kepada yang berbuat demikian. Bayangkan, tahun sebelum (2017) markah 90.2%. tiba-tiba markah prestasi jadi 79.08% \. Zalim. Dan doa orang dizalimi tidak terhijab antara langit dan bumi. Sekarang, nampak perbuatan itu makan diri. Sana-sini orang mengeji. Ramai dah hilang hormat. Aku langsung tak doakan yang jahat-jahat. Cukup sekadar minta dosa aku diampun dan tidak diazab di neraka. Bukan seorang, tapi 6 orang dapat markah rendah. Soalnya, kalau nak downgrade cikgu sekali pun, jangan sesekali menutup periuk nasi orang. Paling teruk, markah 70% pun ada. Ada tindakan dari pihak PPD? Malangnya, nasib kami  langsung tidak  dipeduli.

~Apakah kami ini bukan kategori orang yang tidak disuka? Boleh dikeji dan dihina? Dicaci maki hidup melata? Hak kami gaji & berhenti kerja semata-mata? Kepada siapa kami adukan masalah ini? Hujungnya, Allah sahaja tempat aku mengadu. Dalam kelemahan dibuli manusia yang zalim, Allah hadiahkan kesenangan setelah kesusahan.

~Hal ini, jika dibanding 9 tahun dahulu, markah yang sama, sekolah berbeza. Pentadbir yang berbeza. Kalau Guru Besar sekolah lama buat hal, macam tiada masalah sebab bukan beragama Islam. Mungkin kurang konsep mahabbah/kasih sayang. tapi sekolah kalau ada pentadbir berugama, alasan tak sama? Itu masalahnya. rupa-rupanya ada konspirasi nak jatuhkan semangat. Tapi, tak apalah. Kita bermasa. Adakalanya kita di atas, adakalanya dibawah. Tunggu lah masa tersebut.

~Bukan ugutan, tapi nyatanya, perilaku sebegitu membunuh perasaan & profesionalisme seorang guru. Kenapa perlu diperlakukan seperti tisu buruk? Nak guna, ambil. Tak suka, buang merata-rata.

~Kesal, sudah berkali-kali dilapor, buat macam biasa saja. Tak tahu kenapa. Biarlah.. aku buat kerja lillahitaala.. barulah sedar, semuanya itu ujian saja. Bukan sekadar ujian kepada aku, tapi ujian kepada si pembuat onar.

~Tapi, kalau tahun depan berulang, mungkin akan bertindak ikut undang-undang barangkali. Jangan difikir kami diam, kami mengalah. tidak, kami diam, kami simpan parut luka.

~Agak-agak, tenang ke hatinya buat macam tu? Entahlah.. tengok life peribadi dah macam kucar-kacir. Tambah sekarang realiti, nampak sangat dah sikap double standard.

~You get, what you deserved. Siapalah kami hendak membalas? Tapi, kami ada Allah yang Maha Melihat. Thank you atas kesedaran. Aku sedar, kau bukannya siapa-siapa yang patut aku hormati. You don;t deserved my respect.

Jumaat, 26 Julai 2019

AKU INGIN MENULIS UNTUK SEMUA

أسلام عليكم 




~Ku padamkan entri yang telah aku coretkan hampir sejam tadi. Entalah, mungkin ingin menjaga banyak hati, aku kurang menulis. Aku merasakan aku perlu menulis untuk meluahkan apa yang tersirat di hati. Dulu, aku suka menulis untuk mengungkap perasaan di dalam hati. Penulisan sebegini membantu aku untuk terus terus istiqamah dalam perjuangan. Muzik berunsur dakwah mampu menembus dalam hati, membantu aku untuk mentarbiyah hati. Membantu aku untuk bangun malam, pasrah akan dosa yang menggunung. Sangat aku rindui saat itu. Cinta hati, rindu dendam.. semua ku luahkan atas sejadah. Penulisan membantu aku mengembangkan idea jalan hidup, memilih jalan untuk aku tempuhi. Ketika hendak berpoligami, pun aku menulis kepada kedua-dua bidadariku. Kerana, kadang-kadang, suara aku tidak vokal. Maka, maka pena aku sangat kritis.

~Aku suka menulis. Ianya menggambarkan hati kita. Bagaimana pemikiran kita akan dibaca oleh semua yang berada hampir dengan kita. Menulis dalam media sosial lain, dibaca dan dikomen. Dibaca oleh orang yang tidak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Maka, banyak prasangka akan terjadi. Tohmahan menyusul. Dengan penulisan dulu, aku jawap semua tuduhan ke atas aku.

~Aku sumberkan info untuk tujuan dakwah. Membantu kawan-kawan di luar. Namun, penulisan bukanlah menjadi satu kepentingan pada masa akan datang. Orang diluar suka benda yang cepat, pantas- seiiring dengan peredaran zaman. Apalagi yang hendak aku kongsikan kepada manusia? Supaya bila masanya aku sudah tiada, sekurang-kurangnya ilmu aku terus dikenang dan diamal. Biar kematian kita bermakna. Membantu perjalanan kita disebelah sana.

~Aku ingin lebih vokal dalam membantu. Tapi, apa kan daya. Aku cuma watak sampingan dalam pentas lakonan dunia. KAdang-kadang ada, kadang-kdang hampir tidak dikenali. Seringkali ingin aku kembali ke zaman dahulu. Zaman persekolahan. Zaman di mana, kita tidak langsung memikirkan kehidupan. Hidup kita nya berbaju putih seluar hijau. Berjumpa dan lepak dengan kawan. Bila sudah dewasa, betapa kita menyesal mensia-siakan zaman remaja.

~Menulis bila mengenangkan kedudukan dalam organisasi, kadang-kadang boleh melenyapkan semua kreativiti kerana banyak jiwa yang ingin aku jaga. Kadang-kadang lisan pun tak terjaga. Inikan pula penulisan.

~Ku tuliskan ini, agar kau membacanya. Betapa aku bahagia bersama kalian. Tak terzahir dengan kata-kata. Hanya tulisan ini sebagai ingatan. Jika, aku sudah tiada nanti, bacalah untuk lempiaskan rindu yang bakal tidak berbalas.

~Ku tuliskan kata-kata ini untuk dikenang, sebaik mengenang, sedekahkanlah al-fatihah sebagai ingat-ingatan. Moga sampai jua sebagai peneman.

~Biarlah masa terus berlalu. Didiklah anak sesuai dengan ketetapan syariat. Ajari mereka jadi insan yang hebat. Kerana anak yang soleh, boleh bantu kita di sana.

~Aku ada satu hati, dan tidak pernah aku kesali untuk dikongsi. Malah, seluruh jemaah kita ku kongsikan hati ku ini.

~semoga bersua di surga...


_catatan_

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...