Cari Blog Ini

Selasa, 6 Ogos 2019

KEPERCAYAAN

أسلام عليكم 

~Bukan mudah untuk membina kepercayaan. Kepercayaan dibina atas kontrak yang tidak nampak dengan mata kasar, persetujuan yang dicapai tanpa bertulis dan dipatri dengan niat semata-mata untuk Allah (lillahitaala). Bila mana kita berbicara berkaitan dengan kepercayaan, kita harus mendapatkan kepercayaan dengan segala tindak tanduk kita sama ada nampak atau tidak di mata manusia. Kadang-kadang, kita hanya bergantung kepada Allah, meletakkan tawakal yang tidak berbelah bahagi kepada Nya kerana adakalanya perbuatan percaya itu di luar langkauan "kotak keselamatan"hidup kita.

~Andainya kita sudah mendapat kepercayaan, jangan sesekali menodai kepercayaan itu atau mensia-siakan kepercayaan orang terhadap kita. Kerana, sekali kita berdusta, selamanya hilang kepercayaan tersebut kepada kita.





~Begitulah lumrah kehidupan. Mendapat kepercayaan bukan pekara yang mudah. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kepercayaan. Namun, sering kali kita khilaf. Terjatuh dan tersungkur sebelum mencapai kejayaan, itu adalah seni dalam mendapatkan kepercayaan.

~Setelah bersungguh-sungguh, janganlah lupa bahawa kita telah bersusah payah mencapai apa yang kita mahu. Takkanlah semudah itu nak melepaskan disebabkan pekara yang belum tentu ada kebaikan pada penghujungnya.

~Kalau percaya sudah ada, kenapa perlu lagi berfikir? Percayalah bahawa pilihan kita adalah yang terbaik. Isthikarah. Buat apa tanya dengan manusia? Sedangkan yang hadirkan kepercayaan itu Allah jua?

~Begitu juga dengan aktiviti persilatan. Sejak 2003, kepercayaan itu telah wujud. Ini tahun 2019. 16 tahun kita membina kepercayaan orang terhadap kemampuan pentadbiran kita di bumi Darul Hana ini. Takkanlah disebabkan oleh isu-isu yang kecil, kita berpatah arang dan tidak mahu mengemudi pentadbiran ini. Tapi, andai kata tak dipilih untuk mentadbir, tidaklah menjadi masalah. Kerana, jawatan itu adalah kepercayaan.

~Kadang-kadang, kita kata  kita sayang pertubuhan. Tapi, nak menunjukkan rasa cinta dan sayang atau sokongan kepada pertubuhan jauh sekali. Banyak cara kita tunjukkan. Semangat itu kena ada dalam diri anak-anak Gayong. Barulah orang kata, bersemangat.

~Kalau pelekat sticker "pertubuhan" lain, dengan bangganya kita lekatkan di belakang kereta. Tapi, sticker gayong pulak, segan pulak nak lekat. Alasan nak sembunyi identiti. Tak payah nak berahsia sangat. Sekurang-kurangnya, ianya satu promosi silat di Sarawak. Kita bantu perkembangan gayong. Kalau bukan kita nak promosi, takkanlah nak harap aku sorang-sorang nak promosi. Bantulah dengan kadar yang termampu. Salah satunya, promosi dengan menunjukkan identiti gayong kita.

p/s: Diamnya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...