أسلام عليكم
~Sejak "newsfeed" dalam FB telah ditamatkan operasi, blog ini pun mula sepi. Tambah lagi aku sendiri tak ada update sebarang catatan. Bertambahlah sepi blog ini. Tapi, aku akan teruskan sehingga habis nyawa aku di dunia untuk menulis, memberi kesedaran dan membantu apa yang termampu.
~Ada kalanya, kita terasa kita ini terlalu teguh. Tapi, hakikatnya, dalaman kita rapuh bila mana kita terlalu goyah dengan dunia.
~Seringkali aku berpesan kepada adik-adik pelajar, jangan biarkan sesuatu yang engkau ada. Yang ada di depan mata, yang dekat dengan hati, kerana apabila ianya berlalu pergi, sesalan pasti tidak berguna.
~Bahagia itu bersifat subjektif. Bahagia bukan kolektif. Kenapa perlu dipersiakan sesuatu yang berharga? MAnusia lebih suka memilih yang auta berbanding yang fakta. Hargailah yang berani untuk menyata. Bukan, simpan yang banyak auta.
~Sejuta doa aku panjatkan kepada Allah. Dalam setiap sujud aku memohon agar dilembutkan hati-hati manusia kepada aku, disayangi dan diberikan keutamaan dalam setiap pekerjaan seharian- Dipermudahkan urusan orang yang menyayangi aku.
~Terima kasih buat isteri-isteri yang menjadi pendamping dalam hidup aku. Bersabar dengan karenah aku yang pelbagai. Walaupun, dibadai ombak lautan yang tinggi menggunung, tetap mereka ini teguh di situ bagaikan pantai dibadai ombak. Semoga redha Allah bersama kalian yang tidak berputus asa dari rahmat Allah.
~Keteguhan ini, bukan dipupuk dalam tempoh sehari dua. Namun, didikan keluarga yang dari keturunan baik itu, menjadi pedoman dalam melayari rumahtangga. Terima kasih atas segala-galanya. Semoga Allah redha ke atas kamu.
~Kadang-kadang kita terfikir, "kenapa pilih aku?" Jawapannya mudah, dalam dirimu ada sesuatu magnet yang menarik hati. Dan yang paling penting, aku pilih pilihan keempat. Agama dalam dirimu. Mengapa? Kenapa dengan agama, hidup bersyariat. Bila bersyariat, pasti bertemu semula di syurga. Mencintai orang ahlu-quran, dapat pahala. Itu sudah memadai. Bersamanya terasa bahagia, bila berjauhan dirindui, ketiadaan dicari. Begitulah sifat orang baik dalam hidup kita.
~Hargailah. Belum tentu selepas ini, kita peroleh yang sebegitu. Seringkali, kita memomokkan diri, ada yang lebih baik. Tapi, tidakkah kita diajar besyukur? Syukurlah kerana diri kita dikelilingi orang yang mampu menarik mood kita.
~Adakalanya kita melarikan diri menyatakan kebenaran, kerana kita merasakan kita mahu kekal istiqamah dalam perjuangna. Sejauh mana engkau berlari, engkau pasti kembali pada titik permulaan. Sebab hati ini benda yang paling kompleks yang Allah cipta dalam diri kita. Sekuat mana larian mu, pasti berhenti untuk kembali pada titik permulaan.
~Sekuat mana kita menafi, semakin itulah ianya mencengkam. So, tiada jalan keluar melainkan Allah sahaja disalurkan semuanya.
~Kita boleh jadi biasa-biasa, mulakan semula sebagai fresh starter. Tapi, benda yang kita lalui tidak akan sama seperti mula. Emosi kita berbelah bahagi. Kita tidak boleh hidup dalam kepuraan. Bagi cikgu, hidup dengan kebenaran, bercakap benar seolah-olah ianya satu sandiwara. Kita kadang-kadang hidup dalam kepuraan. Sebab itu, kalau kita dah lontarkan kebenaran, maka itu lah kita akan pertahankan.
~Bagaimana kalau kita mengubah aliran sungai? Pasti tidak serupa yang asli. Pasti ada yang berubah. Pasti yang ada tidak kena pada tempatnya. Menentang arus sungai benda berbeza. Mengubah aliran sungai itu masalah.
p/s : :apa kaitan aik kopi ngan kehidupan? -kopi diminum untuk segarkan badan- kopi adalah indikator-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan